25 Ogos 2010

Test Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan bukan sahaja test kita dari aspek lapar, dahaga, mata, lidah, telinga, dan juga perbuatan. Malah puasa juga ada test selling, research method, entrepreneur, dan juga transportation. Memang kena banyakkan bersabar.


Mungkin bulan test ni membuatkan library penuh orang. Tuan Syed memberi idea “dah boleh korek idung da ni”. Alasan sebab bagi batal puasa (ini hanya gurauan. jangan terlalu lurus untuk percaya). Terlalu ramai orang untuk dilihat. Baik. Aku spesifik kan lagi. Gadis. Bukan niat nak memandang pada asalnya. Tapi terlalu ramai.. Dalam keadaan sebigini, sesiapa pun boleh lemas. Betul aku tak bohong. Table yang patut ade 10 kerusi tinggal 5 saja gara-gara ditarik ke meja lain. Memang betol “library menggalakkan student buat study group”. Tapi tengok gak study group dari aspek apa. Macam group lelaki mungkin 70% betul-betul discuss tentang pelajaran. Lagi 30% discuss tentang gadis-gadis idaman yang ada di library. Setelah diteliti dan diamati. Benar. Comel sungguh mereka. Baik. Aku admit. Aku tergolong dalam golongan 30%. Mintak maaf. Aku tak tahan. Aku manusia dan lelaki biasa.


Yang perempuan pula aku tengok ramai yang membaca mesej dari membaca buku. Mungkin baca mesej kat library sejuk. Siapa tahu tujuan mereka. Kalau dorang gelak, macam dorang kat dalam bilik tengah buat pillow talk. Itu hanyalah sesetengah dari mereka. Yang lain memang ikut pesan mak bapak. Belajar elok-elok.

Bila perempuan bertambah manakala lelaki berkurangan. Demand untuk lelaki akan bertambah. Lalu perempuan akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk mendapatkan pakwe di dalam kampus. Bila ada pakwe kat kampus baru rase hebat. Jadi untuk mereka mencari pakwe, mereka pon buat ‘hot’ dalam library. Aku tahu aku tak layak mengkritik penampilan seseorang. Tapi kalau aku yang tak layak pon nak kritik. Ko bayangkan orang yang layak nak kritik. Tak berdarah telinge kalau dia dengar. Haish..

***Hey gadis disana. Awak sangat comel. Heee~~ :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan