Mungkin masih tidak terlewat bagi seorang teman untuk memberikan ucapan "Selamat Tahun Baru" kepada seluruh rakyat Malaysia. Skop terlalu besar.. Aku kecilkan lagi skop nya kepada rakan-rakan sekalian.
Sambut New Year mana bro?
Pernyataan lazim yang sering dikeluarkan. Bukan sahaja dari mulut mereka, walhal dari mulut aku juga kepada sahabat.
Aku yang duduk berseorang di rumah sewa Puncak Alam, makan maggi tomyam + kari berapi sambil menonton saluran riang di tv2. Tengok tak? Ambang 2012? Mungkin ada diantara anda sedang menunggu letupan bunga api yang di sponsor aku tak tau oleh siapa. Tapi orang itu mungkin ada helahnya. Tak mungkin sponsor buta-buta. Mahal kot..
Sedang aku menunggu kiraan ke pukul 12 tengah malam, nokia aku memanggil nama aku dan memberitahu mesej masuk. Kebetulan tiada apa yang mahu dibuatkan. Aku baca mesej pesanan tersebut. Antara isi 'selamat ke umur 25 tahun'. Aku tersentak. Umur aku 25? Aku masih di sini. Masih belajar. Teringat aku tentang orang tuaku. Tersentuh hati bila mengenangkan umur mereka. Sempat atau tidak aku tabur bakti pada mereka. Mungkin aku bukan anak yang baik. Tapi 'sempat atau tidak'. Ayat yang berbentuk sfera melayang dalam mindaku untuk beberapa saat. Ayah sudah 70.. Betul-betul aku tersentak. Mungkin benar kata sahabat, 25 jika dibundar akan jadi 30. Mungkin itu yang menjadikan kusut tika ayat berbentuk sfera masih lagi ligat mengejek diriku. Aku teruskan makan meggi dengan harapan sfera akan hilang.
Masuk lebih kurang minit ke 10 selepas pukul 12 tengah malam, aku capai telefon bimbit, new message, "Selamat Tahun Baru Sahabat", dan hantar kepada kawan-kawan. Tidak semua, mana aku rajin saja aku hantar. Sengaja aku hantarkan pesanan ringkas. Biasalah kita melayu, kalau tak masa susah, atau hari perayaan, mana kan kita akan mencari kawan kita yang lain.
Aku hantar kepada Sharom, beliau dengan si isteri menyambut di i-city. Lan. Pagi-pagi hantar mms menunjukkan lokasi beliau di Penang. Memang haram jadah. Dapat bonus terus ke Penang. Rasyid, terlupa aku bertanya lokasi beliau malam itu.
Ini kali pertama aku menyambut Tahun Baru seorang diri. Tahun 2012 bertemankan angka 25. Tapi angka 25 bagi aku, angka yang agak besar dan aku tidak berapa gemar dengan 25. Aku lebih rela 24 dari 25. Aku mungkin masih boleh pakai angka 24 sehingga bulan September kan?. Ya. Angka aku masih 24.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan