17 Mei 2015

Adil

Tuhan tu Maha-Adil. kau tak boleh nak pertikai benda-benda macam ni. Apa yang kau buat, itu yang kau akan dapat. Masa antara cepat atau lambat. Sama juga dengan bila kita bercakap. Mengata orang buat itu buat ini. Tak sampai sebulan, kita buat perkara yang kita mengata orang. Kita aibkan balik diri kita.

Benda ini jadi dekat diri aku sendiri. Bila ex (rasa macam budak baru nak bercinta pulak) do exactly the same thing what you have done to her before. Suka dua orang dalam satu masa. Tapi jangan la judge aku cepat sangat. Itu masa umur aku berapa? Masa tengah belajar. Biasalah. Lagi otak mana ada fikir kahwin bagai. Merancang untuk diri sendiri ada. Tapi bukan rancangan bersama. 

Dipendekkan cerita, bila kita betul-betul bersedia untuk ke peringkat seterusnya, dia pulak.. Tak ready lah.. Teringat apa aku buat kat dia lah.. Nak Istikarah laa.. Aku ada satu perasaan yang mengatakan macam ada benda tak kena. Aku tanya untuk kepastian "Dah ada suka kat orang lain ke?" dia jawab takde pulak. Bukan ape derrr. Macam, pehal lak ni, dulu beriya ajak kahwin, sekarang alasan macam-macam. Jadi sebagai lelaki yang pernah buat salah, kita bagi dia ruang macam apa yang dia nak. Apa yang dia nak kita ikutkan. End up, kami bersetuju untuk tidak ada apa-apa lagi. Dengan erti kata lain, Niat untuk aku berkahwin pun ikut terkubur. Kahkahkah.

Dalam masa aku mencari, aku terlalu mencuba, hingga aku terlalu memaksa dan memaksa target untuk pergi juga. Thanks to my great beautiful little sister kenalkan aku dengan kawan dia. Walaupun sekadar pengenalan biasa yang tak membawa ke jinjang pelamin, tapi aku rasa sangat berterima kasih sebab dia kenalkan aku dengan orang yang seronok untuk ajak borak. Cukup.

Semalam, tengah ngeteh dekat Pak Li Kopitiam dari Zohor sampai Asar, kawan aku bagitahu yang ex aku ni dah ada orang lain which is that man is one of his friend. Hati mana yang tak tersentak. Orang yang pernah kita sayang dah ada orang lain. Tapi lepas sepuluh saat, aku mula menghela nafas lega sebab selama ni aku rasa tanggungjawab aku untuk tengok-tengok kan dia, sebab bagi aku dia "takde sesape kat sini". Well, that what she have told me. Aku mendoakan yang baik-baik. Takde perasaan benci. InsyaAllah. Sampai sekarang aku macam. "Yeay!". Kurang satu beban. 

Aku sekarang cuba untuk menjadi seorang lelaki yang berfikiran matang. Tak terlalu mendesak. Tak terlalu pentingkan diri. Menjadi seorang yang mengenang jasa. Profesional dalam kerja. Menjadi seorang yang menghargai apa yang ada. Sebab betul orang cakap. Pengalaman Mengajar Kita.

04 April 2015

Hupdate for 2015 - Diari

It's been a long time since i didn't update any post.

Kalau nak diikutkan, memang lama sangat dah tak update blog. Ada juga lah dalam 3 tahun. Mungkin dah tak releven lagi sebabnya ada Instagram dan Twitter.

Dulu blog popular sebab smartphone tak ramai mampu milik. Student time aku diploma dulu masih lagi menggunakan penghantaran mesej biasa. Siapa yang ada "whatsapp" tu dah kira power sangat dah.

Blog ni banyak kegunaan. Antara yang kerap digunakan adalah untuk mengumpat. Yep. Mengumpat. Diikuti dengan luahan perasan. Cerpen Cinta. Cerita lawak. Pendapat peribadi tentang isu semasa. Memasak. Perniagaan dan macam-macam lagi.

Ada juga antara pengguna menggunakan blog sebagai diari. Update tentang kehidupan peribadi.

Tidak kurang juga pengguna blogger hanya jadi pembaca yang setia. Memerhati dan menilai sifat seseorang pada setiap post. Dikenali sebagai 'Silent Reader'.

Menulis blog pada aku sendiri, bukan sentiasa boleh mengarang. Nak mengarang pun kena ada feel. Kena ada mood. Kalau tiada feel & mood. Orang pun malas nak baca. Sebab setiap bait-bait tulisan akan menjadi mengarut dan terus mengarut.

Aku akan cuba jadikan blog ni menjadi diari aku. Sebab aku yakin. Kalau ada 20 orang yang dulu baca blog aku. Mungkin hanya ada seorang saja yang masih blogwalking.

Crush

Dari dulu aku amat meminati,
Tapi terbatas atas nama kawan sendiri,
Adakah ego atau malu,
Penyebab keadaan terus jadi begitu,
Tetapi kerap aku berharap dia berada disini,
Senyum dan sedihnya sentiasa aku temani,
Walaupun hatinya tidak aku miliki,
Doaku untuknya terus akan mengiringi.