Sedang sebelah tangan aku menggaru tempat yang tidak gatal untuk melengkapkan pagi, sebelah tangan lagi berpura-pura mengira pukul berapa yang mungkin untuk aku sampai ke puncak alam nanti.
Selesai bermandi dan
Sesudah aku bersiap dari rambut hingga ke kaki, aku mulai perjalananku dengan menyarung baju sejuk berwarna merah jambu. Jelas sekali ia bukan pasangan yang ideal. Motor kapcai dan juga baju sejuk merah jambu. Memandangkan aku tiada pilihan lain untuk aku sarung sebagai jaket. Baju sejuk yang aku beli di kedai bundle sebelah kedai satay semasa diploma aku di Kedah dulu aku gagahkan juga untuk menyarungnya.
Kelajuan standard atas jalan raya 120km/j adalah kelajuan yang bersesuaian dengan kapcai aku. Setitik demi setitik air jatuh ke cermin keledar aku. Dalam hati berkata, "biarlah aku sampai, barulah kau tur....."
(Lebat)
"..................."
Hujan semakin lebat tatkala jarak aku ke puncak alam semakin hampir. Lantas aku ambil keputusan untuk berhenti seketika. Pesanan ringkas aku kirimkan kepada mereka berdua menyatakan yang aku kandas disebabkan rahmat Tuhan. Nampaknya mereka mengerti dan mereka mengasihani diri aku ini. Nuryn yang tidak suka buang masa terus membuat keputusan untuk membantu aku mengambil Zati.
Setelah agak lama masa aku dibuang melayan permainan poker sementara menunggu hujan berhenti, aku nekad untuk meneruskan perjalanan. Aku menelefon Nuryn untuk mengesahkan tempat perjumpaan. Persetujuan dicapai. Aku menyambung semula permainan aku seketika memandangkan aku menang besar kali ini. Terkhayal aku dek permainan yahudi, tersedar tentang janji yang aku katakan tadi. Terus aku bergegas ke Puncak Alam. Dalam keadaan gerimis dengan muka yang ketat, aku teruskan jua perjalanan. Kurang 300 meter, cahaya memancar menandakan kepanasan. Sinis aku tersenyum. Terasa dipermain.
Sampai tempat yang dijanjikan, Aku lihat selain Zati dan Nuryn, ada pemandu kereta tersebut. Ain. Pemandu berjiwa aku-tak-kisah. Hati kering. Tersenyum ketiga-tiga gadis tersebut menyambut kedatangan aku.
Perjalanan kami diteruskan. Anggaran waktu 1 hingga 1.30 petang. Kami sampai rumah Raja sehari dan kami di sambut oleh Nazrin dengan senyuman. Manis adik Si-Raja-Sehari.
Alhamdulillah. Hidangan yang disediakan Sedap. Dan kali ini aku dapat mingo-mingo. Terasa dendam terbalas sebab hari rumah terbuka sebelum ini tinggal hanya lori sebagai renungan datang lewat.
Aktiviti kami tidak terhenti takat di situ. Tapi cukup-lah sekadar cerita berdasarkan tajuk. Mungkin lain hari, lain cerita kan aku kongsi. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan