Oh.. Post Cintan.
Aku dalam dilema.. Aku tak tau yang aku ini betul-betul sedia atau hanya mengikut arus kehidupan.
Mungkin aku lebih selesa dengan siapa yang di depan mata.
Bila jauh, orang kata ujian. Bila bergaduh orang kata lumrah bercintan. Kalau kerap bergaduh?. Tinggi suara?
Kalau di tanya soal, Sayang? Ada... Tapi siapa?. Pada Si Kekasih atau Pada Si Kawan?.
Di luah mati, di telan pun mati. Mahu di kemam, tapi sampai bila boleh bertahan?
Bukan Si Kekasih tak memahami, tapi lebih kepada aku yang tak ambil peduli. Mungkin salah aku, lebih kepada kawan-kawan keliling.. Tapi ini cara hidupku dari dahulu. Aku lebih pentingkan mana yang dekat.
Masalah bukan?
Kadang-kadang, kawan menegur. Jangan terlalu. Bila di kata begitu, aku faham. Tapi bila jumpa, haram aku lupa semua. Sebab tu kalau boleh biar aku jauh. Sekurang-kurangnya ada hati yang dapat ku jaga. Bukan 1, bukan 2, bukan 3.
Satu petang, aku tanya seorang kawan, Nooreen,
Soalku tanya tentang pendapat,
bersulam senyuman bibir di ukir,
jawapan yang keluar sangatlah tepat,
terus setuju tanpa berfikir.
Mungkin dia bercakap atas sebab melihat cara aku berkawan.
Sampai sekarang masih berfikir.
Mungkin, aku biarkan sahaja sampai semester hadapan.
Lebih dekat.
Lebih kerap.
Lihat bagaimana keputusan yang ada.
Kalau tak sayang, mana mungkin hati berkecamuk bila mendengar dia bercerita tentang orang lain.
Tapi,
Aku harap, perbuatanku semalam dapat dimaafkan.
Tak tenang bila hati orang kita rosakkan.
Bukan tak sayang, tapi mungkin aku yang masih cetek akal fikiran.
Pejam mata. Muhasabah diri.
Cari Sejadah. Cari Tuhan.
Walaupun tak banyak, tapi masih ingat yang aku ada Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan