09 Mac 2011

runsing la

Oh.. Semenjak-menjak ni.. Hari-harian aku jadi menjadi-jadi. Ya.. Memang. Maksud aku MEMANG aku tak boleh nak handle.. Kadang-kadang rasa assignment yang overload pun lagi senang dari nak settle masalah sebegini rupa. 


Aku kalau dok kat rumah.. Memang macam satu kewajipan untuk tidak berada di rumah. Walaupun alamat Non-Resident aku adalah rumah aku sendiri. Ini adalah kerana aku mempunyai kawan yang memang macam bayang-bayang aku sendiri. kemana aku pergi mesti ada diaorang. begitu juga sebaliknya. aku pun tergolong dalam golongan bayang-bayang. tapi aku bayang pawaka. dorang bayang cilaka. bahahah... Senang hati kutuk tanpa balas.


Sebenarnya, aku simpati dengan pasangan aku. Sebab aku lebih banyak luangkan masa dengan kawan berbanding dengan dia. Tapi kalau aku bercerita pada lelaki, lelaki lebih memahami kehendak aku. tapi kalau bercerita pada perempuan tentang cara aku berkawan, dengan serta merta seperti ada satu refleks yang menyalahkan cara aku. Macam ni dia kena faham aku lah!


Bagi aku dan mungkin pada sesetengah lelaki, keutamaan di berikan kepada kawan berbanding pasangan. Keutamaan akan diberikan kepada pasangan setelah diijab kabul. Pada masa yang tertentu, akan timbullah ayat "ehhh.... takot bini... tak malu... tak ade ensuren.....". tapi itu lah dia lumrah kehidupan. Nak cakap macam mana. Sebab aku atau sesetengah lelaki tadi akan tahu tanggungjawab dia apabila bergelar suami. Actually, lelaki macam ni bukan takut bini. lebih kepada menghormati isteri. sebab kita tau, isteri patut di berikan layanan istimewa. tapi in return, "time for bed is time for eat" boleh ayat macam ni?


Apapun terjadi, kita hendaklah jaga satu perhubungan. Kadang-kadang kita nampak bunga yang cantik, kita terus nak rembat. Tapi kita tak perasan bunga yang kita nak cantas tu berduri. Lebih baik kita jaga je bunga yang ada. sah-sah kalau kita jaga elok, bunga tu tak lukakan kita. Ada betul ka?


Eheh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan