25 Ogos 2010

Angguk tanda setuju

                Hujung bulan yang digelar hujung bulan bersama test. Sungguh tak seronok sebenarnya keadaan sebigini rupa apabila dalam kepala dah memikirkan keadaan di rumah. Dah memikirkan kuih raya yang dibuat dari pasar-pasar malam yang menjual dengan harga rm15 sebalang yang berisi 50 biji dan harganya bakal jatuh menjadi rm10 sebalang apabila malam raya menjelang tiba. Baju raya yang dibeli oleh Cik Zainah. Tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana tahun ni aku memilih sendiri warna baju. Aku pilih warna seperti warna hati kawan-kawan aku. Hitam.

                1 test da lepas.. esok kuiz transport. Kemudian 29hb test research methodology. Kemungkinan test untuk entrepreneur aku berlangsung pada 31hb dan test test yang terakhir test transport mungkin akan diadakan pada 2hb September. Dalam keadaan begini, aku macam dah tak pikir sangat tentang test. Aku dah pikir nak balik. Kalau la boleh, aku mengaharapkan test transport tu biar la tunda. Leh aku balik awal. Kesian kat rumah aku tu. Bertahun tak bercat.

                Sebab aku nak balik Klang. Klang. Tak best sangat. Tapi yang buat best kawan-kawan kat Klang. Perangai dieorang macam aku. tapi aku baru level 4. Dorang dah level 8. Macam setan. Aku perangai kira ‘pra’ lagi la. Belum hebat macam dieorang.
Aku sangat mengidam nak makan “Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi”. Mana aku boleh dapat?

Bertambah lak dengan ketandusan in term of money membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik rumah. Serious. Sekarang aku hanya tinggal RM10. Mana boleh nak tahan 2 minggu. Minyak motor cabok aku tu sekali isi kompom rm8 takkan kurang. Nahi mungkin aku boleh bertahan dengan RM10. Sepertinya sekejap lagi aku ingin minta kat menteri kewangan aku, Datuk Md. Zaman untuk mengirimkan wang melalui menteri pertahanan Cik Zainah. Harap proposal aku berjaya.

Aidi: Mother. My pocket already empty  la mammi.
Cik Zainah:   I already give you thousand right last week?
Aidi: yep. But that is your money that you want me to bank in at your account ma.
Cik Zainah: Oh! Sorry, my mistake. How much you want my dearest son.
Aidi: As much as u can give.
Cik Zainah: Damn. That is too much my son.
Aidi: Erm.. Erm. Ok. How about hundred? I also need to pay my bill.
Cik Zainah: :Let me ask Ministry of Account later ok?
Aidi: thx ma.

                Cadangan dari tuan syed. “Aku kalau boleh 31hb aku da balik dah”. Actually aku sangat suka idea tu. Tapi agak malang bagi aku sebab aku mungkin sampai 5hb kat kedah lagi sebab lecturer taknak bagi balik.
                Dah lama aku tak menaip sepanjang ini. Aku juga mengaharapkan idea datang masa test nanti macam ni. Berkontena banyaknya. Tak sempat nak buka 1 kontena. Datang lagi kontena lain bagi aku idea. Aku cuba mengadaptasi dari pelajaran. Bagi aku ruang sedikit untuk memikirkan soal belajar dari huru hara ke sana ke mari tanpa hala tuju. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan