16 Februari 2012

Roulette

Kedai mesin judi didapati semakin meningkat maju. Tumbuh bagaikan cendawan. Adakah mungkin semenjak BA memerintah, ataupun mainan politik oleh BN sendiri yang ingin menyatakan di bawah pemerintahan BA makin banyak kedai mesin judi di buka. Aku pernah masuk kedai ni sendiri untuk memahami, kenapa ramai yang ingin melabur kat mesin tersebut. Agak goyang jugak la masa masuk kedai2 cenggini. Gila kau. Suka2 je masuk, tak main, pastu usya orang pulak orang main. Memang cari nahas la. Tapi nak tau punya pasal, masuk jugak.

Antara game yang acap kali dimainkan oleh 'player'2 ni, adalah Roulette dan Slot. Tapi hari ini aku ingin bercerita tentang roulette. Sebab nama dia lagi style dari slot.


Roulette adalah satu permainan kasino yang berasaskan duit dan dalam akal fikiran kita hanya berada di Vegas. Tidak benar sama sekali. Roulette ini berani saya katakan bersepah di seluruh area Selangor. Average perjalanan aku ke Port Klang paling bangsat aku akan jumpa 1 kedai mesin (kedai judi) setiap 5 minit.

Nombor yang terdapat adalah dari 0 hingga 36. Jika taruhan RM1 pada 1 nombor, dan bola jatuh pada nombor yang kita taruhkan, atau kena, player akan mendapat habuan sebanyak RM36. dari RM1 boleh jadi RM36. Dasat kan? Sebagai observer, aku hanya berani memerhati dari sudut 90 darjah dinding kedai. Memerhati setiap player. Ada yang menang dan ada yang kalah. Paling banyak aku pernah nampak orang kalah setakat ni RM500. Habis. Paling banyak aku nampak orang menang RM4000. Ini hanya depan mata. Yang dengar dek telinga menang 5, 6 ribu dan yang kalah ada sampai 11ribu. Hutang ceti. Mampus..

Cara player menilik setiap kali mane bola tu jatuh mana sangat hebat. Sungguh aku kagum. Tapi bila tak menjadi, aku jadi kesian.. Sebab banyak duit telah dipertaruhkan tidak mengena. Bila tengok mereka menang dengan hanya bermodalkan RM50 boleh dapat RM300-RM500, terdetik rasa hati ingin mencuba. Tapi nasib baik pendinding masih kuat.

Terniat gak kadang2 aku nak menegur. Tapi aku bukan baik sangat. Bukan jugak malaikat. Aku tidak mampu menegur. Aku hanya buat sekadar yang mampu. Dorang dah besar, tau apa yang dorang buat. salah cakap kang kena pukul. buta je kena. Acap kali ayat yang keluar dari mulut aku adalah "cukup la tu" dan senyum. Sebab takot kene pukul. Hehe.. Tapi, yang bestnye la.. Kalau dorang ni menang, aku pun kena tempias. Hahaha..

Yang aku buat aku kagum lagi dengan player2 ni, dorang ni support antara 1 sama lain, modal habis, yang menang akan tolong bagi modal dulu. Betul la orang cakap 'ko tolong orang, banyak rezeki ko dapat nanti'. Walaupun salah cara, tapi statement orang cakap tu memang betul wujud.

Aku menulis hanya sekadar suka-suka dan hanya ingin berkongsi cerita. Bukan untuk mengkritik mana-mana pihak. Peace yo!

3 ulasan:

  1. Mesin roulet kta xblh dikaitkan dan salahkan dgn kerajaan BN...kt kedah pas memerintah pun mesin rolet bersempah juga...

    BalasPadam
  2. Mesin roulet kta xblh dikaitkan dan salahkan dgn kerajaan BN...kt kedah pas memerintah pun mesin rolet bersempah juga...

    BalasPadam
  3. Mesin roulet kta xblh dikaitkan dan salahkan dgn kerajaan BN...kt kedah pas memerintah pun mesin rolet bersempah juga...

    BalasPadam