saya Mohd. Danial bin Md. Zaman ingin meminta maaf kepada kawan-kawan di UiTM Kedah. Kiranya terkasar bahasa, tergurau kasar. Tersinggung rasa. Maafkan saya. Segala perlakuan yang mengguris memang saya tak berniat.
Terima kasih kepada kawan-kawan di sekeliling kerana berkawan dengan saya dan banyak mengajar tentang kehidupan, tentang pelajaran, tentang hiburan, juga tentang pemakaian selama saya di UiTM Kedah.
Tahniah kerana berjaya mengharungi 3 tahun yang mematangkan akal fikiran dan juga dari segi semua aspek. Tahniah juga diucapkan kepada kawan-kawan saya yang sudah lama menyepi akhirnya berseri kembali dengan kehadiran kekasih baru mereka.
Tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang mengajar saya selama saya 6 sem dan juga Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan UiTM Kedah En. Abdul Jalil Hussain kerana banyak mengajar tentang bagaimana untuk mengacarakan sesuatu majlis dan mengajar saya dari aspek seni lakon teater. Kepada semua ahli KeSeDa, pengalaman setiap detik bersama isyaallah takkan saya lupakan. Jasa anda tidak saya lupakan.
Terima Kasih kepada Cia, Epul Huawei, Raz, Sotoi, Param, Rino, Bedom, Mirul, Zen, Ikhwan, Meor, Jeff, Padil, Syed, Frankie, Giant dan Sharam,yang sudi duduk sebumbung dan sebilik dengan saya.
Walaupun mungkin mungkin mustahil untuk kita berjumpa lagi pada masa akan datang, saya harap, kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan medium yang sedia ada supaya kita tak terputus hubungan.
Haaaa.... Macam Tan Sri bagi ucapan kan? kan? kan? tau aku jadi MPP.. ceh!
anyway.. SELAMAT HARI RAYA KAWAN2! JUMPA LAGI! =)