Perkara yang melibatkan masalah dalaman kelas semakin menjadi-jadi semenjak peralihan tampuk pemerintahan trip yang di war-war kan dari semester lepas lagi. Harapan demi harapan aku berikan pada mereka bagaikan menteri memancing undi. Menjanjikan kesenangan kepada setiap individu yang menyokong.
PRU makin dekat, akhirnya pucuk pimpinan kami tewas angkara tidak dapat menunaikan janji-janji manis yang dahulu diberikan.
Pimpinan bertukar tangan. Pemerintah sekarang lebih persistent dan lebih bertenaga untuk bergerak kehadapan. Pada asalnya pemindahan tampuk pimpinan hangat diperkatakan. Kemudiannya di selesaikan. Bagi aku, lebih baik dari tidak. 'Kami' hanya duduk sambil memerhati dan memberikan sokongan semampu mungkin dan masih menjaga hati semua pihak. Segala maklumat yang diketahui dikongsi untuk kebaikan bersama. Masa makin suntuk, kerja harus dilakukan sepantas mungkin sepantas Euro Fighter mengalahkan Bugatti. Mereka masih bekerja lagi.
Kalau rezeki untuk pergi tiada, baiklah kita teruskan dengan kertas cadangan lain iaitu pergi ke pulau. Dengar cerita RM600 dapat 3 kali snorkeling.. Tak pun kita tak perlu buat apa, boleh aku boleh beli Galaxy Tab.
Mana mau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan