18 Oktober 2011

ponteng kelas 2 hari

Aku tak tau kenapa aku kadang-kala terlalu obses dengan hantu wal hal aku antara manusia yang takut pada hantu.. Mungkin juga disebabkan cerita "hantu bonceng" membakar semangat aku untuk tidak takut dengan
hantu dengan cara 'bogel je depan dia'. Berlandaskan alasan itu juga membuatkan aku ingin melihat dan mencuba sendiri bagaimana perubatan secara Islam dijalankan untuk membuang santau ataupun tuju yang diberikan sebagai hadiah dari orang yang mempunyai P.hd. Perasaan Hasad Dengki.

Rasa menyesal pun ada sebab caranya agak lama dan juga agak bosan. Tapi tidak menggunakan kemenyan atau juga menurun.. Bukti juga telah aku nampak apabila dibelahnya limau, di dalamnya pelbagai "doorgift" ada dalamnya. Seperti jarum pelbagai rupa dan juga sebagainya.. Kagum aku melihat. Jika selama ni aku mampu melihat ahli silap mata seperti David Copperfield atau pun Angel Criss di kaca tv, tapi kali ini aku melihat lelaki segak memakai baju melayu berwarna merah dan bersongkok memotong limau seperti gaya mak aku memotong bawang kat dapur. Macam takde apa.. Tapi ada.. Kagum.

Kelas? Hanya sekadar alasan aku untuk tidak pergi kelas ikut cara si dekan. Di sebalik batu nya jelas ternyata bertambah terang bahawa aku semakin malas masuk kelas yang kadang-kadang tidak ada atau tidak belajar.  Aku lebih selesa berada di rumah. Selain buang masa dengan lalaian  mark zuckerberg, aku juga cuba untuk mencari artikel-artikel penting di mana untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan 3 minggu lepas. Mencuba menjadi setaraf atau lebih dengan rakan-rakan yang lain walaupun agak mustahil.

Sedang aku berniat untuk pulang ke rumah sewa, hujan rahmat mencurah dengan lebat. Itu juga menandakan aku harus menangguhkan diri untuk pulang. Ini antara punca-punca aku balik esok pagi.. Punca. Takut-takut godaan syaitan lebih hebat dari iman yang tak seberapa. Aku mungkin lepas kelas lagi.. Mungkin tidak, sebab aku berniat ponteng 2 hari saja. Tak mungkin aku akan tambah jadi 3. Apa-apa pun mula dengan niat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan