21 Januari 2012

Bila hati dah melayang

Jam laptop menunjukkan 2:08 AM. Pagi ni aku ade last paper untuk aku hadap. Aku runsing. Memang poyo gila runsing. Pasal subjek, berapa peratus saja nak dibandingkan runsing dengan hal lain.
Bertemankan M.Nasir menyanyikan lagu untuk si isteri “keroncong untuk Ana”. Aku macam merasakan diri ini terlalu kepada art ataupun terlalu mengada untuk memahami bait-bait lirik yang di nyanyikan. ‘Lagu cari makan ni’ bisik kata hati yang tersenyum.
Dari pukul 11 tadi aku terbelek-belek naskah yang berkaitan dengan subjek esok. Tak tau nak fokus kat mana. Terlalu wide. Terlalu minimum sources yang kami ada. Tak tahu yang mana satu yang akan masuk esok.
Tiba-tiba
Arin masuk bilik aku sambil buat lawak macam biasa. Borak statement malas belajar dan kendian (kemudian), dia kata sambil terbaring di katil “aku tiba-tiba ingat ayat aida “jangan ingat urban senang walaupun dia Nampak macam senang””. Selesai kata-kata yang tak berapa nak membantu tu, dia pun keluar. Mahu sambung study katanya.
Aku sambung membelek naskah urban kembali untuk cari bahan untuk dibaca supaya tidak menyesal esok hari.
Sambil ditemani M.Nasir, Oat Crunch dan Nescafe Ais tin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan