31 Oktober 2009

What I Really Hate Right Now...

Aku benci pempuan cantik.. Menyusahkan hidup aku.. Nak tido susah.. Nak buat keje susah.. Memang menyusahkan hidup aku..



Serius aku dah meluat dengan pempuan cantik. Lagi-lagi baik.. Aku rase baik aku jumpe budak pompuan cantik tapi sombong.. Lagi senang idop aku.. Aku tak tegor die, die pon tak hingin tegor aku.. That better than asek teringat kat dorang ni..


Kalau boleh, diingatkan kepada yang single.. Tak payah cari yang hensem or cantik. Cari yang sedap mate hati ko pandang sudah.. Sumpah ko senang ati nanti..


Nak Ikot Nasihat, Ikot.. Taknak Sudah!

30 Oktober 2009

Pak Guard UiTM

Pak gad UiTM.. Aku tau kuda aku salah sebab takde cop mohor UiTM beharge 2 hengget tu .. Aku ok je kalau kene saman kat dalam kampus.. Tapi kenape nak gak saman kat uma? Kenape sampai dalam pagar uma?. Panas bai kene.. Aku die saman, Geng Kapak die saman.. Orang kayangan pon penah kene saman..



Okeyh.. Okeyh.. Majoriti penuntut UiTM tak suke akan Pak Gad… Tapi cube kite pikirkan kalau Pak Gad yang 89% kehidupan die buat muke aku paling berkuase dalam kampus ni takde..


1. Orang luar senang-senang je keluar masuk dalam kampus.. Hala.. Gile takde privacy jadi student cenggini.. Mesti takde rase macam kat U kan? Rase macam kat komplek sukan lak nanti sebab petang orang jogging kat situ, men basketball, bola sepak, tenis macam-macam lagi la..


2. Walaupon ade pak gad ni, still ade kes curi. Bayangkan la kalau takde pak gad..


3. Kalau takde pak gad, sape lagi student nak bahan + benci?


Tapi kadang-kadang Pak Gad ni pon 1 hal.. Nak saman takpe.. Paham. Keje die.. Tapi tolong la tengok tempat, keadaan.. Waraskan siket pemikiran tu..


And lagi satu kepada sesiape yang rase-rase pakai seliper mahal, tapi die ingat seliper ko tu hage RM4.90 beli kat tesco just untuk bawak ke jamban. Bawak resit pembelian ko tu. Tunjuk kat die.

29 Oktober 2009

28 october 2009 - Paper Public Relation - How It's Going?

Aku bukan sengaje tak nak study... Tapi aku dah agak mesti jadi macam ni.. Pressure paper mesti buat aku tak tido malam tu... Dah try pakse diri tido.. Tak jalan.. Si nippon kat bawah dah panas aku gerak sane sini.. Dengan bunyi katil macam cilak ai... Aku try gi kat lantai dengan harapan boleh tido sebab kat uma aku lagi selese tido kat lantai dari tido kat katil.. Tak boleh blah gak.. Aku golek2 sampai ke subuh...
Pancaindera ke enam aku tetibe bagi signal.. "Da subuh.. Pastu nak jawab paper.. Tak reti2 nak ingat tuhan?". Aku jawab dengan serbe salah.. Takkan da susah baru nak ingat tuhan.. Mase senang aku g mane? Men game?. Die balas.. Ko kene mulekan.. Pelahan-lahan.. Biasekan.. Kalau tak mulekan sekarang, bile lagi ko nak mule? Jangan ko ikotkan sangat setan ko tu.. Bukan ko tak belajar sifat tuhan.. Renungkan la siket.. Ko bukan budak lagi.. Mati ko nanti ko jawab sendiri.. Jangan kate aku tak ingatkan.. Kawan2 ko pon sume dah ingatkan ko.. Aku tersentak.. Aku malu nak ngadap pencipta aku.. Badan aku teros bergerak untuk bersiap..
Paper pukol 9 dan pukol 7 aku terlena juga akhirnye.. Gegaran dari Great Khali mengejotkan aku dari lena. Jawab paper dan  jam mase diberi..
Jam menunjukkan pukol 11. Seorang demi seorang keluar.. Side hati aku yang dengki berkate.. Cilake.. Die leh jawab..
Tepat pukol 12 ada antare penuntut "mengomot" kertas tu atas faktor tekanan.. Sume kawan2 aku keluar dengan senyuman bertatahkan makian di mulot.. YA! AKU TERGOLONG!.
Terase macam aku jawab KBKK dan bukan fakta dalam ape yang aku blaja.. CANTEK!

26 Oktober 2009

HEISH!!!

1. Kadang-kadang aku rase macam nak STOP!. Kadang-kadang aku rase macam dah la.. Please stop. Just Go!. Please! Paham tak maksud aku? tak paham? tak payah paham..

aku sebenarnye tertekan je..

2. Aku tak tau bile aku start jadi macam ni... maybe semenjak muke2 yang buat aku sejuk dah takde..

Da takde da penyeri kat library.. Rase macam nak tanye je kenape korang amek course abes awal..

Da takde da teman syndrome down (betul ke weih). Gelak sangkot2 cam budak tak normal. aha aha aha ha ha... Da takde da orang yang aku nak maki.. Actually itu mulut je.. Bukan dari hati woh..

semue orang tengah study untuk paper PR. Tapi aku buat ape skang ni?. Tengah buat binatang ni.. Tempat aku lepaskan ape yang aku rase sekarang..

Jom dengar Candles from Hey Monday. not bad dowh..

-Im better now-

*1 ngan 2 takde kaitan dowh..

tekanan lagi..

Aku rase macam bernasib balik sebab tak pergi kelas mandarin pagi tadi. Kalaulah aku pergi. Mesti aku kene dengar kritikan dari laoshi.. Cukop la dari mulut ahli kumpulan aku memberitahu. Itu pon aku rase pedih dah..


Buat lagi nak tak?. Soal Si phoenix kepada aku. Sumpah aku dah malas. Tapi memandangkan ini adalah markah untuk final. Kami tekad buat skali lagi.

Tapi tak buat skrip baru la.. Kami gune skrip lame. Skrip sebelom skrip yang kene reject ni muncul..

Lepas tu kami nak buat folio. Pastu rilek sehari. Pastu start study KALAU rajin. Ulang suara. KALAU rajin..

Tekanan lagi aku untuk hari ni..

herm..

-22 oct 2010-

22 Oktober 2009

silent

aku tertekan!

Sesiapa.. Tolong.. Tolonglah la aku.. Aku perlukan teman...

kau tak perlu berkata apa-apa.. Aku hanya perlukan kau untuk temani aku..

Itu sahaja...

Perbualan

Perbualan sentiasa berlaku. Di rumah, dalam kereta, di kedai makan, dalam bilik tidur mahupun di bilik air. Betul. Bilik air. Bukan 2 orang masuk secara serentak. Tetapi seorang di dalam dan seorang lagi di luar menunggu si dalam keluar untuk di luar masuk ke dalam.



Tapi topik perbualan sentiasa bertukar-tukar. Antara topik yang menarik di perbualkan adalah jamban. Mungkin ada di antara kita dah dengar. Tapi still aku nak ketengahkan jugak cerita ni.


Ia bermula semasa kami ingin pulang dari kuliah kami. Perut salah seorang dari ahli kami sakit. Berkemungkinan dari kepale angin beliau teros jatoh ke perot.. Menyebabkan perot die masuk angin.


Ko suke jamban dudok ke cangkong?. Perbualan bermula. Aku suke jamban cangkong. Klasik. Kata seorang ahli. Lagipon jamban dudok tak selese la.. Mungkin benar apa yang diperkatakan. Umah ko jamban ape?. Majoriti menjawab jamban cangkong. Si rumah yang mempunyai jamban dudok diam di sisi tingkap.


Seorang daripada ahli menyoal pula“macam mane first time ko pakai jamban dudok?”. Tersenyum sebelom menjawab “aku cangkong atas tu. Babi. Gile tak selese. Jatoh je t**k, air tepercik kat bontot.. YAK!” Ahli lain di dalam kenderaan tersebot dengan bersungguh-sungguh sambil dahi berkerot menyokong usul tersebut. Memang benar. Kalau mengikut kiraan fizik sekalipon. Semakin tinggi objek jatuh ke air, semakin tinggi percikkan air tersebot.


“Tapi...” seorang lagi menyelang. “aku takde la cangkong atas tu.. Aku dudok cam biase la walaupon tak selese.. Orang nobel la kate”. Kukuh benar alasan tersebut. Beberape das babi ditujukan ke arah beliau kerana menjawab dengan penoh rase lawak.


Gelak tawe kami terhenti apabila kami sampai diperhentian yang kami tuju. Kedai makan yang dtunjukkan oleh en sakit gigi. Letcerer sempoi kami. Sedap dan murah. Dah.. Jom makan.. Lapo la...

21 Oktober 2009

Assignment

Assignment. memang takde la nak buat awal2. Bukan tak cube. Ia lebih tepat tak nak mencube. Kalau buat awal2 tak student la konon. Pastu kelang-kabot last minit..
Harapan seperti biasa disandarkan kepada si dekan 3 sem. Catface. kadang2 kesian gak la dengan die.. Mane tak nye. Finance punye keje die buat sorang. Yang lain finance hampeh. Die bukan takde keje die sendiri. Die pon nak rehat gak.. Tapi nak tak nak mintak gak tolong. Thx weih Catface.
Si great Khali lak kehebatan die tang buat multimedia. Tang buat ni die memang best. laju je.. Keje berkaitan multimedia je, kompom hulur kat die.
Si Pheonix, Imam Istana, Hotguy, Nippon, Protagonist Kayangan dan Aku buat ape? Buat jugak la keje. Kami tak la semalas yang anda sangkakan.
Pasni buat Finance dengan kelajuan maksimum. Pastu berlakon untuk Mandarin. Pastu baru boleh rilek siket untuk minggu ni.
Thx to Si pheonix sebab tolong buat PR report kelmarin.
Pastu Final.
Pastu -end-

18 Oktober 2009

kenape laki jadi pelik bile nmpk pompuan?

Kenape laki akan jadi pelik bile nampak pompuan?
Mungkin didikan dari rumah?
Mungkin suke2 untuk gelak dengan kawan2? 
Atau memang dilahirkan begitu?

Tak payah korang nak shoot aku sorang la... Korang pon same.. Kalau tak. ko spesis "amphibious car" la. (utk laki saje).

Tapi aku sebenarnye sokong lagu ni
-----------------------------------------
Samsons - Naluri Lelaki

Aku adalah Lelaki

Yang tak pernah lelah
Mencari wanita
##
Aku adalah Lelaki
Yang selalu gundah
Menunggu wanitaku


Aku adalah lelaki
Yang selalu ingin
Dibuai wanitaku


*) Tolong dekati aku
Tolong hampiri aku
Tolong jamahi aku
Agar aku bijaksana
Agar aku bahagia
Agar aku merasakan cinta


Chorus :
Naluriku sebagai lelaki
Membuatku menginginkan
Berjuta wanita di sisiku
Naluriku sebagai lelaki
Membuatku merindukan
Pujaan dari wanita
==========================

Hahaha...

Hari ni hari ahad.

Man.. Bangun la man... Kejut kawanku bermuke cina bername jepon.



Em.. Jawabku.


Bangun la man.. Katil digoyang sambil menyanyi lagu black eyed peas version arab..


Bukak mate, cari henpon.. Henpon mane henpon.. 1 mesej.. “Selamat pagi sayang”. Aku cukup selesa dapat mesej ni walaupon ringkas..


Bangkit aku dari tempat aku beradu.. Pergerakan aku ke air terjun terhenti apabila Sang Pheonix berada di dalam.. Aku tunggu.. terus menuggu. Pelik. Selalunye sekejap.. Tapi hari ni teralu lame rasenye. Barangkali die tengah “reborn” kan balik wajahnye untuk kembali tampak muda walaupun dia paling senior dalam istana kami.. Great Khali menunggu dengan muke yang tenang walaupon dalam hati memaki tanpe henti.. Aku buat bodo.. Buat tak tau ape.. Aku sambung balik tido walaupon jam menunjukkan 9.45 pagi dan pukol 10 pagi ada presentation.. Seluruh ahli istana bermuka tenang.


30 saat kemudian perot aku mengeluarkan chakra. Aku harus bertindak. Teros aku berlari mendapatkan tempat untuk aku melepaskan “rasengan”. 1 serangan. Aku senyum. Senyum puas dengan kejayaan aku. Selesai urusan tersebut.. Sang Pheonix juga selesai urusan beliau. Tanpa lengah aku terus masuk ke tempat air terjun. Aku berteriak kepada Great Khali. “Wei! Korang gi dulu la. Nnt aku sampai”. Aku teroskan mandian aku dengan tenang.


Selesai aku berpakaian. Mereka pon bergerak untuk pergi ke kuliah. 2 kenderaan jenama Malaysia gah bergerak dari rumah aku. 1 dari model pertama malaysia. Dan 1 lagi kawan kepada binatang seperti kancil, kelisa, kenari, rusa. Iaitu Myvi. Barangkali name saintifik bagi katak. Sebab bila tengok betul2. Macam katak bentok kenderaan tersebut. Mereka ada kenderaan berbumbung. Tapi aku hanya ada kenderaan berhelmet. Aku bersyukur.


Stokin berlubang di ibu jari mencari penutop. Sepatu aku tiada. Niat nak mencarut, tapi tak jadi sebab salah aku tak sediakan malam tadi. Aku keluarkan kuda aku, teros pergi istana jiran dengan hajat ingin meminjam sepatu buat sementare waktu.


Kudaku berlari biasa. 110km/j. Merentas laluan bersimpang empat bermate 3. Merah, kuning atau hijau. Orang kate berhenti mase mate die merah. Sebab mase tu die tengah bad mood macam pompuan. Period. Kalau kita tak patuh, jangka hayat kita mungkin lebih pendek. Mata bertukar warna hijau, teros kuda ku berlari laju.


Sampai di kelas, jam menunjukkan 10.24pagi waktu Tag Heuer aku. Presentation sudah bermula. Kawan2ku semua bermuke tenang sambil tersenyum sinis. Aku terlupe memang begitu senyuman mereka. Henpon aku bergetar 3x. Mesej. Gergasi comel bangun awal hari ni. Mungkin petanda hujan akan turun petang nanti.


Presentation berjalan dengan lancar tanpa sebarang soalan yang tidak boleh dijawab. Terima kasih kepada Catface kerana dapat menjawab soalan dari madam yang membuat semua ahli hanya memandang antare 1 same lain.


Selesai kuliah. Aku pergi menjamu di tempat penuh bidadari. Tapi malang bagi aku kerana mereka tidak menghiraukan aku. Tiba2 aku di sapa oleh bomoh hujan dan geng kapak. Nasib baik mereka ada untuk aku makan bersama.


Selesai makan, aku pulang ke istana. Membuka teknologi yang aku dapat sempena aku sambung belajar. Main DotA. Si Nippon membeli air yang orang katakan buatan Israel tanpa rase bersalah. Aku juga tiada perasaan bersalah minum air tersebut kerana sedap.


Tertekan aku bermain seorang diri. Setiap semenet aku akan pandang henpon mengharapkan ia bergetar sebanyak 3x. Tapi tiada. Si gergasi yang bertukar surat di henpon ada hal sendiri.. Dan inilah aku. Sedang menghabiskan masa aku . Terima kasih rakan kerana mengajar aku membuat bende pelik ni.

**Teros menuggu henpon bergetar 3x.

Mase bile paling seronok?

Kalau di tanye time bile aku rase paling seronok bagi aku?



Kompom time sekolah rendah. Kenape?

Diri.


Muke takde jerawat macam sekarang.


Baik.


Duit raye mesti dapat lebih RM100.


Tak payah pikir duit.


Tak payah pakai spek.


Tak payah pikir henpon.


Tak payah pikir pasal top up abes.


Tak payah pikir pasal makwe.


Tak bercakap ngan pompuan. Cakap pon pandang lantai.


Nak jalan2 kampung tak payah pikir minyak abes sebab nek basikal.


Puas jalan2 kampung sebab naik basikal penat kayuh. Kalau nek moto kejap sangat rasenye.


Tak payah pikir tengok wayang. Sewe video tape je kat kedai. Macam2 cite ade.


2. Family


Maksimum keluar rumah 3 jam.


Kene rotan ngan mak sampai nangis tak benti.


Kene marah ngan ayah sampai demam.


Mak jahitkan baju raye setahun 3 pasang.


Kakak bagi hadiah macam2 sebab aku sorang je yang sekolah.


Kakak tolong buatkan kerja sekolah kalau tak siap. (lagi2 time nak g sekolah pagi tu)


Repot kad bagi mak sain ari last nak antar takot kene marah.


Balik kampung naik bas ngan mak.


3. Kawan


Kawan ngan budak suke buli. So, aku tukang gelak je tengok orang kene buli.


Panggil name bapak pon member tak marah. Member gelak lagi siap.


Pegi men bola ngan kawan2, 18 orang 1 team. Tak gado. Duit pon tak kuar.


Gi swimming pool kat kompleks sukan tak gtau mak.


Make up basikal macam make up moto. Bakar body, spray sume siap.


Balik kokurikulum ari sabtu singgah kedai makan. Konon macam orang da besar.


4. Sekolah


Tak payah mintak mak bapak duit belanje banyak sebab dulu pagi petang RM1 cukop makan.


Shah Rukh Khan jadi idola.


Masing2 buat rambut belah tengah.


ponteng kelas dengan alasan pegi latihan nasyid.


Dapat wakil sekolah main chess sebab tak ramai reti main.


Rombongan sekolah banyak.


Mase ni baru blaja ayat sontot, romen, stim, dan lain2.


Kene marah + rotan ngan cikgu tapi takut nak gtau ngan mak. Takot kene rotan lagi.


Ada pendidikan jasmani. Lompat tinggi, takraw, badminton, bola sepak, sume main.


Pekse nombor bawah 20.


5. Permainan


Men game “lobang babi”. Feveret! (padang uma aku je ade game macam ni)


Men layang-layang buatan sendiri pakai plastik sampah ngan lidi penyapu.


Nampak vespa, kete kodok. “DUT” kepale kawan kuat2. Kawan tak penah marah. Best!


Men gasing kat TANAH. Bukan LANTAI macam budak2 skang main. Bukan juga “beyblade”.


Galah panjang gune court badminton.


Men badminton gune basikal jadi net.


Men tikam kopek. Menang sehengget. Kalah 4 hengget.


Men tikam telor. Sebiji ade 2 posen ngan sehengget.


Tamagochi. Bele binatang. RM30.


Men game tape – mario, contra, double dragon ape ntah lagi.






Mungkin ade lagi memori yang manis. Tapi lame sangat dah sekolah rendah tu.. Mane Nak ingat sume..






(aku banyak mention mak sebab mak aku suri rumah sepenuh masa. So aku banyak luangkan masa dengan dia banding ayah aku yang bekerja pagi sampai malam untuk tanggung family aku)

Nama aku

Sejarah nama:


Aidi

Danial

Eddy

Zaman (dulu kan time kat skola kawan2 men panggil surname)

Danone

Zorro

Danny

Bob

Meon

Botak

Petapa Gatal

Paman

Dani

Just choose 1.

17 Oktober 2009

tribute to Michael Jackson



Sedang aku tengok video klip maikel jeksen ni.. tertengok la maikel versi game..

so, enjoy...