18 Oktober 2009

Hari ni hari ahad.

Man.. Bangun la man... Kejut kawanku bermuke cina bername jepon.



Em.. Jawabku.


Bangun la man.. Katil digoyang sambil menyanyi lagu black eyed peas version arab..


Bukak mate, cari henpon.. Henpon mane henpon.. 1 mesej.. “Selamat pagi sayang”. Aku cukup selesa dapat mesej ni walaupon ringkas..


Bangkit aku dari tempat aku beradu.. Pergerakan aku ke air terjun terhenti apabila Sang Pheonix berada di dalam.. Aku tunggu.. terus menuggu. Pelik. Selalunye sekejap.. Tapi hari ni teralu lame rasenye. Barangkali die tengah “reborn” kan balik wajahnye untuk kembali tampak muda walaupun dia paling senior dalam istana kami.. Great Khali menunggu dengan muke yang tenang walaupon dalam hati memaki tanpe henti.. Aku buat bodo.. Buat tak tau ape.. Aku sambung balik tido walaupon jam menunjukkan 9.45 pagi dan pukol 10 pagi ada presentation.. Seluruh ahli istana bermuka tenang.


30 saat kemudian perot aku mengeluarkan chakra. Aku harus bertindak. Teros aku berlari mendapatkan tempat untuk aku melepaskan “rasengan”. 1 serangan. Aku senyum. Senyum puas dengan kejayaan aku. Selesai urusan tersebut.. Sang Pheonix juga selesai urusan beliau. Tanpa lengah aku terus masuk ke tempat air terjun. Aku berteriak kepada Great Khali. “Wei! Korang gi dulu la. Nnt aku sampai”. Aku teroskan mandian aku dengan tenang.


Selesai aku berpakaian. Mereka pon bergerak untuk pergi ke kuliah. 2 kenderaan jenama Malaysia gah bergerak dari rumah aku. 1 dari model pertama malaysia. Dan 1 lagi kawan kepada binatang seperti kancil, kelisa, kenari, rusa. Iaitu Myvi. Barangkali name saintifik bagi katak. Sebab bila tengok betul2. Macam katak bentok kenderaan tersebut. Mereka ada kenderaan berbumbung. Tapi aku hanya ada kenderaan berhelmet. Aku bersyukur.


Stokin berlubang di ibu jari mencari penutop. Sepatu aku tiada. Niat nak mencarut, tapi tak jadi sebab salah aku tak sediakan malam tadi. Aku keluarkan kuda aku, teros pergi istana jiran dengan hajat ingin meminjam sepatu buat sementare waktu.


Kudaku berlari biasa. 110km/j. Merentas laluan bersimpang empat bermate 3. Merah, kuning atau hijau. Orang kate berhenti mase mate die merah. Sebab mase tu die tengah bad mood macam pompuan. Period. Kalau kita tak patuh, jangka hayat kita mungkin lebih pendek. Mata bertukar warna hijau, teros kuda ku berlari laju.


Sampai di kelas, jam menunjukkan 10.24pagi waktu Tag Heuer aku. Presentation sudah bermula. Kawan2ku semua bermuke tenang sambil tersenyum sinis. Aku terlupe memang begitu senyuman mereka. Henpon aku bergetar 3x. Mesej. Gergasi comel bangun awal hari ni. Mungkin petanda hujan akan turun petang nanti.


Presentation berjalan dengan lancar tanpa sebarang soalan yang tidak boleh dijawab. Terima kasih kepada Catface kerana dapat menjawab soalan dari madam yang membuat semua ahli hanya memandang antare 1 same lain.


Selesai kuliah. Aku pergi menjamu di tempat penuh bidadari. Tapi malang bagi aku kerana mereka tidak menghiraukan aku. Tiba2 aku di sapa oleh bomoh hujan dan geng kapak. Nasib baik mereka ada untuk aku makan bersama.


Selesai makan, aku pulang ke istana. Membuka teknologi yang aku dapat sempena aku sambung belajar. Main DotA. Si Nippon membeli air yang orang katakan buatan Israel tanpa rase bersalah. Aku juga tiada perasaan bersalah minum air tersebut kerana sedap.


Tertekan aku bermain seorang diri. Setiap semenet aku akan pandang henpon mengharapkan ia bergetar sebanyak 3x. Tapi tiada. Si gergasi yang bertukar surat di henpon ada hal sendiri.. Dan inilah aku. Sedang menghabiskan masa aku . Terima kasih rakan kerana mengajar aku membuat bende pelik ni.

**Teros menuggu henpon bergetar 3x.

2 ulasan: