27 Julai 2011

NEW STYLE YAW!

Disebabkan kacamata saya hilang entah kemana semasa rombongan Md.Zaman sekeluarga ke Putrajaya 2 minggu lepas, kini, kacamata saya baru saya telah pergi ke peringkat lebih pelik.

Lebih Nerd. Lebih Tebal. Lebih Gampang.

Sebab kampus baru. Kacamata baru. Maka gaya harus juga baru.

 Rasa-rasa mungkin dapat juga kawan baru.

Tapi nama perlu terus kekal "DANI".

SuuuuuuweeeeeeeettttT YaaawwW!

26 Julai 2011

NAK TENANG

Aku macam nak rasakan ketenangan...

Karaoke.. Tak cukup tenang..

Mandi sungai...
Mandi sungai idea yang menarik...
Ok.. Set..!

Mandi sungai sebelum puasa.

Nak ikot?

JANGAN INGATKAN AKU TENTANG KEMEK

Jangan tanya apa-apa..

Sedang dalam proses buat buta.

Kemek

Kemek tersebut bukan membawa erti hidung aku. OK?! kemek tersebut adalah apa yang terjadi kepada binatang peliharaan aku.. Si Kancil Sebijak Anda.

Maklumlah.. Orang bergaduh aku pun sibuk nak ikut.. Nah! amek kau kena baling dengan kayu.. Kemek kancil aku.. Bodoh betul.. Melayu dengan melayu bergaduh tumbuk tangan dah la.. Ini sampai pakai barang..

Memang asal salah budak kampung dia la. Dah mabuk, takpela.. Itu hal dia dengan tuhan.. Tapi yang dah mabuk, pergi pukul orang buat ape?. Budak kampung aku pulak tu.. Tak ke sial namanya..

Orang kampung aku pun satu hero.. Orang tak ramai lagi, tapi pergi amuk.. Tak pasal-pasal kena kejar dengan kayu.. Tapi aku respek dengan sorang mamat ni.. Dia sorang, tapi hadap budak kampung yang ada kayu dekat tangan yang lebih dari 5 orang. Tak bohong. Dan mamat tu hanya pakai singlet dan seluar pendek.. Takde protection langsung aku nampak..  Depan mata aku, mamat tu kena baling dengan kayu.. Cool je berdiri sorang2.. Hallamak.. Macam tak caya lak orang macam ni betul ada.. Ingat dalam movie je..

Tapi aku bukan nak galakkan orang bergaduh atau berbangga dengan perkara sedemikian rupa.. Tapi aku baru faham perasaan macam tu.. Kereta aku kena baling pun, dah bagai nak gugur jantung aku.. Tapi mamat tu kena baling dengan kayu. Steady je.. Bukan kayu yang korang buat main konda-kondi tu.. Tapi kayu kalau kene muke, elak heghot je muke ko.. Tapi at last, lari gak la. Mane tak nye kalau dah satu flat kejar dia sorang.. Yang lain mane? Yang lain ada yang belum sampai. Kalau yang ada kat situ pun dah lari dah.. Mane taknye.. Datang bawak semangat.. Dieorang pakai kayu la sial sorang satu..

Keyakinan aku tinggi. Pergaduhan ni akan berlanjutan lagi.. Kalau di tanya, "nak ikut lagi tak?". Aku jawab "nak".. Tapi kali ni aku nak tengok dari jauh je.. Tapi kalau terjumpa budak yang baling kancil aku tu.. Kalau tengah huru-hara. Dapat 'kayu'kan dia sekali pun jadi la..

Mintak maaf sebab post aku banyak berunsurkan negatif dari positif.. Sebab blog ni tempat aku luahkan apa yang aku simpan.. Dan kalau rasa post ni poyo... Aku bukan omong kosong. Sumpah aku nak buat benda yang aku cakap.. Aku jadi sangat marah sebab KANCIL AKU KEMEK!. Tolonglah sesiapa pecahkan muka budak tu..

Tahniah syaitan kerana dapat mengawal aku.

23 Julai 2011

Kenangan

Kenangan lama cinta dan dendam,
Kenangan lama yang tak boleh di padam.

Hati ini meronta meminta dilepaskan,
Tapi, sangkar terlalu tebal untuk memberikan laluan, 
Kalaulah boleh masa di undurkan,  
Tentu begini bukan pengakhiran.
Tiada guna ertinya sesalan,
Yang sedia ada kita gembirakan,
agar hubungan dapat dikekalkan.

InsyaAllah.

16 Julai 2011

Awal pagi untuk tido

waktu tidur aku sudah tidak betul.. seperti aku yang baru balik dari luar negara dan bukan kawan aku.. beriya-iya hendak menggantikan penat naik kapal terbang berjam-jam lamanya..  waktu pagi aku buat masa sekarang adalah pukul 12 hingga 2 petang.. manakala waktu malam aku antara 5 hingga 7 pagi.. Dan masih pada pukul 8 pagi aku masih belum tidur..

Sungguh aku kaki bangku.. Langsung tak tahu main futsal.. Tapi mencuba tak salah.. Aku main dan main dan main.. Tapi sial. Semua mahu jadi star.. Tunjuk belang golek bola sana-sini macam messi kononnya. Menyepak bagai jerung terkam mangsa. Hey! Apa salah kau jadi keeper.. Kita tukar sekejap.. Salah ke? Berkongsi rembatan opponent? Salah ke? Tapi nasib baik ada sesetengah yang boleh consider.. Tepuk tangan dalam hati untuk sahabat.. Terima kasih bagi peluang..

Ok.. Tak larat.. Nak tido.. Selamat malam...

15 Julai 2011

O.K! - Omong Kosong!

Kalau nak omong kosong tidak la sesusah mana.. Kau bagi je topik.. Apa-apa topik.. Jangan ada seorang saja menggelujat.. Kau tengok kehebatan kawan-kawan berbahas.. Kalau tiba-tiba suasana jadi sunyi macam malaikat lalu nak pergi cabut nyawa orang.. Kau mulakan mukadimah dengan menyebut tentang cara cari duit atau "perempuan". Antara kedua-dua ini dikalangan lelaki, topik perempuan lebih hangat di bualkan dari berbual tentang kehidupan hari tua kelak.. Eksperimen telah dilakukan kepada beberapa orang kawan dan juga sebuah organisasi terbesar di Pelabuhan Klang. Kalau tengah berbual tentang topik tersebut, takut dengan hantu pun boleh hilang gemuruhnya.. Antara satu lagi experimen berjaya.

Perempuan adalah major. Minor atau strata pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya: gadis pilihan, sex, rupa, perangai dan sebagainya. Minor atau strata tu pula boleh dibahagikan lagi kepada sub-minor atau stratum. Tengok. Punya unik tuhan ciptakan kaum hawa. Sehingga tak lekang di bibir lelaki tentang perempuan. Jadi memang benar tentang "Wanita hiasan dunia". TAPI. "Seindah hiasan adalah wanita solehah".

Yang seronoknya bila berborak, setiap lelaki ini pula diciptakan dengan keistimewaan masing-masing. Dengan sorang mulut manisnya.. Yang lagi sorang dengan gayanya.. Tampannya.. Kayanya.. Comelnya.. Baiknya.. Dan macam-macam lagi.. Terbayang.. Mungkin juga perempuan melakukan benda yang sama mengklasifikasikan lelaki kepada beberapa bahagian. Dasyat. Tuhan mencipta dan juga melengkapkan.

Bila bercerita secara one-on-one dan tidak berkelompok sesama kawan lelaki.. Akan bermula sesi bermain dengan perasaan.. Betul.. Sekeras-keras hati lelaki, di cucuk hati nya, kompom berdarah jugak.. Bercerita tentang penyesalan, kenangan, dan andai boleh diundurkan putaran dunia. aduhhh... macam ke sial statement.. Tapi tu la.. Benda yang lepas, jangan dikenang. Toleh kebelakang dan jadikan pedoman. Aduh.. Sial entry bermadah geli.. Tapi aku tak peduli.. Dari aku hanya baca entry korang.. Sekali-sekala baca la entry aku sepertinya aku sedang meluahkan kat korang..

Ditelan mati. Diluah pun mati. Kalau di kemam seksa sendiri. Abes tu ko nak buat ape lagi? ahh! sial...

12 Julai 2011

Extended Hobby

Hobi yang lama... Ala yang dolu-dolu tu.. Dah tercapai.. ;)

*Pelok Md. Zaman sampai kena terajang*

Nanti Aidi bayar tiap sem ye daddy.. hehehe..

02 Julai 2011

My Gay Partner Bebeh!

Tahniah kepada Zen sebab dapat melanjutkan ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Puncak Alam. Ya.. Satu tempat dengan budak Transport.. YA! TEMPAT SAYA! hahaha...

Saya harap Syed and Arin benarkan si panjang ni sebilik dengan saya sebab dia tau apa yang saya nak sebelum saya tido.. As i mention.. My Gay Partner Bebeh!!!

Wah.. Boleh wa sontot lu.. Hahahaha... Sontot.. Lama tak sebut..

Damn You DSLR!

Minat terhadap kamera memang sudah lama.. Tapi apa kan daya.. Terlalu mahal untuk dibeli.. Tahan daripada part 6 diploma dulu.. Buat pekak.. Buat buta.. Dapat lupa.. Terima kasih kat Nuryn dan Arin la.. Bagi aku semangat untuk beli kamera bagak tersebut... Tak lupa juga kepada mamak dan hisyam kawan kampung yang bakar tak sudah..

Mak bapak tak kaya.. Tapi kemahuan diri tu ade.. Bukan taknak keje kumpul duit.. Tapi kak long dah booking aku awal untuk tolong die meniaga.. Takpela.. Tolong kakak.. Dapat la siket duit belanje.. Tapi untuk kamera.. memang sayu je la nak ade..

Tapi kalau ade rezeki... Memang ni aku capai... Betol.. Aku tak bohong.. Kalau aku dapat.. Kawan-kawan kawin.. Tolong "pakai" saya. Saya buat terbaek untuk anda!



Sial punya kamera buat aku tak boleh pikir benda lain...