Setiap kali aku menyalin pakaian. Dengan tidak semena-mena aku merasakan baju semakin ketat. Seluarnya yang dulunya longgar kini aku perlu tarik nafas sebelum pakai. Aku sangsi.... Buntu. Aku terus menyalahkan dobi kerana pakai sabun yang tidak bersesuaian yang menyebabkan pakaian aku mengecut. Termenung. berfikir sejenak. Mungkin salah aku. Mungkin aku patut dengar kata kawan aku. 'Beli baju yang berkualiti. Mahal sikit takpe, janji tahan'. Aku angkuh. Lihat. Ternyata angkuh itu tidak bertahan lama. Baju aku semakin kecil. Menampakkan susuk maskulin aku.
Bila ke butik, aku mencuba pakaian dengan saiz yang aku kerap pakai, iaitu M. Aku mencuba. Hati jadi berang. Cilaka! Kenapa baju sekarang makin kecil? Memang sekarang orang nak pakai fit-fit kah? Aku tak kesah sangat. Tapi too sexy la kawan.. Aku bukan la seorang yang gila urban. Aku hanya budak kampung yang kadang-kala mahu mencuba baju butik. Itu pun kalau ada wang saku lebih. Masih beli. Tapi, Saiz L. Terpaksa.
Bila ditimbang, kilogram bertambah. Ternyata, otot aku bertambah berat. Mungkin kerana aktiviti harian aku berjaya membuatkan aku berjaya mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan oleh jejaka di luar sana. Patut la dorang pandang aku daring je... Baru aku tau kenapa. Dengki dengan badan aku yang hot ni. Heh! Bagaikan aku mahu berkata "toqqqq... nak badan sedap.. kena rajin siket la..." lalu pergi sambil menoleh ke kiri dengan senyuman sinis di bahagian kanan bibir..
Statement atas. Aku bohong. Badan dah naik. BonjoooL.... Nak kena proses diet. Malam tak makan nasi. Nasi itu dalam ada kanji. Dalam kanji ada lemak. Dalam lemak ada kolestrol. Aku tak sanggup. Aku nak buat sesuatu. Aku perlu buat sesuatu. Bermula dari.....................................................
Sekarang.
transfer lelemak tepu tu kt aku yer..
BalasPadamamek le yob.. tak larat dah aku ni..
BalasPadam