18 November 2010

malamku adalah selepas subuh

Semenjak aku menjejakkan kakiku ke Shah Alam, Selangor. bermula waktu tidurku yang songsang. Memang cilaka. MAZLAN, SHAROM, dan RASYID adalah sekutu kuat aku.. Kalau ada salah seorang ini ajak aku lepak atau aku yang mengajak mereka, paling awal aku akan balik pukul 4 pagi.. Itu paling awal. Otak mereka dah dimasuki semut. Sudah berbusut. Terlupa yang waktu bekerja mereka pukul 7 pagi.

Kalau kami tak keluar. Kami akan masih berkomunikasi melalui facebook. Cara kami berkomunikasi bukan untuk bertanya tentang emak atau ayah mereka. Tapi mencari bahan-bahan yang boleh membuatkan kami terhibur. Setelah sasaran dikenalpasti, informer akan Instant Message yang lain untuk memberitahu ada "bahan baik". Kalau tak percaya, berani kau post ayat atau gambar pelik-pelik dekat facebook. Kau tengok penangan sekor-sekor. Macam syaitan. Tak bagi can.. Aku tergolong hanya 30% dari aktiviti sihat mereka. Sebab mereka memang sangat aktif benda-benda sedemikian rupa. Aku pun tidak terkecuali untuk menerima kritikan bangsat dari mereka.

Tapi inilah antara kawan-kawan yang tak pernah sekali pun berkira dengan aku. Ada lagi ramai. Tapi buat masa ni, mereka la yang boleh kata tiap masa memang dengan aku. Aku rasa mungkin keluarga mereka dah penat nak fikir mana mereka pergi tiap-tiap malam. 

Mana kami pergi tiap-tiap malam? Mau tau? haa... Mari lepak dengan kami. Ngeh Ngeh Ngeh..

14 November 2010

tahniah

saya Mohd. Danial bin Md. Zaman ingin meminta maaf kepada kawan-kawan di UiTM Kedah. Kiranya terkasar bahasa, tergurau kasar. Tersinggung rasa. Maafkan saya. Segala perlakuan yang mengguris memang saya tak berniat. 

Terima kasih kepada kawan-kawan di sekeliling kerana berkawan dengan saya dan banyak mengajar tentang kehidupan, tentang pelajaran, tentang hiburan, juga tentang pemakaian selama saya di UiTM Kedah. 

Tahniah kerana berjaya mengharungi 3 tahun yang mematangkan akal fikiran dan juga dari segi semua aspek. Tahniah juga diucapkan kepada kawan-kawan saya yang sudah lama menyepi akhirnya berseri kembali dengan kehadiran kekasih baru mereka.  

Tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang mengajar saya selama saya 6 sem dan juga Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan UiTM Kedah En. Abdul Jalil Hussain kerana banyak mengajar tentang bagaimana untuk mengacarakan sesuatu majlis dan mengajar saya dari aspek seni lakon teater. Kepada semua ahli KeSeDa, pengalaman setiap detik bersama isyaallah takkan saya lupakan. Jasa anda tidak saya lupakan.

Terima Kasih kepada Cia, Epul Huawei, Raz, Sotoi, Param, Rino, Bedom, Mirul, Zen, Ikhwan, Meor, Jeff, Padil, Syed, Frankie, Giant dan Sharam,yang sudi duduk sebumbung dan sebilik dengan saya.

Walaupun mungkin mungkin mustahil untuk kita berjumpa lagi pada masa akan datang, saya harap, kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan medium yang sedia ada supaya kita tak terputus hubungan.

Haaaa.... Macam Tan Sri bagi ucapan kan? kan? kan? tau aku jadi MPP.. ceh!

anyway.. SELAMAT HARI RAYA KAWAN2! JUMPA LAGI! =) 

13 November 2010

al-fatihah

Ajal dan maut atas kehendak Allah s.w.t. siapa tahu. Mungkin hari ini atau esok mungkin ajal kita. Orang yang sihat tubuh badan. Tiba-tiba dengan kehendaknya. Diberikannnya sakit yang tiada ubatnya lagi. Nan atau Adnan Mohd Taib, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda. Beliau mengidap penyakit yang barah di bahagian perut.
Norlinda Md. Zaman. Seorang yang sangat kuat. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia menghadapi keadaan yang sangat sukar ini. Menjaga seorang suami yang sakit, bukan dugaan yang mudah. Dengan waktu kerja. Tanggungjawab sebagai seorang anak. Tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjwab seorang adik dan kakak. Dan tanggungjawab sebagai seorang makcik atau ibu kepada 10 orang anak buah.
Setelah pemergian suaminya menghadap tuhan. Sebagai seorang adik. Saya memeluknya. Berharap dengan pelukan, dapat menenteramkan keadaannya pada masa itu. Tiba-tiba mengalir air matanya. Dalam sebak itu juga. Berkata beliau “aidi. Kak ngah dah tinggal sorang. Kak ngah dah takde siapapun. Abg ngah kau dah pergi. Anak pun kak ngah takde.. kau jaga kak ngah d ye?”. Menitis air mata mendengar kata-kata tersebut. Aku akui. Beliau memang kuat. Tak pernah sekalipun beliau mengeluh. Setiap kali aku pandang wajah beliau. Tak pernah lekang dengan senyuman. Mungkin benar kata orang. Riak di muka tidak menunjukkan keadaan di hati.
Aku berharap. Norlinda Md. Zaman atau kak ngah aku dapat meneruskan hidup dengan gembira. Kata orang, Yang pergi biarlah pergi. Kita hanya mampu berdoa untuk mereka. Tapi yang hidup, haruslah teruskan kehidupan.
Al-Fatihah untuk Adnan Mohd Taib.

04 September 2010

siket saje lagi bang

oh~~ aku tak tahan.. apakah itu test? APAKAH! kepale berpusing.. balik~~ balik~~ mungkin terlalu tidak tahan dengan kepulangan kawan-kawan.. AUH!!!! aku boleh jadi warewolf kalau benda ni berpanjangan selama 2 minggu lagi..


AUH!!


AUH!! 


Tapi aku rasa tenang kembali sebab aku dah dapat game baru untuk di install.. DIABLO.. wah.. mak like!


tolong la tahan siket bang.. siket je lagi.. nanti kite balik ye?

02 September 2010

jiwang fasa 6.

Memang betul kata orang. Kalau tamak selalu rugi. Same goes to me right now. Lepas makwe lama. Yang baru pun tak dapat. Frust?. Tak juga. Tak mengharap sangat pun. Lagipun benda dah lepas. Let it be. 

Right now i just need some space. Not myspace. To cooldown. It's normal things rights?. What goes around come around. Aiyark!

***Need some date partner? just call me and i'll be there for you ;)

Please Wake Me Up When September End.

29 Ogos 2010

Bakal Keseorangan

Ha..! Untung la budak rumah aku boleh balik awal.. Tarik kelas banyak-banyak.. Pastu aku tak leh balik sebab test 6haribulan. Cantek! Tinggalkan aku sorang-sorang.. Korang ingat aku berani ke..? Tapi tidak mengapa. Mungkin takde pape akan terjadi.. Setan da kene ikat.. Maybe takde pape kot.. 

Kepada Bedom.. Baju kaler biru cair dan seluar biru pekat tolong tinggalkan.. Sebab aku kena jaga rumah selama aku disini.. Ustaz.. Tolong tinggalkan Quran, bagi aku bace buat pendinding.. Haish.. Segan lak fikir tinggal sorang-sorang kat uma.. Kepada Zen lepas raye la ye kite kemas bilik.. Hehe.. Kepada Syed dan Franky.. Salam Satu Malaysia.

Bil api bulan ni jangan terkejut kalau lebih siket sebab aku nanti aku bukak semua lampu, radio dan tv dengan volume maksima.. Aku tak takot.. Aku segan.. 

Rumah sudah clear... Tinggal aku sorang.. hehehe.. Segan aku segan..

26 Ogos 2010

Tunggu Sahur Sorang-sorang

Di pagi yang hening macam ni.. Dengar bunyi unggas. Sebenarnya aku tak pasti itu bunyi unggas, lipas ataupun kunang-kunang. Apapun, ia membuatkan aku rasa di buai khayalan seketika. Terasa bagai nak pijak je unggas tu bagi diam.. Annoying gila bunyinya.. citcitcitcit... Eh.. boleh buat bergado ni..

Tatkala mendengar unggas berbunyi. Suaraku terus berlirik.. Do Re Mi~~ Do Re Mi~~.. Oh.. Sudah lama tidak terpekik telolong macam orang tiada tamadun. Kadang-kadang kalau difikirkan dengan akal fikiran dan bukan dengan lutut. Sesungguhnya. Membazirlah orang yang berkaraoke itu kerana kurangnya manfaat daripada syafaat. Tapi memang dah lumrah dunia. Apa yang tak penting, itu la yang diutamakan. Apa yang haram, itulah yang seronok dibuat. Memang tak dapat nak dinafikan. Tapi kalau dengan iman yang kuat. InsyaAllah boleh dielakkan. 

Badan sangat letih. Jadi perlu rehat. Rehat lepas makan. Heaven.

25 Ogos 2010

Test Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan bukan sahaja test kita dari aspek lapar, dahaga, mata, lidah, telinga, dan juga perbuatan. Malah puasa juga ada test selling, research method, entrepreneur, dan juga transportation. Memang kena banyakkan bersabar.


Mungkin bulan test ni membuatkan library penuh orang. Tuan Syed memberi idea “dah boleh korek idung da ni”. Alasan sebab bagi batal puasa (ini hanya gurauan. jangan terlalu lurus untuk percaya). Terlalu ramai orang untuk dilihat. Baik. Aku spesifik kan lagi. Gadis. Bukan niat nak memandang pada asalnya. Tapi terlalu ramai.. Dalam keadaan sebigini, sesiapa pun boleh lemas. Betul aku tak bohong. Table yang patut ade 10 kerusi tinggal 5 saja gara-gara ditarik ke meja lain. Memang betol “library menggalakkan student buat study group”. Tapi tengok gak study group dari aspek apa. Macam group lelaki mungkin 70% betul-betul discuss tentang pelajaran. Lagi 30% discuss tentang gadis-gadis idaman yang ada di library. Setelah diteliti dan diamati. Benar. Comel sungguh mereka. Baik. Aku admit. Aku tergolong dalam golongan 30%. Mintak maaf. Aku tak tahan. Aku manusia dan lelaki biasa.


Yang perempuan pula aku tengok ramai yang membaca mesej dari membaca buku. Mungkin baca mesej kat library sejuk. Siapa tahu tujuan mereka. Kalau dorang gelak, macam dorang kat dalam bilik tengah buat pillow talk. Itu hanyalah sesetengah dari mereka. Yang lain memang ikut pesan mak bapak. Belajar elok-elok.

Bila perempuan bertambah manakala lelaki berkurangan. Demand untuk lelaki akan bertambah. Lalu perempuan akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk mendapatkan pakwe di dalam kampus. Bila ada pakwe kat kampus baru rase hebat. Jadi untuk mereka mencari pakwe, mereka pon buat ‘hot’ dalam library. Aku tahu aku tak layak mengkritik penampilan seseorang. Tapi kalau aku yang tak layak pon nak kritik. Ko bayangkan orang yang layak nak kritik. Tak berdarah telinge kalau dia dengar. Haish..

***Hey gadis disana. Awak sangat comel. Heee~~ :D

Angguk tanda setuju

                Hujung bulan yang digelar hujung bulan bersama test. Sungguh tak seronok sebenarnya keadaan sebigini rupa apabila dalam kepala dah memikirkan keadaan di rumah. Dah memikirkan kuih raya yang dibuat dari pasar-pasar malam yang menjual dengan harga rm15 sebalang yang berisi 50 biji dan harganya bakal jatuh menjadi rm10 sebalang apabila malam raya menjelang tiba. Baju raya yang dibeli oleh Cik Zainah. Tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana tahun ni aku memilih sendiri warna baju. Aku pilih warna seperti warna hati kawan-kawan aku. Hitam.

                1 test da lepas.. esok kuiz transport. Kemudian 29hb test research methodology. Kemungkinan test untuk entrepreneur aku berlangsung pada 31hb dan test test yang terakhir test transport mungkin akan diadakan pada 2hb September. Dalam keadaan begini, aku macam dah tak pikir sangat tentang test. Aku dah pikir nak balik. Kalau la boleh, aku mengaharapkan test transport tu biar la tunda. Leh aku balik awal. Kesian kat rumah aku tu. Bertahun tak bercat.

                Sebab aku nak balik Klang. Klang. Tak best sangat. Tapi yang buat best kawan-kawan kat Klang. Perangai dieorang macam aku. tapi aku baru level 4. Dorang dah level 8. Macam setan. Aku perangai kira ‘pra’ lagi la. Belum hebat macam dieorang.
Aku sangat mengidam nak makan “Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi”. Mana aku boleh dapat?

Bertambah lak dengan ketandusan in term of money membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik rumah. Serious. Sekarang aku hanya tinggal RM10. Mana boleh nak tahan 2 minggu. Minyak motor cabok aku tu sekali isi kompom rm8 takkan kurang. Nahi mungkin aku boleh bertahan dengan RM10. Sepertinya sekejap lagi aku ingin minta kat menteri kewangan aku, Datuk Md. Zaman untuk mengirimkan wang melalui menteri pertahanan Cik Zainah. Harap proposal aku berjaya.

Aidi: Mother. My pocket already empty  la mammi.
Cik Zainah:   I already give you thousand right last week?
Aidi: yep. But that is your money that you want me to bank in at your account ma.
Cik Zainah: Oh! Sorry, my mistake. How much you want my dearest son.
Aidi: As much as u can give.
Cik Zainah: Damn. That is too much my son.
Aidi: Erm.. Erm. Ok. How about hundred? I also need to pay my bill.
Cik Zainah: :Let me ask Ministry of Account later ok?
Aidi: thx ma.

                Cadangan dari tuan syed. “Aku kalau boleh 31hb aku da balik dah”. Actually aku sangat suka idea tu. Tapi agak malang bagi aku sebab aku mungkin sampai 5hb kat kedah lagi sebab lecturer taknak bagi balik.
                Dah lama aku tak menaip sepanjang ini. Aku juga mengaharapkan idea datang masa test nanti macam ni. Berkontena banyaknya. Tak sempat nak buka 1 kontena. Datang lagi kontena lain bagi aku idea. Aku cuba mengadaptasi dari pelajaran. Bagi aku ruang sedikit untuk memikirkan soal belajar dari huru hara ke sana ke mari tanpa hala tuju. 



18 Ogos 2010

2 conversation

Conversation 1

a: oi.. ko jangan wat hal.. rugi...

b: bapak ko..! ko tau ape? cakap senang la setan..


a: aduh.. ape bebal sangat ni? bukan senang la bodoh..


b: eh.. ape pukimak sangat ko ni.. ko rilek sudey.. aku tak de pape.. ko yang lebih...


Conversation 2


a: dah le tu.. tak payah.. kite-kite je pon boleh...


b: tak same... mane nak same siot..


a: takpe.. boleh.. nnt ko ikot je aku.. kite g tmpt lain... ok?


b: ok.. i follow..




aku amek conversation 2 sebab aku rase macam selamat.. ;)


byebye