06 November 2011

Week before Mid-term break

Seperti semester-semester lepas, setiap kursus wajib mengadakan minggu sempena kursus yang mereka ambil. Pada semester ini, mungkin bersempena dengan perpindahan kami ke Puncak Alam, Kursus Pengangkutan (TransCILT Society) dan juga Kursus Pengurusan Operasi (OPEMS) bergabung tenaga untuk mengadakan minggu yang dikenali sebagai 'TransCILT and OPEMS week'.

Minggu tersebut adalah minggu antara hari yang sibuk bagi kami-TransCILT Society dimana kami di arahkan untuk membuka booth. OPEMS tampak lebih dasyat dengan menjemput wakil dari agensi kerajaan dan swasta untuk sertai booth mereka berbanding kami yang hanya menjual makanan dan beberapa jenis tudung. Memang nampakk TransCILT Society cikai. Ini mungkin kerana mereka lebih bersedia daripada kami. Bukan kerana kami malas walaupun secara jujurnya memang begitu, tapi alasan lain adalah kerana tempoh diberikan kepada kami utk buka booth adalah kurang dari 10 hari termasuk hari cuti bekerja. Tidak seperti mereka yang tahu mungkin sebulan lebih awal atau lebih. Tidak sesuai jika kami menjemput wakil dari agensi dengan memberi masa yang singkat. So unprofessional.

Minggu tersebut nampak agak kelam-kabut dan tidak nampak akan wujudnya TransCILT society itu sendiri. Tidak seperti semester lepas di mana TransCILT Society nampak lebih profesional dengan minggu itu adalah minggu khas bagi penuntut kursus Pengangkutan itu sendiri. Dengan erti kata lain ia sepatutnya berasingan. Kecuali acara tersebut adalah secara besar-besaran. Eh.. No offence ya..

Seperkara lagi, aku masih kurang pasti apa relevannya kursus pengangkutan diletakkan di bawah naungan pengurusan perniagaan. Walhal kami lebih tertumpu kepada Fakulti kejuruteraan, takpun fakulti ape ntah lagi 1 yang diwartakan oleh Syed (fac nak hebat).

Semakin lama kami belajar tentang pengangkutan di Malaysia, semakin kami yakin Malaysia memang memerlukan kami sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga di beberapa agensi lain yang berkaitan dengan pengangkutan. Aku juga yakin salah seorang dari batch kami akan jadi 'Urban Transport Planner'. Memastikan tempat yang maju lebih terancang dan memastikan kurangnya congestion. Sumpah aku berharap pengangkutan awam di Malaysia menjadi setaraf dengan United Kingdom ataupun Singapura.

InsyaAllah

26 Oktober 2011

Makwe Nombor 2

Beliau adalah makwe nombor 2 saya pada ketika itu. Saya banyak meluangkan masa bersamanya dari makwe pertama saya. Semasa saya melanjutkan pelajaran di Kedah, saya tidak lagi dapat menjaganya sebab dia jauh dari saya.. ditambah pulak orang disekeliling dia tak menjaganya dengan begitu baik seperti saya.. mungkin atas sebab itu juga beliau sering membuat masalah kepada saya pada ketika ini..

Paling latest masalah yang diberikan oleh beliau apabila rantai motor tu lucut.. Ya.. Lucut.. Lucut semasa menunggang.. Serik sikit... Lepas ni ade masalah terus check. Tak berani lagi buat kering.




Ini adalah motor dari duit saya sendiri.. 1tahun 8bulan bayar sendiri.. lagi 4 bulan bapak bayar sebab masuk u..

Terima kasih kepada Nuryn, Ameq, Kembaq, dan juga Ryno kerana membantu... Thx mates!

18 Oktober 2011

ponteng kelas 2 hari

Aku tak tau kenapa aku kadang-kala terlalu obses dengan hantu wal hal aku antara manusia yang takut pada hantu.. Mungkin juga disebabkan cerita "hantu bonceng" membakar semangat aku untuk tidak takut dengan
hantu dengan cara 'bogel je depan dia'. Berlandaskan alasan itu juga membuatkan aku ingin melihat dan mencuba sendiri bagaimana perubatan secara Islam dijalankan untuk membuang santau ataupun tuju yang diberikan sebagai hadiah dari orang yang mempunyai P.hd. Perasaan Hasad Dengki.

Rasa menyesal pun ada sebab caranya agak lama dan juga agak bosan. Tapi tidak menggunakan kemenyan atau juga menurun.. Bukti juga telah aku nampak apabila dibelahnya limau, di dalamnya pelbagai "doorgift" ada dalamnya. Seperti jarum pelbagai rupa dan juga sebagainya.. Kagum aku melihat. Jika selama ni aku mampu melihat ahli silap mata seperti David Copperfield atau pun Angel Criss di kaca tv, tapi kali ini aku melihat lelaki segak memakai baju melayu berwarna merah dan bersongkok memotong limau seperti gaya mak aku memotong bawang kat dapur. Macam takde apa.. Tapi ada.. Kagum.

Kelas? Hanya sekadar alasan aku untuk tidak pergi kelas ikut cara si dekan. Di sebalik batu nya jelas ternyata bertambah terang bahawa aku semakin malas masuk kelas yang kadang-kadang tidak ada atau tidak belajar.  Aku lebih selesa berada di rumah. Selain buang masa dengan lalaian  mark zuckerberg, aku juga cuba untuk mencari artikel-artikel penting di mana untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan 3 minggu lepas. Mencuba menjadi setaraf atau lebih dengan rakan-rakan yang lain walaupun agak mustahil.

Sedang aku berniat untuk pulang ke rumah sewa, hujan rahmat mencurah dengan lebat. Itu juga menandakan aku harus menangguhkan diri untuk pulang. Ini antara punca-punca aku balik esok pagi.. Punca. Takut-takut godaan syaitan lebih hebat dari iman yang tak seberapa. Aku mungkin lepas kelas lagi.. Mungkin tidak, sebab aku berniat ponteng 2 hari saja. Tak mungkin aku akan tambah jadi 3. Apa-apa pun mula dengan niat.

09 Oktober 2011

formspring.me

You tanya. I jawab. http://www.formspring.me/danial87

Perjalananku Ke Hari Persandingan Abang-Nya Si Arin

7.30 pagi hari sabtu. Telefon bimbit luahan muzik keluaran nokia mendendangkan lagu keras "Tangisan Jangan Jatuh" dari Peluru Untuk Kekasih Saya.. Memang sengaja  memiilih lagu jerit-jerit sikit sebagai penggera sebab mudah untuk terjaga dan menekan butang "berhenti" untuk pertama kali. 9.30 pagi. Perkara yang sama diulangi lagi untuk kedua kali-nya. Dan pada pukul 10 pagi, telefon bimbit mengeluarkan lagu yang sama dan berjaya membuat aku menekan butang "berhenti" dan mengeluh pada masa yang sama. Mata kembali tertutup. Dalam kepala tetiba muncul kertas layang tertera di atas nya. "KAU NAK BUDAK-BUDAK TU PERGI RUMAH ARIN PUKUL BERAPA SETAN?!. Membuatkan aku terjaga dan memberikan pesanan ringkas kepada Nuryn dan Zati yang aku akan datang seketika nanti.

Sedang sebelah tangan aku menggaru tempat yang tidak gatal untuk melengkapkan pagi, sebelah tangan lagi berpura-pura mengira pukul berapa yang mungkin untuk aku sampai ke puncak alam nanti.

Selesai bermandi dan berhadas. Aku menggapai baju yang dibeli oleh aku dan dipilih oleh Zati. Memang cara aku untuk membiarkan orang memilih pakaian untuk aku beli. Dengan berbekalkan boxer yang sempat disarung, aku menuju rumah jiran yakni juga rumah kakak aku sendiri. Tanpa segan silu aku masuk dan menggunakan kelengkapan gosok baju yang ada di dapur rumahnya.

Sesudah aku bersiap dari rambut hingga ke kaki, aku mulai perjalananku dengan menyarung baju sejuk berwarna merah jambu. Jelas sekali ia bukan pasangan yang ideal. Motor kapcai dan juga baju sejuk merah jambu. Memandangkan aku tiada pilihan lain untuk aku sarung sebagai jaket. Baju sejuk yang aku beli di kedai bundle sebelah kedai satay semasa diploma aku di Kedah dulu aku gagahkan juga untuk menyarungnya.

Kelajuan standard atas jalan raya 120km/j adalah kelajuan yang bersesuaian dengan kapcai aku. Setitik demi setitik air jatuh ke cermin keledar aku. Dalam hati berkata, "biarlah aku sampai, barulah kau tur....."

(Lebat)

"..................."

Hujan semakin lebat tatkala jarak aku ke puncak alam semakin hampir. Lantas aku ambil keputusan untuk berhenti seketika. Pesanan ringkas aku kirimkan kepada mereka berdua menyatakan yang aku kandas disebabkan rahmat Tuhan. Nampaknya mereka mengerti dan mereka mengasihani diri aku ini. Nuryn yang tidak suka buang masa terus membuat keputusan untuk membantu aku mengambil Zati.

Setelah agak lama masa aku dibuang melayan permainan poker sementara menunggu hujan berhenti, aku nekad untuk meneruskan perjalanan. Aku menelefon Nuryn untuk mengesahkan tempat perjumpaan. Persetujuan dicapai. Aku menyambung semula permainan aku seketika memandangkan aku menang besar kali ini. Terkhayal aku dek permainan yahudi, tersedar tentang janji yang aku katakan tadi. Terus aku bergegas ke Puncak Alam. Dalam keadaan gerimis dengan muka yang ketat, aku teruskan jua perjalanan. Kurang 300 meter, cahaya memancar menandakan kepanasan. Sinis aku tersenyum. Terasa dipermain.

Sampai tempat yang dijanjikan, Aku lihat selain Zati dan Nuryn, ada pemandu kereta tersebut. Ain. Pemandu berjiwa aku-tak-kisah. Hati kering. Tersenyum ketiga-tiga gadis tersebut menyambut kedatangan aku.

Perjalanan kami diteruskan. Anggaran waktu 1 hingga 1.30 petang. Kami sampai rumah Raja sehari dan kami di sambut oleh Nazrin dengan senyuman. Manis adik Si-Raja-Sehari.

Alhamdulillah. Hidangan yang disediakan Sedap. Dan kali ini aku dapat mingo-mingo. Terasa dendam terbalas sebab hari rumah terbuka sebelum ini tinggal hanya lori sebagai renungan datang lewat.

Aktiviti kami tidak terhenti takat di situ. Tapi cukup-lah sekadar cerita berdasarkan tajuk. Mungkin lain hari, lain cerita kan aku kongsi. InsyaAllah.

17 September 2011

-end-

17/09/2011. i called it -end day-. Bye bye.

Hide it for awhile. Should be okay i think. It is my decision. No turning back. Maybe.

08 September 2011

Jemput

Kadang-kadang orang kata "mulut cakap lain, hati cakap lain". Betul la tu.. Kepada sahabat-handai.. Kalau ada terasa hati dengan ketidakikhlasan hati menjemput lagi-lagi menghalang korang datang raya. Gurau je tu.. Orang Melaka memang gurau macam ni.. Kasar sikit..

Jemput la datang rumah saya yang banyak selut ni beraya.. Kalau anda semua biasa dengan tempat lumpur-selut macam tempat saya ni.. Anda dialu-alukan datang raya.. Tiada kompromi.. TAPI!. Sila kumpulkan semua orang, datang sekali.. Jangan la gatal-gatal datang sorang-sorang.. Memang aku kunci pagar rumah aku la tak bagi korang masuk.. Ok?

Jemput bawak duit raya sekali.. Anak buah aku total 10 orang. Ya? Terima kasih...

28 Ogos 2011

Demam Nak Raya

Title ni mungkin tak sama erti dengan fahaman korang semua.. Aku sebenarnya betul-betul demam. Hingus meleleh... Kipas tak bukak pun aku boleh selubung sebab sejuk. Kepala pening berdenyut macam orang perah kepala aku macam santan. Paling aku tak boleh terima. Aku tak boleh nak makan sebab tak ada selera.. WTF! Tolong la.. bila mana dan masa pulak aku reti tolak makanan? BILA?

Cadang nak beli baju raya hari ni. Tapi apakan daya.. Demam baru nak kebah.. Situasi masa demam. Tidur. Tidur. Tidur. Kalau bangun.. Aku akan sambung tidur balik sebab sakit kepala. Dan sebab lainnya.. Takde duit... Ya.. Itu yang sebenarnya.. So, aku ada alasan kenapa tak shopping raya tahun ni.. Sebab demam dekat nak raya..

Demam... Ko telah selamatkan aku. Terima Kasih.

24 Ogos 2011

21 Ogos 2011

Berbuka

Eventhough puasa tahun ni berpuasa pada musim cuti semester.. Tapi aku masih jarang berbuka di rumah. Sebab aku berkerja membantu kakak aku menjual murtabak goreng.. And yup.. Aku tukang masak.. Takde aku, Tak jadi la meniage.. Nampak kan kepentingan aku dalam industri ni?

Baru-baru ni aku berbuka dengan kawan-kawan kampung aku..Total termasuk aku, 12 orang semuanya.. 5 daripada kawan aku bawak pasangan masing-masing. aku dan ijul menjadi pasangan gay sebab pasangan kami tinggal jauh.. Kami berbuka di Restoran Flaming Steamboat Buffet. Satu kepala kitaran RM30. Kalau lelaki, kena bayar lebih sikit. RM60 sebab bawak 2 kepala. Maksud aku.. Kepala dia dan pasangannya..

Ramai lagi kawan rapat aku tak dapat datang atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan. Tapi suasana masih lagi riuh.. Gelak si gemok @ rasyid pun dah cukup buat yang lain follow gelak..

Teringat lak masa diploma. Kenangan memang tak boleh lupa.. Kedah bagi banyak memori.. Harap-harap boleh buka lagi dengan kawan-kawan kedah dulu..