28 April 2011

Hoobastank - Running Away



I don't want you, to give it all up
And leave your own life, collecting dust
And I don't want you, to feel sorry for me
You never gave us, a chance to be

And I don't need you, to be by my side
To tell me, that everything's alright
I just wanted you, to tell me the truth
You know I'd do that for you

[Chorus]
So why are you running away? 
Why are you running away?

Cause I did enough, to show you that I
Was willing to give, and sacrifice
And I was the one, who was lifting you up
When you thought your life had had enough

And when I get close, you turn away
There's nothing that I can do or say
So now I need you, to tell me the truth
You know I'd do that for you

[Chorus]
So why are you running away?
Why are you running away?

Is it me, is it you? (is it me, is it you)
Nothing that, I can do (nothing that, I can do)
To make you, change your mind (to make you)

Is it me, is it you? (so why do - you run - away)
Nothing that, I can do (won’t you tell me)
Is it a, waste of time? (why do - you run - away)

Is it me, is it you?
Nothing that, I can do
To make you, change your mind - no

[Chorus]
So why are you running away?
Why are you running away? (what is it, I have to say)

[Chorus]
So why are you running away? (to make you admit, you're afraid)
Why are you running away?

rindu

pernah tak saya cakap dengan sesiapa yang saya rindukan UiTM Kedah.. actually bukan rindu sangat dekat universiti tersebut.. Tetapi rindu dengan environment kawan-kawan keliling.. Tak pentingkan diri dan sentiasa mengingat. Lelaki perempuan duduk bersosial.. Tapi kami tak sial la.. hanya sosial. berdiskusi tentang apa yang terjadi tanpa sedikit buruk sangka. Kalau bercakap pasal gelak. Jangan cakap. Asal ada bahan lalu, mesti jadi punya. 


Kalau tengah sedih ke, ape ke, ade adik sorang boleh bawak jalan-jalan. Kena pulak tak banyak cakap. Elok la 
jadi pendengar yang setia. Berdua dengan dia pun boleh jadi. Kalau rasa tengah mood nak gelak, duduk dekat ruang tamu pun boleh jadi.. ustaz mendengar je, yang lain silap cakap. Memang sah kene tazkirah.. Kena pulak ada 2 3 orang tukang bakar kalau nak buat keje bodo. Mesti jalan punya. 


Berlainan dengan kehidupan ijazah sekarang ni.. Kawan pun dah kurang.. Hidup pun dengan in-group sahaja. Jelas berkompromi. Ada gelak. Tapi bukan sentiasa. Suasana kelas pun tak seindah dulu. 


Bukan tak seronok duduk rumah. Tapi, duduk rumah berkawan dengan orang yang dah bekerja. Tak salah. Tapi cara dah kena tukar. Tak sama macam dulu.


Kalau kita 1 tempat kan best.. Makan sama pun boleh jadi seronok. Tengok vietnam lalu pun boleh gelak.


Mungkin betul aku kena admit. Aku rindukan kawan-kawan diploma aku. 

perbincangan di hari lahir

sedang duduk sambil menyambut harijadi nur afiqah.. ikutkan tak sambut pun.. makan2 bongok je.. tapi harap die anggap itu sambutan la. Sebab tu je yang mampu.. Aku dan lan berbual tentang kawan. Memandang Fiqa yang sedang makan kek sambil muke selenge bertanye. "korang borak pasal ape?". Memang asal usul keturunan pendekar 5 bersaudara. Asal bercakap, mesti berkias. 
Tapis punya tapis. bercakap la kami tentang kejar mengejar. biasanya orang yang dikejar ni seronok. tapi die mungkin tak tau yang mengejar boleh berhenti bila dia mau tanpa yang dikejar tu perasan. boleh je.. tapi takot nanti yang dikejar tu mengejar balik orang yang mengejar dia sebelum ni... tak pon, orang yang mengejar ni akan ditetap di kejar. tapi orang lain. Tapi kene ingat. Lain orang, lain niat. 
Nak bercakap, tak terluah. Tapi dia kena ingat yang kita tak salah. dan yang jadi masalah kau pun taknak mengalah. apa salah kau mengalah sekali. bukan sekali ditegur. tapi banyak kali dia dibancuh. kalau boleh, buang la sifat ego. 
boleh?
Kalau ko betul anggap kami kawan. Mesti ko dah mesej kami bila ko senang.
Tapi takpe.. ko pun dah ada yang jaga. Aku pun boleh pergi senang hati. Bak kata lan. "ko datang kami terima, ko pergi pon kami terima. Ko ada takde, bagi kami same je". 
Tapi aku tau... Ko memang takkan bace blog aku.. Tapi aku tetap nak luah. Tak banyak, sedikit pun jadi lah. Asal yang lain dapat berfikir.. Pun da boleh buat aku senang hati.. 

26 April 2011

happen

for all what happen.


i call it. Bullshit. 

21 April 2011

1st paper

mentang-mentang la pekse minggu depan..

ko asek nak enjoy macam setan...

ape salah ko study dulu..

pehtu ko enjoy la 4 bulan ko menganggur..

ape salah? ha? ha?

17 April 2011

bongok

awak, awak, awak, dan awak.. bongok.. semua bongok..

terasa ingin menaip sedemikian tanpa motif. kalau masuk mahkamah boleh kena saman ke hah?

13 April 2011

tahun pertama, semester 3

Tiap-tiap semester kata mahu berubah, maju ke hadapan.

Tapi, tiap-tiap tahun sama sahaja. Baik kuiz, test, assignment. Tak pernah dapat A. gagal lagi ada la..

Semangat nak berubah. Tapi otak tolak.. dalam otak ade mind-mapping. Bukan untuk belajar. Untuk entertainment. Kemudian lepas dapat kertas test, pandang kawan-kawan, buat muke sedih, kata aku failed. Macam bodoh..

Assignment. Degree ni, kalau boleh tak nak jadi Dependent Variable. Kalau boleh aku nak jadi Independent Variable.

Tak banyak pun, biar beringat. Belajar, ingat mak bapak. Hari-hari tengok muka diaorang pun tak boleh nak fikir lagi ke?..

Belajar untuk keluarga. Diri sendiri. Masa depan. Bukan untuk orang lain.

Kalau dah tau diri tu malas. Cari jalan. Jangan terlalu meng'iya'kan dengan malas kau tu Nell. Tolong la.. Takkan nak berdiri kat takok lama.. Jalan la sikit. Setapak pun jadi la..

Boleh?

10 April 2011

Jangan Jadi Isu!

Oh.. Post Cintan.


Aku dalam dilema.. Aku tak tau yang aku ini betul-betul sedia atau hanya mengikut arus kehidupan. 
Mungkin aku lebih selesa dengan siapa yang di depan mata. 


Bila jauh, orang kata ujian. Bila bergaduh orang kata lumrah bercintan. Kalau kerap bergaduh?. Tinggi suara?


Kalau di tanya soal, Sayang? Ada... Tapi siapa?. Pada Si Kekasih atau Pada Si Kawan?. 


Di luah mati, di telan pun mati. Mahu di kemam, tapi sampai bila boleh bertahan?


Bukan Si Kekasih tak memahami, tapi lebih kepada aku yang tak ambil peduli. Mungkin salah aku, lebih kepada kawan-kawan keliling.. Tapi ini cara hidupku dari dahulu. Aku lebih pentingkan mana yang dekat. 


Masalah bukan?


Kadang-kadang, kawan menegur. Jangan terlalu. Bila di kata begitu, aku faham. Tapi bila jumpa, haram aku lupa semua. Sebab tu kalau boleh biar aku jauh. Sekurang-kurangnya ada hati yang dapat ku jaga. Bukan 1, bukan 2, bukan 3. 


Satu petang, aku tanya seorang kawan, Nooreen,


Soalku tanya tentang pendapat,
bersulam senyuman bibir di ukir, 
jawapan yang keluar sangatlah tepat, 
terus setuju tanpa berfikir.


Mungkin dia bercakap atas sebab melihat cara aku berkawan.
Sampai sekarang masih berfikir.


Mungkin, aku biarkan sahaja sampai semester hadapan. 


Lebih dekat. 


Lebih kerap. 


Lihat bagaimana keputusan yang ada.


Kalau tak sayang, mana mungkin hati berkecamuk bila mendengar dia bercerita tentang orang lain.


Tapi, 


Aku harap, perbuatanku semalam dapat dimaafkan.


Tak tenang bila hati orang kita rosakkan.


Bukan tak sayang, tapi mungkin aku yang masih cetek akal fikiran.


Pejam mata. Muhasabah diri.


Cari Sejadah. Cari Tuhan. 


Walaupun tak banyak, tapi masih ingat yang aku ada Tuhan.