Dulu bagi aku, lagu hanya sekadar lagu.. Tapi semenjak aku dah addict dengan berkaraoke tanpa had, aku mula menyedari, setiap lagu ada maksud yang tersendiri.. Sangat unik. Ibaratnya seperti lagu tersebut untuk kita. Ataupun lagu itu dicipta untuk ditujukan khas untuk seseorang.
Kadang kala, dengan hanya lagu boleh membuat termenung, tersenyum, menangis seronok, dan juga menangis hiba. Baru faham kenapa ada statement "power of song". Lagi-lagi lagu dolu-dolu. Menikam hati menusuk kalbu..
Baru-baru ni, dalam kepala banyak sangat nak post lagu. Bukan kerana apa.. Luahan dari lagu kadang-kadang lebih tau dari apa yang sebenarnya kita nak.. Tahniah la kepada kawan aku lanpard cekak kerana mengajar aku berkias melalui lagu.. Memang sial tabiat ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan