12 Mei 2011

Belajar dan Rezeki

Kadangkala. Aku dah mention KADANGKALA! Sesetengah pemikiran penuntut universiti terlalu ego dengan kehebatan otak mereka yang cerdik dan kerap memperkecilkan penuntut kolej. Kononnya belajar di kolej tidak sehebat belajar di universiti. Susah masuk universiti lagi dari masuk kolej. Benar orang cakap, tak usaha tak berjaya. Tapi aku sampai sekarang tetap pegang dengan teori aku sendiri. "kepandaian seseorang itu ada limitnya pada sesetengah aspek". Aku tau mesti ada yang guna Null Hyphothesis. H0 dan H1. Tak apa. Pendapat masing-masing.

Acap kali, kita selalu memperkecilkan penuntut kolej-kolej lain. Tak salah dengan berbangga dengan universiti yang kita menuntut. Tapi kena faham. Tuhan tu sudah tetapkan kau belajar di mana. Di Kelantan sebagai contoh, seorang imam berumur 80 tahun menuntut di sebuah kolej swasta. Lihat. Agama kita sendiri menggalakkan kita menuntut ilmu tidak mengira usia. Kerana ilmu itu tidak akan habis. 

Ada pula sesetengah orang berpendapat. "Kau tak belajar. Kau bodoh. Mesti gaji kau sikit dan kau hidup susah". Butoh! Kalau gaji kau besar mana sekalipun, keikhlasan kerja tak ada, jangan kau harap gaji kau yang beribu tu cukup. Lihatlah keliling. Orang kaya pun ambil rasuah. Kenapa?. Tak cukup ke duit bulanan yang dia dapat?. Dan ingat. Tuhan juga telah menetapkan rezeki masing-masing dan orang itu hendaklah berusaha untuk mendapatkan rezekinya itu. 

Konklusinya. Walau di mana pun kita belajar, dan bekerja. Niat kita haruskah ikhlas. Sempena cuti semester 4 bulan ini, saya mengucapkan selamat ber-short-course kepada sesiapa yang ambil dan selamat bekerja kepada sesiapa yang bekerja dan selamat jaga rumah kepada sesiapa yang dok uma.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. blajaq kat mana pown srupa jer.. klaw rajen, pasti bjaya.. klaw malas, kat mana pown pasti gagal. HUHU

    MySuaraBlog: Jangan Hina Mereka!

    BalasPadam
  2. betol.. i mean dari segi cenggini.. penah tgk tak.. kite blaja sesame.. kite study gile.. member study nak tak nak je.. tapi result die lagi cun dari kite.. kelas pon die nak tak nak je datang.. something like that what im want to say la..

    BalasPadam