Sekarang tunggu Dr. Norlida.. mengajar kami MGT533. Orangnya agak kelakar.. Tapi berani kau main-main dalam exam beliau.. BERANI KAU!!! memang cari nahas la kawan... Markah kesian tiada dalam hati.. U want it? Go hard to achieve it.. Bukan main-main punya tau dia.. Sangat jarang dia masuk lewat... Sangat jarang.. Mungkin beliau sedang bergayut dengan husband beliau. mungkin.. Tapi kami semua memang tak kisah sebab kami berada dalam lab yang boleh layan facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi..
sebelum aku masuk kelas, aku secara rasminya telah menjadi volunteer untuk palestin.. Ya! aku harus tekadkan diri supaya kurangkan makan fast food dan lebihkan makan food food. Tiba-tiba teringat nasi kandar pelita.. Kompom malam kang aku shoot pegi sana.. Kompom!
Sekarang jam sudah pukul 2.30 petang.. Hidayah kawan baru aku sedang makan hot dog.. Langsung tak melawa kawan-kawan yang lain.. Benar.. Aku sungguh lapar walaupun pagi tadi sebelum pergi kelas aku dah makan nasi goreng bersalutkan telur goreng. Lapar lagi.. Dan teringat lagi nasi kandar.. Lapar dan lapar lagi..
tengok kiri kanan.. Sorang pun tak pegang buku.. semua tekan keyboard.. Langsung tiada inisitif untuk belajar. Tapi semua aim dekan.. Boleh ke? Aku pun tak tau sebab aku tergolong dalam golongan yang sama dengan mereka..
Saja aku taip entry ni panjang-panjang.. nak tengok sempat tak post entry ni sebelum Dr masuk.. Ternyata hari ni memang dia sedang melakukan tugasan beliau dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kerana memberikan kami ruang rehat.. AH!!! dia dah masuk..
BYE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan