Sekarang sudah 7hb. Paper pertama mulanya 9hb.. Tak jauh je lagi.. Dengan sebelah tangan pun kau boleh kira kalau kau pandai.. Tiada masalah.. Tapi yang rasa jadi masalah apabila bila aku fokus satu benda, akan datang benda lain untuk dipelajari. Makna kata subjek lain.. Walaupun sepatutnya memang patut tiada masalah. Tapi ia masalah bagi aku. Aku tidak mampu mencampurkan 2 atau 3 subjek dalam sehari pembelajaran.. Sedangkan belajar satu subjek hingga bab 3, bila ditanya balik tentang bab satu.. akan 'errr... jap aku cek balik' - lupa. Masalah ni datang pada aku sorang atau pada kau juga hah?
Tapi sedia atau tak, aku masih perlu jawab soalan tu. Macam mana pun aku mesti.. Tiada lagi alasan.. Ia mesti!
Ada niat nak belajar macam kawan yang lain. Buka mata sama dengan buka buku. Tutup mata sama dengan tutup buku. Berlarutan hingga 20 haribulan. Tapi baru beberapa hari aku cuba buat dan belajar tidak sampai setengah hari. Rasa macam badan tepu. Minta tolong pada tuan untuk bagi rehat. Terkejut sebab tak pernah buat macam ni. Otak hampir hang. Mungkin sebab yang sama. Terkejut. Kerana selalunya otak hanya pandai menyelesaikan masalah berkaitan dengan permainan video. Tapi kali ni berlainan sekali. Bukan sikit. Tapi sangat lain.
Harapan aku biarlah aku dapat keluar dari dewan peperiksaan dengan hati yang lega. Tidak la dengan penuh perasaan hampa. Aku berharap sangat.. Aku hanya ada semester ni da semester hadapan saja mahu jawab peperiksaan macam ni.. Lepas tu dah tak ada dah.. Sebab masa akan datang aku perlu jawab secara lisan dengan bos, bakal mak / bapak mertua atau dengan tok kadi. Mungkin bila mati pandai-pandai la aku jawab sendiri. Tapi yang sekarang ni, pilihan berada di tangan aku. Belajar. Tak susah pun. Kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan