Sekarang masih lagi di musim peperiksaan akhir tahun bak kata masa sekolah menengah dulu. Final exam pula kata mahasiswa yang ada dikalangannya hanya mahu dilihat sebagai 'budak bijak' tapi tidak. Aku seorang penuntut yang masih kurang disiplin mengekori 3 kawan baik aku belajar. Pensyarah aku pernah pesan, "who you friend with, makes who you are". Mereka bagi aku hebat dalam bab pelajaran. Mengeluh itu ada aku dengar, tapi jarang. Maksud aku sangat-sangat jarang. Sangat-sangat-sangat jarang berbanding dengan aku. Aku terus ikut mereka belajar sampai ke hari ini. Cuba buat sebagaimana mereka buat. Mencuba.
Usaha. Doa. Tawakkal.
Bukan sekadar ungkapan. Ia perlu dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan