Kalau kami tak keluar. Kami akan masih berkomunikasi melalui facebook. Cara kami berkomunikasi bukan untuk bertanya tentang emak atau ayah mereka. Tapi mencari bahan-bahan yang boleh membuatkan kami terhibur. Setelah sasaran dikenalpasti, informer akan Instant Message yang lain untuk memberitahu ada "bahan baik". Kalau tak percaya, berani kau post ayat atau gambar pelik-pelik dekat facebook. Kau tengok penangan sekor-sekor. Macam syaitan. Tak bagi can.. Aku tergolong hanya 30% dari aktiviti sihat mereka. Sebab mereka memang sangat aktif benda-benda sedemikian rupa. Aku pun tidak terkecuali untuk menerima kritikan bangsat dari mereka.
Tapi inilah antara kawan-kawan yang tak pernah sekali pun berkira dengan aku. Ada lagi ramai. Tapi buat masa ni, mereka la yang boleh kata tiap masa memang dengan aku. Aku rasa mungkin keluarga mereka dah penat nak fikir mana mereka pergi tiap-tiap malam.
Mana kami pergi tiap-tiap malam? Mau tau? haa... Mari lepak dengan kami. Ngeh Ngeh Ngeh..
aku tahu mana lelaki-lelaki ini selalu lepak.
BalasPadamTanya aku!
mana chu? Jgn mau tuduh.
BalasPadam