15 Julai 2011

O.K! - Omong Kosong!

Kalau nak omong kosong tidak la sesusah mana.. Kau bagi je topik.. Apa-apa topik.. Jangan ada seorang saja menggelujat.. Kau tengok kehebatan kawan-kawan berbahas.. Kalau tiba-tiba suasana jadi sunyi macam malaikat lalu nak pergi cabut nyawa orang.. Kau mulakan mukadimah dengan menyebut tentang cara cari duit atau "perempuan". Antara kedua-dua ini dikalangan lelaki, topik perempuan lebih hangat di bualkan dari berbual tentang kehidupan hari tua kelak.. Eksperimen telah dilakukan kepada beberapa orang kawan dan juga sebuah organisasi terbesar di Pelabuhan Klang. Kalau tengah berbual tentang topik tersebut, takut dengan hantu pun boleh hilang gemuruhnya.. Antara satu lagi experimen berjaya.

Perempuan adalah major. Minor atau strata pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya: gadis pilihan, sex, rupa, perangai dan sebagainya. Minor atau strata tu pula boleh dibahagikan lagi kepada sub-minor atau stratum. Tengok. Punya unik tuhan ciptakan kaum hawa. Sehingga tak lekang di bibir lelaki tentang perempuan. Jadi memang benar tentang "Wanita hiasan dunia". TAPI. "Seindah hiasan adalah wanita solehah".

Yang seronoknya bila berborak, setiap lelaki ini pula diciptakan dengan keistimewaan masing-masing. Dengan sorang mulut manisnya.. Yang lagi sorang dengan gayanya.. Tampannya.. Kayanya.. Comelnya.. Baiknya.. Dan macam-macam lagi.. Terbayang.. Mungkin juga perempuan melakukan benda yang sama mengklasifikasikan lelaki kepada beberapa bahagian. Dasyat. Tuhan mencipta dan juga melengkapkan.

Bila bercerita secara one-on-one dan tidak berkelompok sesama kawan lelaki.. Akan bermula sesi bermain dengan perasaan.. Betul.. Sekeras-keras hati lelaki, di cucuk hati nya, kompom berdarah jugak.. Bercerita tentang penyesalan, kenangan, dan andai boleh diundurkan putaran dunia. aduhhh... macam ke sial statement.. Tapi tu la.. Benda yang lepas, jangan dikenang. Toleh kebelakang dan jadikan pedoman. Aduh.. Sial entry bermadah geli.. Tapi aku tak peduli.. Dari aku hanya baca entry korang.. Sekali-sekala baca la entry aku sepertinya aku sedang meluahkan kat korang..

Ditelan mati. Diluah pun mati. Kalau di kemam seksa sendiri. Abes tu ko nak buat ape lagi? ahh! sial...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan