17 Mei 2015

Adil

Tuhan tu Maha-Adil. kau tak boleh nak pertikai benda-benda macam ni. Apa yang kau buat, itu yang kau akan dapat. Masa antara cepat atau lambat. Sama juga dengan bila kita bercakap. Mengata orang buat itu buat ini. Tak sampai sebulan, kita buat perkara yang kita mengata orang. Kita aibkan balik diri kita.

Benda ini jadi dekat diri aku sendiri. Bila ex (rasa macam budak baru nak bercinta pulak) do exactly the same thing what you have done to her before. Suka dua orang dalam satu masa. Tapi jangan la judge aku cepat sangat. Itu masa umur aku berapa? Masa tengah belajar. Biasalah. Lagi otak mana ada fikir kahwin bagai. Merancang untuk diri sendiri ada. Tapi bukan rancangan bersama. 

Dipendekkan cerita, bila kita betul-betul bersedia untuk ke peringkat seterusnya, dia pulak.. Tak ready lah.. Teringat apa aku buat kat dia lah.. Nak Istikarah laa.. Aku ada satu perasaan yang mengatakan macam ada benda tak kena. Aku tanya untuk kepastian "Dah ada suka kat orang lain ke?" dia jawab takde pulak. Bukan ape derrr. Macam, pehal lak ni, dulu beriya ajak kahwin, sekarang alasan macam-macam. Jadi sebagai lelaki yang pernah buat salah, kita bagi dia ruang macam apa yang dia nak. Apa yang dia nak kita ikutkan. End up, kami bersetuju untuk tidak ada apa-apa lagi. Dengan erti kata lain, Niat untuk aku berkahwin pun ikut terkubur. Kahkahkah.

Dalam masa aku mencari, aku terlalu mencuba, hingga aku terlalu memaksa dan memaksa target untuk pergi juga. Thanks to my great beautiful little sister kenalkan aku dengan kawan dia. Walaupun sekadar pengenalan biasa yang tak membawa ke jinjang pelamin, tapi aku rasa sangat berterima kasih sebab dia kenalkan aku dengan orang yang seronok untuk ajak borak. Cukup.

Semalam, tengah ngeteh dekat Pak Li Kopitiam dari Zohor sampai Asar, kawan aku bagitahu yang ex aku ni dah ada orang lain which is that man is one of his friend. Hati mana yang tak tersentak. Orang yang pernah kita sayang dah ada orang lain. Tapi lepas sepuluh saat, aku mula menghela nafas lega sebab selama ni aku rasa tanggungjawab aku untuk tengok-tengok kan dia, sebab bagi aku dia "takde sesape kat sini". Well, that what she have told me. Aku mendoakan yang baik-baik. Takde perasaan benci. InsyaAllah. Sampai sekarang aku macam. "Yeay!". Kurang satu beban. 

Aku sekarang cuba untuk menjadi seorang lelaki yang berfikiran matang. Tak terlalu mendesak. Tak terlalu pentingkan diri. Menjadi seorang yang mengenang jasa. Profesional dalam kerja. Menjadi seorang yang menghargai apa yang ada. Sebab betul orang cakap. Pengalaman Mengajar Kita.

04 April 2015

Hupdate for 2015 - Diari

It's been a long time since i didn't update any post.

Kalau nak diikutkan, memang lama sangat dah tak update blog. Ada juga lah dalam 3 tahun. Mungkin dah tak releven lagi sebabnya ada Instagram dan Twitter.

Dulu blog popular sebab smartphone tak ramai mampu milik. Student time aku diploma dulu masih lagi menggunakan penghantaran mesej biasa. Siapa yang ada "whatsapp" tu dah kira power sangat dah.

Blog ni banyak kegunaan. Antara yang kerap digunakan adalah untuk mengumpat. Yep. Mengumpat. Diikuti dengan luahan perasan. Cerpen Cinta. Cerita lawak. Pendapat peribadi tentang isu semasa. Memasak. Perniagaan dan macam-macam lagi.

Ada juga antara pengguna menggunakan blog sebagai diari. Update tentang kehidupan peribadi.

Tidak kurang juga pengguna blogger hanya jadi pembaca yang setia. Memerhati dan menilai sifat seseorang pada setiap post. Dikenali sebagai 'Silent Reader'.

Menulis blog pada aku sendiri, bukan sentiasa boleh mengarang. Nak mengarang pun kena ada feel. Kena ada mood. Kalau tiada feel & mood. Orang pun malas nak baca. Sebab setiap bait-bait tulisan akan menjadi mengarut dan terus mengarut.

Aku akan cuba jadikan blog ni menjadi diari aku. Sebab aku yakin. Kalau ada 20 orang yang dulu baca blog aku. Mungkin hanya ada seorang saja yang masih blogwalking.

Crush

Dari dulu aku amat meminati,
Tapi terbatas atas nama kawan sendiri,
Adakah ego atau malu,
Penyebab keadaan terus jadi begitu,
Tetapi kerap aku berharap dia berada disini,
Senyum dan sedihnya sentiasa aku temani,
Walaupun hatinya tidak aku miliki,
Doaku untuknya terus akan mengiringi.

29 Ogos 2012

Bias. Tapi..

Aku seorang yang tidak terlalu gemar mengikuti perkembangan semasa yang tidak memberi kesan akan kehidupan harian aku. Berita contohnya, kadang-kadang aku tertengok sebab masa aku sedang asyik dibuai kartun illuminati kat astro, otai aku dengan riaknya akan tukar ke saluran 103 tepat pukul 8 malam. Aku hanya berpangkat anak kepada otai tersebut tak mampu berkata apa. Diam dan terpaksa mengikuti perkembangan semasa.

Aku kadang-kadang rasa bias pula bila lihat saluran tv yang menyatakan tentang betapa hebatnya kerajaan. Dan di pihak pembangkang, mereka tidak dibenarkan untuk berbuat perkara yang serupa. Tapi kadang-kadang aku terfikir pula yang jika diberi peluang, iklan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang kerana apa yang aku lihat mereka hanya membangkang dan tidak memberikan sumbangan besar kepada negara setakat ini.

Tolonglah jangan cakap tentang tidak diberi peluang. Selangor antara negeri yang terkaya di asia tenggara telah di menangi oleh parti pembangkang lah. Ini lagi satu hal juga bila pihak pembangkang mempertikai Suruhanjaya Pilihanraya membuat kerja. Kalau BN nak main bohong, takkan la dia bagi PKR menang kat Selangor tu. Baik dia bagi negeri lain. Sambung, sumbangan kemajuan apa yang diberikan oleh PKR kepada rakyat Selangor selain daripada duit untuk penyokong PKR sahaja? Air percuma setiap bulan yang tak sampai RM10? atau jalanraya cukup liat untuk diselenggara dengan baik? Bantu rakyat Selangor? Aku puasa mencarut sebulan kalau ada. Apa yang aku lihat, masalah air yang tak pernah ada sebelum ini, UNISEL pun hampir hilang, SUK pun hampir jatuh ke tangan bukan melayu. Gila apa SUK pergi ke tangan orang bukan melayu. Habis tu orang melayu kaya yang berlagak tu nak makan apa?

Herm.. Baru aku terfikir. Adakah aku akan dikenakan tindakan AUKU kerana menulis sedemikian rupa? HOMAIGAD! Gubal undang-undang sikit la En. Kerajaan. Ceh.

10 April 2012

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

31 Mac 2012

The decision is solid

Apabila kita bercakap tentang perpaduan antara rakan sekelas, ianya bukan lah perkara yang mudah. Sentiasa beringat bahawa "tak semua suka apa yang kita buat". Sebelum aku pegang, aku kaji. Aku bertanya kepada beberapa orang veteran ataupun orang yang lebih berpengalaman dalam hidup mereka, mereka setuju dengan statement tersebut.
Semalam, skali lagi presentation untuk memastikan trip yang dicanangkan antara jadi ataupun tidak di bentangkan di hadapan Dr. Samad selaku orang yang meluluskan. Ketua dan penolong projek diiringi pensyarah yang supportive semenjak dua ni masuk. 6 jam sebelum kejadian berlaku, pensyarah yang dinyatakan sebentar tadi cuba memberi azam dan semangat baru kepada kelas kami. Tapi dengan syarat beliau yang ketat "the whole class must work for it. Together!" lebih kurang cenggitu la bunyinya. Atas sebab ingin melihat kelas kembali ceria seperti dulu tanpa ada sebarang perasaan hitam di hati, aku menyokong 100% usul untuk ikut trip tersebut yang pada asalnya hanyalah 50% sahaja. Maka bermula titik tolak perpaduan antara kami. Sound epic kaaannnn?
Nak dijadikan cerita, masalah demi masalah semasa presentation dijalankan. Tapi Alhamdulilillah, berkat usaha mereka, akhirnya trip tersebut "lulus" dengan syarat, mesti dapatkan persetujuan dari semua pensyarah yang kami nak skip kelas mereka. Itu sahaja.
Aku mengharapkan, trip ini berjalan dengan lancar, dan kelas kembali bersatu macam dahulu. Jadi lebih seronok.
Itu harapan aku.

29 Mac 2012

Bukalah mata

Sekadar peringatan, Bukalah mata. Walaupun sayup-sayup pun tidak mengapa. Kami masih menghargainya.

Pinta kami tolonglah berhenti. Mengapa kebaikan ditolak, kesalahan dicari. Sambil bila harus engkau begini. Terus dan menerus menyalahkan kami.

Terima kasih pada kawan yang masih ada budi pekerti. Masih lagi membantu walau kami dicaci. Tidak lupa pada yang mendengar luahan hati. Moga Allah melimpahkan rahmat pada kalian nanti.

Harapan kami tidaklah setinggi mana, hanya mahu kelas seperti biasa, penuh dengan senyuman gelak ketawa, adakah terlalu besar pemintaannya?

Tampuk pemerintahan

Perkara yang melibatkan masalah dalaman kelas semakin menjadi-jadi semenjak peralihan tampuk pemerintahan trip yang di war-war kan dari semester lepas lagi. Harapan demi harapan aku berikan pada mereka bagaikan menteri memancing undi. Menjanjikan kesenangan kepada setiap individu yang menyokong.
PRU makin dekat, akhirnya pucuk pimpinan kami tewas angkara tidak dapat menunaikan janji-janji manis yang dahulu diberikan.

Pimpinan bertukar tangan. Pemerintah sekarang lebih persistent dan lebih bertenaga untuk bergerak kehadapan. Pada asalnya pemindahan tampuk pimpinan hangat diperkatakan. Kemudiannya di selesaikan. Bagi aku, lebih baik dari tidak. 'Kami' hanya duduk sambil memerhati dan memberikan sokongan semampu mungkin dan  masih menjaga hati semua pihak. Segala maklumat yang diketahui dikongsi untuk kebaikan bersama. Masa makin suntuk, kerja harus dilakukan sepantas mungkin sepantas Euro Fighter mengalahkan Bugatti. Mereka masih bekerja lagi.

Kalau rezeki untuk pergi tiada, baiklah kita teruskan dengan kertas cadangan lain iaitu pergi ke pulau. Dengar cerita RM600 dapat 3 kali snorkeling.. Tak pun kita tak perlu buat apa, boleh aku boleh beli Galaxy Tab.

Mana mau?

16 Februari 2012

Roulette

Kedai mesin judi didapati semakin meningkat maju. Tumbuh bagaikan cendawan. Adakah mungkin semenjak BA memerintah, ataupun mainan politik oleh BN sendiri yang ingin menyatakan di bawah pemerintahan BA makin banyak kedai mesin judi di buka. Aku pernah masuk kedai ni sendiri untuk memahami, kenapa ramai yang ingin melabur kat mesin tersebut. Agak goyang jugak la masa masuk kedai2 cenggini. Gila kau. Suka2 je masuk, tak main, pastu usya orang pulak orang main. Memang cari nahas la. Tapi nak tau punya pasal, masuk jugak.

Antara game yang acap kali dimainkan oleh 'player'2 ni, adalah Roulette dan Slot. Tapi hari ini aku ingin bercerita tentang roulette. Sebab nama dia lagi style dari slot.


Roulette adalah satu permainan kasino yang berasaskan duit dan dalam akal fikiran kita hanya berada di Vegas. Tidak benar sama sekali. Roulette ini berani saya katakan bersepah di seluruh area Selangor. Average perjalanan aku ke Port Klang paling bangsat aku akan jumpa 1 kedai mesin (kedai judi) setiap 5 minit.

Nombor yang terdapat adalah dari 0 hingga 36. Jika taruhan RM1 pada 1 nombor, dan bola jatuh pada nombor yang kita taruhkan, atau kena, player akan mendapat habuan sebanyak RM36. dari RM1 boleh jadi RM36. Dasat kan? Sebagai observer, aku hanya berani memerhati dari sudut 90 darjah dinding kedai. Memerhati setiap player. Ada yang menang dan ada yang kalah. Paling banyak aku pernah nampak orang kalah setakat ni RM500. Habis. Paling banyak aku nampak orang menang RM4000. Ini hanya depan mata. Yang dengar dek telinga menang 5, 6 ribu dan yang kalah ada sampai 11ribu. Hutang ceti. Mampus..

Cara player menilik setiap kali mane bola tu jatuh mana sangat hebat. Sungguh aku kagum. Tapi bila tak menjadi, aku jadi kesian.. Sebab banyak duit telah dipertaruhkan tidak mengena. Bila tengok mereka menang dengan hanya bermodalkan RM50 boleh dapat RM300-RM500, terdetik rasa hati ingin mencuba. Tapi nasib baik pendinding masih kuat.

Terniat gak kadang2 aku nak menegur. Tapi aku bukan baik sangat. Bukan jugak malaikat. Aku tidak mampu menegur. Aku hanya buat sekadar yang mampu. Dorang dah besar, tau apa yang dorang buat. salah cakap kang kena pukul. buta je kena. Acap kali ayat yang keluar dari mulut aku adalah "cukup la tu" dan senyum. Sebab takot kene pukul. Hehe.. Tapi, yang bestnye la.. Kalau dorang ni menang, aku pun kena tempias. Hahaha..

Yang aku buat aku kagum lagi dengan player2 ni, dorang ni support antara 1 sama lain, modal habis, yang menang akan tolong bagi modal dulu. Betul la orang cakap 'ko tolong orang, banyak rezeki ko dapat nanti'. Walaupun salah cara, tapi statement orang cakap tu memang betul wujud.

Aku menulis hanya sekadar suka-suka dan hanya ingin berkongsi cerita. Bukan untuk mengkritik mana-mana pihak. Peace yo!

21 Januari 2012

mampos aku

Before, i live like an owl for study.
Now, i live like asshole for enjoy.
Sleep at six, awake at one.
Useful activity this month consider none.
Eye on laptop eye on tv.
lead to useless human be.