31 Mac 2011

menyedihkan

Aku,


Tak berminat untuk mendengar masalah orang.


Aku,


Hanya mahu orang mendengar masalah aku.






Pathetic.






Aku,


Masih belajar untuk menjadi orang.


Masih belajar untuk berkawan.


Masih belajar untuk bertutur.


Masih belajar untuk diam.






Walaupun susah, harus juga aku mulakan.






Walaupun sepatah.






Bermakna bukan?



21 Mac 2011

Esok Punya Hari

22 Mac 2011.



i) Second Presentation Skill – BEL


ii) Test 2 Statistic


Other person: Kenapa kau post entry ni? Ha? Nak merungut? Ha? Nak mampos? Ha? Cuti buat apa? Ha? Merayap? Ha? Last menet kau mencungap? Ha?


Ini aku: Tak ada pape.. rilek je…


Other person: Ha… kalau macam tu takpe…


Ini aku: Sigh*

16 Mac 2011

tgu Dr. Norlida

Sekarang tunggu Dr. Norlida.. mengajar kami MGT533. Orangnya agak kelakar.. Tapi berani kau main-main dalam exam beliau.. BERANI KAU!!! memang cari nahas la kawan... Markah kesian tiada dalam hati.. U want it? Go hard to achieve it.. Bukan main-main punya tau dia..  Sangat jarang dia masuk lewat... Sangat jarang.. Mungkin beliau sedang bergayut dengan husband beliau. mungkin.. Tapi kami semua memang tak kisah sebab kami berada dalam lab yang boleh layan facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi..
sebelum aku masuk kelas, aku secara rasminya telah menjadi volunteer untuk palestin.. Ya! aku harus tekadkan diri supaya kurangkan makan fast food dan lebihkan makan food food. Tiba-tiba teringat nasi kandar pelita.. Kompom malam kang aku shoot pegi sana.. Kompom!
Sekarang jam sudah pukul 2.30 petang.. Hidayah kawan baru aku sedang makan hot dog..  Langsung tak melawa kawan-kawan yang lain.. Benar.. Aku sungguh lapar walaupun pagi tadi sebelum pergi kelas aku dah makan nasi goreng bersalutkan telur goreng. Lapar lagi.. Dan teringat lagi nasi kandar.. Lapar dan lapar lagi..
tengok kiri kanan.. Sorang pun tak pegang buku.. semua tekan keyboard.. Langsung tiada inisitif untuk belajar. Tapi semua aim dekan.. Boleh ke? Aku pun tak tau sebab aku tergolong dalam golongan yang sama dengan mereka..
Saja aku taip entry ni panjang-panjang.. nak tengok sempat tak post entry ni sebelum Dr masuk.. Ternyata hari ni memang dia sedang melakukan tugasan beliau dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kerana memberikan kami ruang rehat.. AH!!! dia dah masuk..
BYE!

14 Mac 2011

Cuti kau memang betul-betul cuti ye?

Kerja tak siap.. Tapi berjalan hari-hari.. Last minute baru nak buat.. Tak tersadai kau nanti.. Sementara boleh, baik beringat.. Nanti dah kena apa pun tak dapat.. Baru kau tau.. Menyesal tak sudah kau.. Ha... 1st sem untuk degree.. En.D... Sila buat yang terbaik ye... Dah 3 tahun dah result macam cilanat.. Takkan tak sedar-sedar lagi.. Salah sorang dari anda.. Tolong tampar saya lepas tangan anda sapu losyen.. Tolong..

Dan ye.. Saya baru tersedar yang saya ada TEST RM esok... BAGUS! Kejap lagi masih sempat tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Esok kita tengok. Cacat tak cacat En.D jawab test.. Jangan kau pandang kiri kanan sambil senyum gampang.. Tak guna... Sebab tenaga pengajar adalah Dr. Norlida!. Jangan berani-berani cabar... Nahas kau....

Ha... Sempat kot.. sempat kot.. Mintak-mintak sempat... Babi... Cuti langsung aku tak ingat... Halah...

09 Mac 2011

runsing la

Oh.. Semenjak-menjak ni.. Hari-harian aku jadi menjadi-jadi. Ya.. Memang. Maksud aku MEMANG aku tak boleh nak handle.. Kadang-kadang rasa assignment yang overload pun lagi senang dari nak settle masalah sebegini rupa. 


Aku kalau dok kat rumah.. Memang macam satu kewajipan untuk tidak berada di rumah. Walaupun alamat Non-Resident aku adalah rumah aku sendiri. Ini adalah kerana aku mempunyai kawan yang memang macam bayang-bayang aku sendiri. kemana aku pergi mesti ada diaorang. begitu juga sebaliknya. aku pun tergolong dalam golongan bayang-bayang. tapi aku bayang pawaka. dorang bayang cilaka. bahahah... Senang hati kutuk tanpa balas.


Sebenarnya, aku simpati dengan pasangan aku. Sebab aku lebih banyak luangkan masa dengan kawan berbanding dengan dia. Tapi kalau aku bercerita pada lelaki, lelaki lebih memahami kehendak aku. tapi kalau bercerita pada perempuan tentang cara aku berkawan, dengan serta merta seperti ada satu refleks yang menyalahkan cara aku. Macam ni dia kena faham aku lah!


Bagi aku dan mungkin pada sesetengah lelaki, keutamaan di berikan kepada kawan berbanding pasangan. Keutamaan akan diberikan kepada pasangan setelah diijab kabul. Pada masa yang tertentu, akan timbullah ayat "ehhh.... takot bini... tak malu... tak ade ensuren.....". tapi itu lah dia lumrah kehidupan. Nak cakap macam mana. Sebab aku atau sesetengah lelaki tadi akan tahu tanggungjawab dia apabila bergelar suami. Actually, lelaki macam ni bukan takut bini. lebih kepada menghormati isteri. sebab kita tau, isteri patut di berikan layanan istimewa. tapi in return, "time for bed is time for eat" boleh ayat macam ni?


Apapun terjadi, kita hendaklah jaga satu perhubungan. Kadang-kadang kita nampak bunga yang cantik, kita terus nak rembat. Tapi kita tak perasan bunga yang kita nak cantas tu berduri. Lebih baik kita jaga je bunga yang ada. sah-sah kalau kita jaga elok, bunga tu tak lukakan kita. Ada betul ka?


Eheh...

07 Mac 2011

er.. hai semua..

Assalamualaikum pembuka bicara.. anda semua sihat? SIHAT TAK?!!! lama tak jumpa semua.. maaf la.. saya sekarang memang bz.. takde masa untuk awak semua.. maklumla.. kawan ramai sangat yang sayang.. pantang jejak rumah.. di jerit nya nama di suruh keluar bersiar..

bercerita tentang ijazah.. memang kalau difikir balik.. macam tekanan.. maklum la.. 7 subjek.. 7 subjek JE!!! lagi duit banyak pakai.. bukan sebab buat kerja.. tapi sebab enjoy..

sekarang hobi main game telah bertukar kepada berkaraoke.. walaupon suara tak selunak fazli zainal.. tapi aku tetap yakin bahawa ia boleh menghilangkan stress aku..

er... nnt aku post lagi.. nak pergi kelas.. nak jadi rajin..

bye bye..

25 November 2010

Mana Mau Cari?

Oh.. Duit tiada.. Mana nak cari duit? Nak kerja memang tak sempat.. MEMANG TAK SEMPAT! Aku gunakan sebaik mungkin resource yang ada. AYAH! SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT! Nak duit yah.. Nah anakku kad bank ayah.. keluarkan la seberapa banyak kau mahu. balas ayahku.. Weee... 

Ayah aku bukan bergaji lebih dari rm1500 seperti ayah anda sekalian.. beliau hanya ada pencen buruh. So, aku keluarkan takat keperluan saja.

Sedih.. Kena tunggu PT baru ataupun gaji bila kerja nanti baru boleh enjoy..  Sekarang mau enjoy memang mintak kaki.. Kerja malas.. Duit mahu.. (kenapa aku tiba-tiba bau kapur barus?) 

ok.. Hati sudah tidak selesa.. mungkin lain hari aku post.. 

babai!

20 November 2010

change mode

SEJAK BALIK RUMAH. AKU SUDAH JARANG ONLINE GUNA LAPTOP. SEBAB MCM LECEH. AKU SEKARANG ONLINE GUNA PHONE JE. BKN MAHU SOMBONG. TAPI KALAU TAK FULLY UTILIZE, RUGI LA. TAK GITU? POST PUN JARANG. MINAT BACA ENTRY ENGKAU ORANG SAJA :)

18 November 2010

malamku adalah selepas subuh

Semenjak aku menjejakkan kakiku ke Shah Alam, Selangor. bermula waktu tidurku yang songsang. Memang cilaka. MAZLAN, SHAROM, dan RASYID adalah sekutu kuat aku.. Kalau ada salah seorang ini ajak aku lepak atau aku yang mengajak mereka, paling awal aku akan balik pukul 4 pagi.. Itu paling awal. Otak mereka dah dimasuki semut. Sudah berbusut. Terlupa yang waktu bekerja mereka pukul 7 pagi.

Kalau kami tak keluar. Kami akan masih berkomunikasi melalui facebook. Cara kami berkomunikasi bukan untuk bertanya tentang emak atau ayah mereka. Tapi mencari bahan-bahan yang boleh membuatkan kami terhibur. Setelah sasaran dikenalpasti, informer akan Instant Message yang lain untuk memberitahu ada "bahan baik". Kalau tak percaya, berani kau post ayat atau gambar pelik-pelik dekat facebook. Kau tengok penangan sekor-sekor. Macam syaitan. Tak bagi can.. Aku tergolong hanya 30% dari aktiviti sihat mereka. Sebab mereka memang sangat aktif benda-benda sedemikian rupa. Aku pun tidak terkecuali untuk menerima kritikan bangsat dari mereka.

Tapi inilah antara kawan-kawan yang tak pernah sekali pun berkira dengan aku. Ada lagi ramai. Tapi buat masa ni, mereka la yang boleh kata tiap masa memang dengan aku. Aku rasa mungkin keluarga mereka dah penat nak fikir mana mereka pergi tiap-tiap malam. 

Mana kami pergi tiap-tiap malam? Mau tau? haa... Mari lepak dengan kami. Ngeh Ngeh Ngeh..

14 November 2010

tahniah

saya Mohd. Danial bin Md. Zaman ingin meminta maaf kepada kawan-kawan di UiTM Kedah. Kiranya terkasar bahasa, tergurau kasar. Tersinggung rasa. Maafkan saya. Segala perlakuan yang mengguris memang saya tak berniat. 

Terima kasih kepada kawan-kawan di sekeliling kerana berkawan dengan saya dan banyak mengajar tentang kehidupan, tentang pelajaran, tentang hiburan, juga tentang pemakaian selama saya di UiTM Kedah. 

Tahniah kerana berjaya mengharungi 3 tahun yang mematangkan akal fikiran dan juga dari segi semua aspek. Tahniah juga diucapkan kepada kawan-kawan saya yang sudah lama menyepi akhirnya berseri kembali dengan kehadiran kekasih baru mereka.  

Tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang mengajar saya selama saya 6 sem dan juga Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan UiTM Kedah En. Abdul Jalil Hussain kerana banyak mengajar tentang bagaimana untuk mengacarakan sesuatu majlis dan mengajar saya dari aspek seni lakon teater. Kepada semua ahli KeSeDa, pengalaman setiap detik bersama isyaallah takkan saya lupakan. Jasa anda tidak saya lupakan.

Terima Kasih kepada Cia, Epul Huawei, Raz, Sotoi, Param, Rino, Bedom, Mirul, Zen, Ikhwan, Meor, Jeff, Padil, Syed, Frankie, Giant dan Sharam,yang sudi duduk sebumbung dan sebilik dengan saya.

Walaupun mungkin mungkin mustahil untuk kita berjumpa lagi pada masa akan datang, saya harap, kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan medium yang sedia ada supaya kita tak terputus hubungan.

Haaaa.... Macam Tan Sri bagi ucapan kan? kan? kan? tau aku jadi MPP.. ceh!

anyway.. SELAMAT HARI RAYA KAWAN2! JUMPA LAGI! =)