21 Ogos 2011

21 puasa, pukul 11.20 pagi. Aku kat dapur

Kan aku dah bagi tahu anda sekalian.. Aku takkan ada masa untuk update ini bollog... Sebab aku dah dapat game aku.. Online game yang sungguh-sungguh buat aku addict..Tahniah juga kepada aku kerana dapat menarik seramai 4 lagi kawan aku yang lain untuk menyertai aku dalam fantasi yahudi. Tapi sekarang game tersebut off-line. So aku ada masa la sikit untuk up-date ini bollog.

Sekarang ni aku kat dapur pada pukul 11.20 pagi. Bukan makan ye.. Bukan.. Puasa aku masih terjaga. Alhamdulillah... Sekarang ni aku bukak laptop.. Mak aku ngidam nak dengar lagu raya. Dari hari tu sebok nak dengar.. Aku pasangkan la hari ni. Sementara teman-teman dia jahit baju raya anak buah aku.. Seronok lak dia aku tengok nyanyi lagu rafeah buang.  Katanya raefah buang ni diibaratkan macam siti nurhaliza suatu masa dahulu. Sejarah cintanya pun mak aku cerita. Bersungguh benar mak bercerita.

Dengan muka tekad aku berkata ini pertama kali aku berada diluar bilik selepas waktu sahur dan sebelum pukul 3.30 petang. Kalau tidak sekarang ni aku masih terkangkang ber-boxer dalam bilik. Tidur. Tidur untuk memastikan puasa aku penuh. Ehem... Kepala pening-pening.. Baru perasan aku tak tido lagi..

Sebelum terlupa.. Selamat berpuasa semua.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan