21 Januari 2012

mampos aku

Before, i live like an owl for study.
Now, i live like asshole for enjoy.
Sleep at six, awake at one.
Useful activity this month consider none.
Eye on laptop eye on tv.
lead to useless human be.

Bila hati dah melayang

Jam laptop menunjukkan 2:08 AM. Pagi ni aku ade last paper untuk aku hadap. Aku runsing. Memang poyo gila runsing. Pasal subjek, berapa peratus saja nak dibandingkan runsing dengan hal lain.
Bertemankan M.Nasir menyanyikan lagu untuk si isteri “keroncong untuk Ana”. Aku macam merasakan diri ini terlalu kepada art ataupun terlalu mengada untuk memahami bait-bait lirik yang di nyanyikan. ‘Lagu cari makan ni’ bisik kata hati yang tersenyum.
Dari pukul 11 tadi aku terbelek-belek naskah yang berkaitan dengan subjek esok. Tak tau nak fokus kat mana. Terlalu wide. Terlalu minimum sources yang kami ada. Tak tahu yang mana satu yang akan masuk esok.
Tiba-tiba
Arin masuk bilik aku sambil buat lawak macam biasa. Borak statement malas belajar dan kendian (kemudian), dia kata sambil terbaring di katil “aku tiba-tiba ingat ayat aida “jangan ingat urban senang walaupun dia Nampak macam senang””. Selesai kata-kata yang tak berapa nak membantu tu, dia pun keluar. Mahu sambung study katanya.
Aku sambung membelek naskah urban kembali untuk cari bahan untuk dibaca supaya tidak menyesal esok hari.
Sambil ditemani M.Nasir, Oat Crunch dan Nescafe Ais tin.

16 Januari 2012

13 Januari 2012

Cuba lagi kawan...

Sekarang masih lagi di musim peperiksaan akhir tahun bak kata masa sekolah menengah dulu. Final exam pula kata mahasiswa yang ada dikalangannya hanya mahu dilihat sebagai 'budak bijak' tapi tidak. Aku seorang penuntut yang masih kurang disiplin mengekori 3 kawan baik aku belajar. Pensyarah aku pernah pesan, "who you friend with, makes who you are". Mereka bagi aku hebat dalam bab pelajaran. Mengeluh itu ada aku dengar, tapi jarang. Maksud aku sangat-sangat jarang. Sangat-sangat-sangat jarang berbanding dengan aku. Aku terus ikut mereka belajar sampai ke hari ini. Cuba buat sebagaimana mereka buat. Mencuba.

Usaha. Doa. Tawakkal.

Bukan sekadar ungkapan. Ia perlu dilakukan.

Alah.. kecik pulak...

Setiap kali aku menyalin pakaian. Dengan tidak semena-mena aku merasakan baju semakin ketat. Seluarnya yang dulunya longgar kini aku perlu tarik nafas sebelum pakai. Aku sangsi.... Buntu. Aku terus menyalahkan dobi kerana pakai sabun yang tidak bersesuaian yang menyebabkan pakaian aku mengecut. Termenung. berfikir sejenak. Mungkin salah aku. Mungkin aku patut dengar kata kawan aku. 'Beli baju yang berkualiti. Mahal sikit takpe, janji tahan'. Aku angkuh. Lihat. Ternyata angkuh itu tidak bertahan lama. Baju aku semakin kecil. Menampakkan susuk maskulin aku.

Bila ke butik, aku mencuba pakaian dengan saiz yang aku kerap pakai, iaitu M. Aku mencuba. Hati jadi berang. Cilaka! Kenapa baju sekarang makin kecil? Memang sekarang orang nak pakai fit-fit kah? Aku tak kesah sangat. Tapi too sexy la kawan.. Aku bukan la seorang yang gila urban. Aku hanya budak kampung yang kadang-kala mahu mencuba baju butik. Itu pun kalau ada wang saku lebih. Masih beli. Tapi, Saiz L. Terpaksa.

Bila ditimbang, kilogram bertambah. Ternyata, otot aku bertambah berat. Mungkin kerana aktiviti harian aku berjaya membuatkan aku berjaya mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan oleh jejaka di luar sana. Patut la dorang pandang aku daring je... Baru aku tau kenapa. Dengki dengan badan aku yang hot ni. Heh! Bagaikan aku mahu berkata "toqqqq... nak badan sedap.. kena rajin siket la..." lalu pergi sambil menoleh ke kiri dengan senyuman sinis di bahagian kanan bibir..

Statement atas. Aku bohong. Badan dah naik. BonjoooL.... Nak kena proses diet. Malam tak makan nasi. Nasi itu dalam ada kanji. Dalam kanji ada lemak. Dalam lemak ada kolestrol. Aku tak sanggup. Aku nak buat sesuatu. Aku perlu buat sesuatu. Bermula dari.....................................................

Sekarang.

07 Januari 2012

Ready or Not

Sekarang sudah 7hb. Paper pertama mulanya 9hb.. Tak jauh je lagi.. Dengan sebelah tangan pun kau boleh kira kalau kau pandai.. Tiada masalah.. Tapi yang rasa jadi masalah apabila bila aku fokus satu benda, akan datang benda lain untuk dipelajari. Makna kata subjek lain.. Walaupun sepatutnya memang patut tiada masalah. Tapi ia masalah bagi aku. Aku tidak mampu mencampurkan 2 atau 3 subjek dalam sehari pembelajaran.. Sedangkan belajar satu subjek hingga bab 3, bila ditanya balik tentang bab satu.. akan 'errr... jap aku cek balik' - lupa. Masalah ni datang pada aku sorang atau pada kau juga hah?

Tapi sedia atau tak, aku masih perlu jawab soalan tu. Macam mana pun aku mesti.. Tiada lagi alasan.. Ia mesti!

Ada niat nak belajar macam kawan yang lain. Buka mata sama dengan buka buku. Tutup mata sama dengan tutup buku. Berlarutan hingga 20 haribulan. Tapi baru beberapa hari aku cuba buat dan belajar tidak sampai setengah hari. Rasa macam badan tepu. Minta tolong pada tuan untuk bagi rehat. Terkejut sebab tak pernah buat macam ni. Otak hampir hang. Mungkin sebab yang sama. Terkejut. Kerana selalunya otak hanya pandai menyelesaikan masalah berkaitan dengan permainan video. Tapi kali ni berlainan sekali. Bukan sikit. Tapi sangat lain.

Harapan aku biarlah aku dapat keluar dari dewan peperiksaan dengan hati yang lega. Tidak la dengan penuh perasaan hampa. Aku berharap sangat.. Aku hanya ada semester ni da semester hadapan saja mahu jawab peperiksaan macam ni.. Lepas tu dah tak ada dah.. Sebab masa akan datang aku perlu jawab secara lisan dengan bos, bakal mak / bapak mertua atau dengan tok kadi. Mungkin bila mati pandai-pandai la aku jawab sendiri. Tapi yang sekarang ni, pilihan berada di tangan aku. Belajar. Tak susah pun. Kan?

04 Januari 2012

Study Petang

Masa tidur sekarang dah tak betul.. tidur pukul 4pg bangun pukul 12tgh hari. Mesti ada soalan untuk aku kan? takpe.. ko simpan je soalan tu.. Study Managerial Economics kadang-kadang rasa sangat bebaloi dan kadang lagi rasa ..... ape aku yang aku buat ni.. Walaupun aku buat soalan tu bertatahkan jawapan yang betul. Still aku tak tau apa aku buat.

And now. For the first time aku study di luar waktu malam... Waktu siang. Tak tau lagi study atau pergi perjalanan kami akan berubah ke tempat lain.. Itu tak tau lagi.. Sebab keluar petang akan menjadikan impian bertukar kabur. Lagipun orang cakap study lepas Asar tak elok.. Sebab Asar time untuk riadah... Sekarang pun dah pukul berapa... 1.35pm waktu laptop arin. Ni belum makan lagi... Pastu nak amek orang rumah lagi... Er...

Takpe... bak kata old timer, 'kita merancang, biar tuhan tentukan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita'.

03 Januari 2012

Azam 2012

Sudah masuk hari ke-3 baru aku teringat tentang azam.. bukan Azamuddin.. Totally wrong.. Tapi Azam baru.. Azam 2012.. Bila dikenangkan balik.. Aku terlupa sebenarnya apa azam aku tahun 2011. Sedih pulak.. Azam sendiri pun boleh tak tau.. Tapi takpe.. Aku cuba mulakan azam 2012 hari ni. Antaranya:

1. Kuruskan perut
2. 3 pointer atas (walaupun dah nampak mustahil)
3. Dapatkan at least 10 wedding dalam setahun
4. Jadi rajin macam kawan yang dekan
5. Dapatkan approval untuk trip luar negara
6. Tahu guna photoshop
7. Banyakkan senyum dan tak mau marah buta-buta
8. Dapat jaga kebersihan rumah
9. Dapatkan kenalan seramai mungkin untuk jadi networking
10. English bagi fluent
11. Makwe bagi jaga elok
12. Praktikal kat tempat yang kebarangkalian untuk terus kerja
13. Dapat buka satu syarikat usahasama
14. Master-kan D90
15. Pandai masak

Mungkin ada lagi yang aku tak state.. Tapi yang ni obviously aku kena buat sampai jadi.. SAMPAI JADI! YEAH!!!

Kau apa khabar?

Aku tiba-tiba rindu sama itu 2 orang budak.. Sabrina dan juga Liyana Farhah. Kau apa khabar la gamaknya.. Terus tak jumpa.. Ada makan hati sama aku kah? Hahahaha... Biasa la. Rossa pun boleh terlanjur cinta. Inikan aku.. Terlanjur kata tu biasa la..  Minta maaf ya..

'Kalau' senang, belanja la aku makan.. Bawa teman pun tak apa.. Aku pun bawa teman juga.

Kalau.. Hahahaha....  (sambil senyum)


*Aku yang terlalu semangat kekawanan atau ia tak perlu? 

Coco - Urban

Patut dah aku tidur dari buang masa macam ni.. Besok bangun awal, acah-acah study pun dah cun sebenarnya.. Tapi alang-alang dah cucuk celcom ni, buat aku terpikir. Blog.. Anak buah aku ada tak silap aku.. Ok. Aku yakin aku. Aku gunakan segala ilmu selama aku menuntut di universiti ni untuk cari blog die. And at last, bukan suka-suka dapat gelaran "Paman Si Pencari". Hahahaha.. 

Aku pun baca la entry dia.. Dan sebenarnya aku rasa dia patut TAK TAIP SEMUA KAT BLOG DIA. Serious. Sebab aku pakcik dia. Kuasa veto. Aku ada. Abaikan tang tu..

Tapi yang buat aku nak tergelak. Gambar budak lelaki. Dressing memang urban abes bai.. Mungkin pakwe dia or kawan dia. Tapi tak bohong. Style! (sambil mata pandang atas lidah jelir ketepi) Dengan rambut korea. Wah.. Bukan main nak style lagi budak-budak ni. Tapi! Ada tapi… sangkut siket sebab muke jawa abes.. Ish.. sedih aku.. aku bukan nak ngate.. Kalau dah kite ni muke pon dah nunjukkan yang kita ni orang timur.. bukan.. Erm.. Jawa Timur.. buat cara Jawa Timur.. sedar diri sikit.. Tak ada masalah bergaya.. Tapi.. ish la hai.. Ini kalau balik kampung aku kat Melaka ni dah cenggini dah ayat nya “ape ghupe ko ni jawe oi.. Ghentikan le.. Nolong aku togheh getah lagi bagus”

Kacamata bingkai putih, topi Jason Mraz, baju rm50 3 helai kat Jusco aca-aca topman, seluar cikang, kulit koko jawa.

Udah le jang.. ghentikan le.. Hahahahaha… Begitu teruja aku tengok.. Hahahaha… Sumpah aku rasa kelakar..

Semak dan Gelak aku

Ini gambar orang yang sentiasa buat rumah aku bersepah walhal dengan hanya kurang 10 langkah dari ruang tamu rumah aku dah boleh pergi rumah mereka. Sudah aku halaukan.. Dari abang sampai ke adik bongsu mereka. Saja aku halaukan balik rumah sendiri kalau nak buat apa-apa. Bukan tak suka. Tapi aku suka marah mereka. Bukan marah secara tekun. Tidak... Kalau boleh nampak cahaya hati aku. Sebenarnya mereka-lah yang buat aku happy. Aku boleh arah siapa-siapa aku nak. Anak buah ramai. Apa guna. Fully-utilize la bai... Sekarang ni, Yang ni je la yang sambut aku bila aku balik rumah.. Nak aku tendang pun ada gak kadang-kadang.. Sebab 'baik' sangat...

tengok ikan diam-diam

merajuk nak cendol

Nonstop senyum depan kamera

Amek gak la 1 gambar dia

Kalau ko perasan ade budak baju merah kat pic 3 tu kan.. Itulah satu-satunya jarang nak takut bila aku nak marah.. Siap gelakkan aku lagi ada lah.. Sape punya perangai la dia ikut.. Bengang aku kadang-kadang.. Hahahaha...

Tahun Baru

Mungkin masih tidak terlewat bagi seorang teman untuk memberikan ucapan "Selamat Tahun Baru" kepada seluruh rakyat Malaysia. Skop terlalu besar.. Aku kecilkan lagi skop nya kepada rakan-rakan sekalian.

Sambut New Year mana bro?
Pernyataan lazim yang sering dikeluarkan. Bukan sahaja dari mulut mereka, walhal dari mulut aku juga kepada sahabat.
Aku yang duduk berseorang di rumah sewa Puncak Alam, makan maggi tomyam + kari berapi sambil menonton saluran riang di tv2. Tengok tak? Ambang 2012? Mungkin ada diantara anda sedang menunggu letupan bunga api yang di sponsor aku tak tau oleh siapa. Tapi orang itu mungkin ada helahnya. Tak mungkin sponsor buta-buta. Mahal kot..

Sedang aku menunggu kiraan ke pukul 12 tengah malam, nokia aku memanggil nama aku dan memberitahu mesej masuk. Kebetulan tiada apa yang mahu dibuatkan. Aku baca mesej pesanan tersebut. Antara isi  'selamat ke umur 25 tahun'. Aku tersentak. Umur aku 25? Aku masih di sini. Masih belajar. Teringat aku tentang orang tuaku. Tersentuh hati bila mengenangkan umur mereka. Sempat atau tidak aku tabur bakti pada mereka. Mungkin aku bukan anak yang baik. Tapi 'sempat atau tidak'. Ayat yang berbentuk sfera melayang dalam mindaku untuk beberapa saat. Ayah sudah 70.. Betul-betul aku tersentak. Mungkin benar kata sahabat, 25 jika dibundar akan jadi 30. Mungkin itu yang menjadikan kusut tika ayat berbentuk sfera masih lagi ligat mengejek diriku. Aku teruskan makan meggi dengan harapan sfera akan hilang.

Masuk lebih kurang minit ke 10 selepas pukul 12 tengah malam, aku capai telefon bimbit, new message, "Selamat Tahun Baru Sahabat", dan hantar kepada kawan-kawan. Tidak semua, mana aku rajin saja aku hantar. Sengaja aku hantarkan pesanan ringkas. Biasalah kita melayu, kalau tak masa susah, atau hari perayaan, mana kan kita akan mencari kawan kita yang lain.

Aku hantar kepada Sharom, beliau dengan si isteri menyambut di i-city. Lan. Pagi-pagi hantar mms menunjukkan lokasi beliau di Penang. Memang haram jadah. Dapat bonus terus ke Penang. Rasyid, terlupa aku bertanya lokasi beliau malam itu.

Ini kali pertama aku menyambut Tahun Baru seorang diri. Tahun 2012 bertemankan angka 25. Tapi angka 25 bagi aku, angka yang agak besar dan aku tidak berapa gemar dengan 25. Aku lebih rela 24 dari 25. Aku mungkin masih boleh pakai angka 24 sehingga bulan September kan?. Ya. Angka aku masih 24.