29 Mei 2011

Bo 'o' Laaa.....

Owh.. Memang tak boleh nak cakap ape.. Chelsea musim ni tak perform.. Kalah tetap kalah.. Sudah kalah kena diam.. Terima saja orang bagi.. Diam..





Sebentar tadi baru sahaja tamat perlawanan antara Barcelona ngan Manchester United. Of course bila aku Chelsea, aku akan benci Manchester United. Of course dalam masa yang sama saya amat minat dengan Barcelona sebab adanya Lionel Messi ngan David Villa. Liga tak sama ha... Wa memang suka kat mamat 2 ekor ni.. pantang dapat bola.. Zup! Tau-tau depan gol.. 





Tapi.. Pada hari ini saya telah memilih Manchester United sebagai team pilihan untuk menang kerana:
i ) Kawan ramai Manchester United. So, bila gi tengok bola.. Team sama... Syok siket.. Kurang siket bahasa-bahasa kesat..
ii ) Asek barca je menang.. Apa salah bagi team lain pulak kan? Salah ke? Tak kan?

Tapi! Salah seorang dari kawan kami telah menghina Chelsea. Terlepas cakap ceritanya.. Cerita telah bertukar.. Sokongan beralih arah.. Dan.. Puh! Goal yang pertama saja telinga dia dah berbuih.. Sampai berbuih kuning tau.. Ha... Sehingga la gol yang ke-3.. Maki tok sah cerita.. Berpeket kena. Apa yang dia boleh buat? Diam jugalah.. Team sudah kalah.. 

Ada benarnya "at least pergi jugak final". Tapi "takat final Harimau muda pun boleh!" (palil, 2011).

Pecah perot dengar Manchester United kena bahan tadi..

Tapi apapun.. Game sebentar tadi yang berkesudahan Barcelona 3 Manchester United 1, memang sempoi.. Barcelona pegang game dari mula sampai habis. Passing control memang tak boleh nak sangkal. Itu belum lagi kira bola yang hampir masuk.. tactical dia pun best.. Game ni tak nampak pulak Barca main tipu. 

Konklusi. Barcelona memang hebat!


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan