25 November 2010

Mana Mau Cari?

Oh.. Duit tiada.. Mana nak cari duit? Nak kerja memang tak sempat.. MEMANG TAK SEMPAT! Aku gunakan sebaik mungkin resource yang ada. AYAH! SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT! Nak duit yah.. Nah anakku kad bank ayah.. keluarkan la seberapa banyak kau mahu. balas ayahku.. Weee... 

Ayah aku bukan bergaji lebih dari rm1500 seperti ayah anda sekalian.. beliau hanya ada pencen buruh. So, aku keluarkan takat keperluan saja.

Sedih.. Kena tunggu PT baru ataupun gaji bila kerja nanti baru boleh enjoy..  Sekarang mau enjoy memang mintak kaki.. Kerja malas.. Duit mahu.. (kenapa aku tiba-tiba bau kapur barus?) 

ok.. Hati sudah tidak selesa.. mungkin lain hari aku post.. 

babai!

20 November 2010

change mode

SEJAK BALIK RUMAH. AKU SUDAH JARANG ONLINE GUNA LAPTOP. SEBAB MCM LECEH. AKU SEKARANG ONLINE GUNA PHONE JE. BKN MAHU SOMBONG. TAPI KALAU TAK FULLY UTILIZE, RUGI LA. TAK GITU? POST PUN JARANG. MINAT BACA ENTRY ENGKAU ORANG SAJA :)

18 November 2010

malamku adalah selepas subuh

Semenjak aku menjejakkan kakiku ke Shah Alam, Selangor. bermula waktu tidurku yang songsang. Memang cilaka. MAZLAN, SHAROM, dan RASYID adalah sekutu kuat aku.. Kalau ada salah seorang ini ajak aku lepak atau aku yang mengajak mereka, paling awal aku akan balik pukul 4 pagi.. Itu paling awal. Otak mereka dah dimasuki semut. Sudah berbusut. Terlupa yang waktu bekerja mereka pukul 7 pagi.

Kalau kami tak keluar. Kami akan masih berkomunikasi melalui facebook. Cara kami berkomunikasi bukan untuk bertanya tentang emak atau ayah mereka. Tapi mencari bahan-bahan yang boleh membuatkan kami terhibur. Setelah sasaran dikenalpasti, informer akan Instant Message yang lain untuk memberitahu ada "bahan baik". Kalau tak percaya, berani kau post ayat atau gambar pelik-pelik dekat facebook. Kau tengok penangan sekor-sekor. Macam syaitan. Tak bagi can.. Aku tergolong hanya 30% dari aktiviti sihat mereka. Sebab mereka memang sangat aktif benda-benda sedemikian rupa. Aku pun tidak terkecuali untuk menerima kritikan bangsat dari mereka.

Tapi inilah antara kawan-kawan yang tak pernah sekali pun berkira dengan aku. Ada lagi ramai. Tapi buat masa ni, mereka la yang boleh kata tiap masa memang dengan aku. Aku rasa mungkin keluarga mereka dah penat nak fikir mana mereka pergi tiap-tiap malam. 

Mana kami pergi tiap-tiap malam? Mau tau? haa... Mari lepak dengan kami. Ngeh Ngeh Ngeh..

14 November 2010

tahniah

saya Mohd. Danial bin Md. Zaman ingin meminta maaf kepada kawan-kawan di UiTM Kedah. Kiranya terkasar bahasa, tergurau kasar. Tersinggung rasa. Maafkan saya. Segala perlakuan yang mengguris memang saya tak berniat. 

Terima kasih kepada kawan-kawan di sekeliling kerana berkawan dengan saya dan banyak mengajar tentang kehidupan, tentang pelajaran, tentang hiburan, juga tentang pemakaian selama saya di UiTM Kedah. 

Tahniah kerana berjaya mengharungi 3 tahun yang mematangkan akal fikiran dan juga dari segi semua aspek. Tahniah juga diucapkan kepada kawan-kawan saya yang sudah lama menyepi akhirnya berseri kembali dengan kehadiran kekasih baru mereka.  

Tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang mengajar saya selama saya 6 sem dan juga Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan UiTM Kedah En. Abdul Jalil Hussain kerana banyak mengajar tentang bagaimana untuk mengacarakan sesuatu majlis dan mengajar saya dari aspek seni lakon teater. Kepada semua ahli KeSeDa, pengalaman setiap detik bersama isyaallah takkan saya lupakan. Jasa anda tidak saya lupakan.

Terima Kasih kepada Cia, Epul Huawei, Raz, Sotoi, Param, Rino, Bedom, Mirul, Zen, Ikhwan, Meor, Jeff, Padil, Syed, Frankie, Giant dan Sharam,yang sudi duduk sebumbung dan sebilik dengan saya.

Walaupun mungkin mungkin mustahil untuk kita berjumpa lagi pada masa akan datang, saya harap, kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan medium yang sedia ada supaya kita tak terputus hubungan.

Haaaa.... Macam Tan Sri bagi ucapan kan? kan? kan? tau aku jadi MPP.. ceh!

anyway.. SELAMAT HARI RAYA KAWAN2! JUMPA LAGI! =) 

13 November 2010

al-fatihah

Ajal dan maut atas kehendak Allah s.w.t. siapa tahu. Mungkin hari ini atau esok mungkin ajal kita. Orang yang sihat tubuh badan. Tiba-tiba dengan kehendaknya. Diberikannnya sakit yang tiada ubatnya lagi. Nan atau Adnan Mohd Taib, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda. Beliau mengidap penyakit yang barah di bahagian perut.
Norlinda Md. Zaman. Seorang yang sangat kuat. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia menghadapi keadaan yang sangat sukar ini. Menjaga seorang suami yang sakit, bukan dugaan yang mudah. Dengan waktu kerja. Tanggungjawab sebagai seorang anak. Tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjwab seorang adik dan kakak. Dan tanggungjawab sebagai seorang makcik atau ibu kepada 10 orang anak buah.
Setelah pemergian suaminya menghadap tuhan. Sebagai seorang adik. Saya memeluknya. Berharap dengan pelukan, dapat menenteramkan keadaannya pada masa itu. Tiba-tiba mengalir air matanya. Dalam sebak itu juga. Berkata beliau “aidi. Kak ngah dah tinggal sorang. Kak ngah dah takde siapapun. Abg ngah kau dah pergi. Anak pun kak ngah takde.. kau jaga kak ngah d ye?”. Menitis air mata mendengar kata-kata tersebut. Aku akui. Beliau memang kuat. Tak pernah sekalipun beliau mengeluh. Setiap kali aku pandang wajah beliau. Tak pernah lekang dengan senyuman. Mungkin benar kata orang. Riak di muka tidak menunjukkan keadaan di hati.
Aku berharap. Norlinda Md. Zaman atau kak ngah aku dapat meneruskan hidup dengan gembira. Kata orang, Yang pergi biarlah pergi. Kita hanya mampu berdoa untuk mereka. Tapi yang hidup, haruslah teruskan kehidupan.
Al-Fatihah untuk Adnan Mohd Taib.

04 September 2010

siket saje lagi bang

oh~~ aku tak tahan.. apakah itu test? APAKAH! kepale berpusing.. balik~~ balik~~ mungkin terlalu tidak tahan dengan kepulangan kawan-kawan.. AUH!!!! aku boleh jadi warewolf kalau benda ni berpanjangan selama 2 minggu lagi..


AUH!!


AUH!! 


Tapi aku rasa tenang kembali sebab aku dah dapat game baru untuk di install.. DIABLO.. wah.. mak like!


tolong la tahan siket bang.. siket je lagi.. nanti kite balik ye?

02 September 2010

jiwang fasa 6.

Memang betul kata orang. Kalau tamak selalu rugi. Same goes to me right now. Lepas makwe lama. Yang baru pun tak dapat. Frust?. Tak juga. Tak mengharap sangat pun. Lagipun benda dah lepas. Let it be. 

Right now i just need some space. Not myspace. To cooldown. It's normal things rights?. What goes around come around. Aiyark!

***Need some date partner? just call me and i'll be there for you ;)

Please Wake Me Up When September End.

29 Ogos 2010

Bakal Keseorangan

Ha..! Untung la budak rumah aku boleh balik awal.. Tarik kelas banyak-banyak.. Pastu aku tak leh balik sebab test 6haribulan. Cantek! Tinggalkan aku sorang-sorang.. Korang ingat aku berani ke..? Tapi tidak mengapa. Mungkin takde pape akan terjadi.. Setan da kene ikat.. Maybe takde pape kot.. 

Kepada Bedom.. Baju kaler biru cair dan seluar biru pekat tolong tinggalkan.. Sebab aku kena jaga rumah selama aku disini.. Ustaz.. Tolong tinggalkan Quran, bagi aku bace buat pendinding.. Haish.. Segan lak fikir tinggal sorang-sorang kat uma.. Kepada Zen lepas raye la ye kite kemas bilik.. Hehe.. Kepada Syed dan Franky.. Salam Satu Malaysia.

Bil api bulan ni jangan terkejut kalau lebih siket sebab aku nanti aku bukak semua lampu, radio dan tv dengan volume maksima.. Aku tak takot.. Aku segan.. 

Rumah sudah clear... Tinggal aku sorang.. hehehe.. Segan aku segan..

26 Ogos 2010

Tunggu Sahur Sorang-sorang

Di pagi yang hening macam ni.. Dengar bunyi unggas. Sebenarnya aku tak pasti itu bunyi unggas, lipas ataupun kunang-kunang. Apapun, ia membuatkan aku rasa di buai khayalan seketika. Terasa bagai nak pijak je unggas tu bagi diam.. Annoying gila bunyinya.. citcitcitcit... Eh.. boleh buat bergado ni..

Tatkala mendengar unggas berbunyi. Suaraku terus berlirik.. Do Re Mi~~ Do Re Mi~~.. Oh.. Sudah lama tidak terpekik telolong macam orang tiada tamadun. Kadang-kadang kalau difikirkan dengan akal fikiran dan bukan dengan lutut. Sesungguhnya. Membazirlah orang yang berkaraoke itu kerana kurangnya manfaat daripada syafaat. Tapi memang dah lumrah dunia. Apa yang tak penting, itu la yang diutamakan. Apa yang haram, itulah yang seronok dibuat. Memang tak dapat nak dinafikan. Tapi kalau dengan iman yang kuat. InsyaAllah boleh dielakkan. 

Badan sangat letih. Jadi perlu rehat. Rehat lepas makan. Heaven.

25 Ogos 2010

Test Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan bukan sahaja test kita dari aspek lapar, dahaga, mata, lidah, telinga, dan juga perbuatan. Malah puasa juga ada test selling, research method, entrepreneur, dan juga transportation. Memang kena banyakkan bersabar.


Mungkin bulan test ni membuatkan library penuh orang. Tuan Syed memberi idea “dah boleh korek idung da ni”. Alasan sebab bagi batal puasa (ini hanya gurauan. jangan terlalu lurus untuk percaya). Terlalu ramai orang untuk dilihat. Baik. Aku spesifik kan lagi. Gadis. Bukan niat nak memandang pada asalnya. Tapi terlalu ramai.. Dalam keadaan sebigini, sesiapa pun boleh lemas. Betul aku tak bohong. Table yang patut ade 10 kerusi tinggal 5 saja gara-gara ditarik ke meja lain. Memang betol “library menggalakkan student buat study group”. Tapi tengok gak study group dari aspek apa. Macam group lelaki mungkin 70% betul-betul discuss tentang pelajaran. Lagi 30% discuss tentang gadis-gadis idaman yang ada di library. Setelah diteliti dan diamati. Benar. Comel sungguh mereka. Baik. Aku admit. Aku tergolong dalam golongan 30%. Mintak maaf. Aku tak tahan. Aku manusia dan lelaki biasa.


Yang perempuan pula aku tengok ramai yang membaca mesej dari membaca buku. Mungkin baca mesej kat library sejuk. Siapa tahu tujuan mereka. Kalau dorang gelak, macam dorang kat dalam bilik tengah buat pillow talk. Itu hanyalah sesetengah dari mereka. Yang lain memang ikut pesan mak bapak. Belajar elok-elok.

Bila perempuan bertambah manakala lelaki berkurangan. Demand untuk lelaki akan bertambah. Lalu perempuan akan mencuba sedaya-upaya mereka untuk mendapatkan pakwe di dalam kampus. Bila ada pakwe kat kampus baru rase hebat. Jadi untuk mereka mencari pakwe, mereka pon buat ‘hot’ dalam library. Aku tahu aku tak layak mengkritik penampilan seseorang. Tapi kalau aku yang tak layak pon nak kritik. Ko bayangkan orang yang layak nak kritik. Tak berdarah telinge kalau dia dengar. Haish..

***Hey gadis disana. Awak sangat comel. Heee~~ :D

Angguk tanda setuju

                Hujung bulan yang digelar hujung bulan bersama test. Sungguh tak seronok sebenarnya keadaan sebigini rupa apabila dalam kepala dah memikirkan keadaan di rumah. Dah memikirkan kuih raya yang dibuat dari pasar-pasar malam yang menjual dengan harga rm15 sebalang yang berisi 50 biji dan harganya bakal jatuh menjadi rm10 sebalang apabila malam raya menjelang tiba. Baju raya yang dibeli oleh Cik Zainah. Tahun ni berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana tahun ni aku memilih sendiri warna baju. Aku pilih warna seperti warna hati kawan-kawan aku. Hitam.

                1 test da lepas.. esok kuiz transport. Kemudian 29hb test research methodology. Kemungkinan test untuk entrepreneur aku berlangsung pada 31hb dan test test yang terakhir test transport mungkin akan diadakan pada 2hb September. Dalam keadaan begini, aku macam dah tak pikir sangat tentang test. Aku dah pikir nak balik. Kalau la boleh, aku mengaharapkan test transport tu biar la tunda. Leh aku balik awal. Kesian kat rumah aku tu. Bertahun tak bercat.

                Sebab aku nak balik Klang. Klang. Tak best sangat. Tapi yang buat best kawan-kawan kat Klang. Perangai dieorang macam aku. tapi aku baru level 4. Dorang dah level 8. Macam setan. Aku perangai kira ‘pra’ lagi la. Belum hebat macam dieorang.
Aku sangat mengidam nak makan “Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi”. Mana aku boleh dapat?

Bertambah lak dengan ketandusan in term of money membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik rumah. Serious. Sekarang aku hanya tinggal RM10. Mana boleh nak tahan 2 minggu. Minyak motor cabok aku tu sekali isi kompom rm8 takkan kurang. Nahi mungkin aku boleh bertahan dengan RM10. Sepertinya sekejap lagi aku ingin minta kat menteri kewangan aku, Datuk Md. Zaman untuk mengirimkan wang melalui menteri pertahanan Cik Zainah. Harap proposal aku berjaya.

Aidi: Mother. My pocket already empty  la mammi.
Cik Zainah:   I already give you thousand right last week?
Aidi: yep. But that is your money that you want me to bank in at your account ma.
Cik Zainah: Oh! Sorry, my mistake. How much you want my dearest son.
Aidi: As much as u can give.
Cik Zainah: Damn. That is too much my son.
Aidi: Erm.. Erm. Ok. How about hundred? I also need to pay my bill.
Cik Zainah: :Let me ask Ministry of Account later ok?
Aidi: thx ma.

                Cadangan dari tuan syed. “Aku kalau boleh 31hb aku da balik dah”. Actually aku sangat suka idea tu. Tapi agak malang bagi aku sebab aku mungkin sampai 5hb kat kedah lagi sebab lecturer taknak bagi balik.
                Dah lama aku tak menaip sepanjang ini. Aku juga mengaharapkan idea datang masa test nanti macam ni. Berkontena banyaknya. Tak sempat nak buka 1 kontena. Datang lagi kontena lain bagi aku idea. Aku cuba mengadaptasi dari pelajaran. Bagi aku ruang sedikit untuk memikirkan soal belajar dari huru hara ke sana ke mari tanpa hala tuju. 



18 Ogos 2010

2 conversation

Conversation 1

a: oi.. ko jangan wat hal.. rugi...

b: bapak ko..! ko tau ape? cakap senang la setan..


a: aduh.. ape bebal sangat ni? bukan senang la bodoh..


b: eh.. ape pukimak sangat ko ni.. ko rilek sudey.. aku tak de pape.. ko yang lebih...


Conversation 2


a: dah le tu.. tak payah.. kite-kite je pon boleh...


b: tak same... mane nak same siot..


a: takpe.. boleh.. nnt ko ikot je aku.. kite g tmpt lain... ok?


b: ok.. i follow..




aku amek conversation 2 sebab aku rase macam selamat.. ;)


byebye

16 Ogos 2010

aktiviti

sem ni byk aktiviti.. lepas raye je 2 aktiviti besar under keseda mak leha approve. teater bangsawan. dengan pesona bakat... pastu lagi 2 aktiviti yang buang mase dah approve.... a... klinik keseda kat sekolah2 berhampiran dengan bengkel boria.. bagus.. sume aku kene join... 

byk woh.. tak best.. ati byk runsin.. apa macam mau buat.. 

haish...

jom teman aku tgk wayang.. pastu kite g karaok... pastu g makan.. pastu lepak tepi laut.. lepas g makan.. jom jom jom... 

haish...

15 Ogos 2010

tak rugi


cuti 1st ramadhan pon aku balik.. tapi  siket pon aku tak rase rugi aku balik sebab aku rase.... aku tak rugi.. paham tak? cume aku tak jumpe lagi sorang lagi tu je..

bile aku tanye kawan2 aku.. "korang bz sgt ke mase degree?" lantak la dari mane2 fakulti... jawapan yang dieorang bagi adalah "sgt bz".. 

damn~ mane hak enjoy sebagai student.. so aku cadangkan, selain dari mpp, kite tubuhkan pulak student union.. membantu orang2 enjoy yg malas blajar seperti kami... sumpah aku jadi ahli union cenggini kalau ade.. 

ok ok.. ni kawan aku yang bersengkang kengkang kaki dan mate semate mate nak temankan malam2 terakhir aku kat klang... 


kami hensem.. ye kami tau..

dey.. he's my man ok~~

07 Ogos 2010

nak bejaye?

dia cakap "kene usaha.. pas usaha.. doa.. pas doa.. tawakal... pas tawakal... redha... "

aku pon cakap "baik".. tak tau nak balas ape... adoi...

06 Ogos 2010

lambat...

go home..enjoy..  settle with her.. and its done.. 
then.. i prepared everything for my new life.. but suddenly her heart split up to 2 person.. 
damn... im late.. 
what i can do is just wait and see how the flow.. 


pathetic sad man.


i think its better change from "taman lembah bujang indah" to "taman pasangan indah"... because BUJANG words is curse..   

thank you my sister

"paman, kite wat assignment bile?" kate kawan aku arin.. walaupon die lelaki.. tapi die comel.. kite balik la mgu ni.. nak balik mgu depan takot tak sempat nak siap.. amacam? so, berangkat la aku pulang.. dalam kepale aku, aku nmpk 4 orang ni je bile balik klang.. dulu 5.. sekarang 4.. sape lagi sorang tu? ha.. tak payah tau.. da tak penting.. 

ok.. ni gmbr mereka yang aku sayang.. 

Beena
Suara paling matang antara mereka berempat.. gelak die nombor 1.. sampai kawan2 takot pape jadi kat die.. ha.. betol.. hehe.. the sweetest one when she smile.. tapi malam tu die sedih apa pasal ntah.. dah abes jatoh maruah kiteorang nak buat die gelak :P

Farhah

die ni satu masalah die.. ape die rase nak buat, die buat.. rase nak sound, die sound.. ha.. baek2 wo... bukan sume orang boleh accept care kite gurau.. takpe la.. ade market rupa.. mayb dorang tak kesah sgt kot :P tapi jgn amalkan la.. aku ade takpe.. boleh jage.. cewah.. 

Fiqa

dak sorang ni mmg tak byk cakap.. tapi die kelakar.. tapi bile die buat kelakar die sendiri tak perasan.. dan suare die sgt comel.. panggil "aney" pon comel.. naseb baik lan ade kat situ.. kalau tak mesti die ni da kene ngurat.. 


Nani
gmbr ni aku nak tangkap candid.. tapi die dapat detect. so die sanggup berenti nyanyi dan posing.. cillake.. die ni sgt bising tapi sgt happening.. paling hebat dalam bab memaki antare mereka.. bagus.. teroskan lagi.. macam setan pangai sekor ni.. tapi takpe.. walaupon pangai cam haram.. walaupon takde orang nak kat die.. aku tetap sayang die.. (new edit* she alrdy taken.. dont ask me her phone number)


mereka-mereka ni orang penting bagi aku.. kalau aku susah, aku akan cari dorang.. tapi kalau dorang susah atau senang.. memang dorang takkan cari aku.. takpe.. aku da bese... takpe.. dorang pompuan.. so, aku tak leh berkire.. 

apepon.. thx kat dorang jadi penghibur aku walaupon dalam keadaan sukar dan byk keje.. thx a lot ya sis.. :)

15 Julai 2010

berani, tukar.

aku terbace blog salah seorang kawan aku.. bace blog die membuatkan aku teringatkan bapak aku..

Kat uma aku, kalau rase diri tu da puas hidop.. berani2 la tukar channel yg ayah aku tgh tengok.. mau kaki di muke ataupon ko 3 hari jgn balik uma..

Ayah aku die minat tgk tv, 3 cerite je. 

1. Buletin Utama
2. WWE
3. Akademi Fantasia
Ayah aku sanggup tak tido kalau kat tv muke dorang ni..


1. MAWI - antara paling ayah aku sayang.. mungkin ayah aku sayang die dari aku. sebab ayah aku byk bercakap pasal die berbanding pasal aku kat uma.. pujian juga lebih diberikan kepada mawi berbanding aku... ayah aku kate die pandai bace quran.. aku pon reti gak.. tapi tak amal je.. kalau dengar je sore die kat tv, ayah aku sanggup berenti makan jap tgk tv.. giler la mawi.. bile nak datang pandamaran lagi.. ko patot jumpe ayah aku sebab die lebihkan ko dari aku.. cis! aku rase aku patot masok AF la.. bagi ayah aku bangge.. 




2. JOHN CENA - Kalau wrestling.. paling ayah aku tak puas ati bile die kalah.. orang jahat tu fair play pon ayah aku tetap kate opponent die main jahat.. tak pon referee bute.. dengar je intro die kuar, ayah aku dah seronok.. yg bestnye.. bile die ni menyepak.. kaki ngan tangan ayah aku pon turut bergerak.. pastu akan mengeluarkan bunyi macam pukol orang bersungguh2.. "HEM!" lebih kurang gitu la..









3. SHEAMUS - enemy John Cena juga enmy ayah aku... ayah aku cukop tak suke die ni.. sebab die penah kalahkan John Cena.. pastu die lawan pon macam binatang.. tengok badan la.. kerbau sebelah die pon kadang2 kite tak dapat cam mane 1 die.. Reaksi  bile ayah aku tgk die lawan pon akan bunyik "HEM! PADAN MUKE"


p/s: ade certain word aku tambah.. bagi korang paham ape yg aku nak sampaikan..

12 Julai 2010

option

Pilihan adalah sesuatu yg perlu kita lakukan dalam rutin seharian.. Antara nak bangun pagi atau tido sampai tengah hari.. Antara makan nasi atau makan megi. Antara pegi kelas atau skip lagi... sume kite buat mesti ada pilihan... Tapi pilihan yang kite buat kene tepat betol dan jitu supaya mase akan datang kita tak menyesal.. 

Tapi, jika pilihan ada melibatkan orang lain.. Kita kene fikir aspek lain. contohnye.. Aspek hati orang tersebut dan orang disekeliling mereka.. susah.. lagi² bende2 ni melibatkan sampai abes nyawe.. Kene pikir balik bai...

Ataupon.. Just abaikan pilihan ni.. dan buat pilihan lain.. mungkin lebih mudah.. MUNGKIN... aku sendiri tak tau lagi apa yang patot aku buat.. 

herm...

my sensor

Ah..! Sensor aku da tak dapat detect sehebat dulu... Tekanan betol kehidupan sebigini rupa.. Perlukah aku upgrade supaya aku dapat detect freshie²~ ni?. Entah bile mase aku punye sensor ni berkarat aku tak tau.. 
Aku perlukan sedikit bantuan dari kawan2 rumah aku... 

Hoi kawan2..! 
Nnt jangan lupe pergi AGM tolong aku detect something that not discover yet.. Ok?
Takot nnt terlepas sayang.. last sem ni..

11 Julai 2010

it is decide

At last.. It's been decided.. She choose not to be with me anymore.. She ask me to go to her.. I don't know how to react with this kind of situation.. I don't know whether i want to smile or to cry.. Well.. I'm the one who make this relationship to end up like this.. Haha.. Pathetic me.. (garu-garu pale)

09 Julai 2010

Sem Baru

Sem baru membawa seribu makna. dan mungkin juga beribu duit kan ku bakal abeskan sem ni.. terime kaseh ptptn... oh.. tidak lupe juga cekgu sekolah menengah merbok sebab bagi saye muet band 3.. 


dan masih..


aku mencari konklusi untuk masalah yg aku hadapi...


-dead-

08 Mei 2010

byebye

kereta yang selalu aku pakai yang digelar myvi sudah dijual.. dan digantikan dengan kereta exora.. excited? langsung la tak... sebab aku dah patah kaki.. tak boleh nak bergerak g mane2.. moto pon skang kat kedah.. kete kat uma pon da takde...sedih.. myvi kesayanganku... selamat tinggal =(

07 Mei 2010

warna warni

aku bersyukur sebab sem ni aku hanya perlu amek 5 subjek sahaja. kalaulah la aku amek 7 subjek.. aku yakin uitm akan bagi budak course aku kaler kertas soalan "7 kaler pelangi".. bewarna warni kertas soklan kami sem ni.. 

aku geram.. aku kadang kala ingin menjerit dan memaki dalam bentuk cerpen kepada orang yang buat kertas soklan investment kaler ijau.. memang sgt tinggi amarah aku kepada beliau.. beliau bukan sahaja hebat untuk membuat soalan peperiksaan.. malah beliau juga mampu membuat aku memaki beliau dalam hati.. aku yakin bukan aku seorang sahaja yang memaki beliau dalam dewan peperiksaan pada masa itu..

seorang demi seorang kawan aku pergi meniggalkan aku.. aku semakin tertekan.. aku mengajukan soalan kepada kawan aku yang sedang berjalan keluar dan mengharapkan die memahami soalan aku.. malangnya, die tertekan pada mase tersebut dan membuatkan beliau tak paham dengan mimik muke aku... teros.. aku kecewe lagi..

aku mengaku aku tidak sehebat oran lain.. tapi mengape perlu ditukar format soalan? kenape? kenapa tak macam biase.. peratusan aku utk menaikkan balik pointer aku semakin kecut.. aku kecewa..

22 April 2010

toyol 2

aku: oi toyol.. mane ko? aku macam nak pakai ko ni..


toyol: tak leh la bos.. saye time final ibarat dalam pantang.. tak leh nak tolong bos...


aku: aduh.. abes tu macam mane ni?


toyol: study la bos.. study... pelan2 kayuh...


aku: cakap senang la.. (berlalu pergi sambil menggaru kepale mengharapkan dapat ilmu dengan mudah)

13 April 2010

exists - salju di danau rindu

post ni bukan untuk aku. tapi untuk sesiapa yang terase.. lalala... try la dengar lagu ni.. not bad.. cia  nyanyi lagu ni mase pertandingan ari tu.. i already addicted with this song.. sometimes didn't realize i sing this song for entertain myself.. enjoy! :)

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci yang lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




08 April 2010

toyol

Test HR ngan ECO MAL dah settle.. 


tinggal...


OB, OM dan INV...


boleh ke?




hati: ko mintak je la tolong kat toyol..


toyol pon datang...


toyol: yes my master.. may i help u sir?


aku: oh.. i think so.. but for now nebermain.. later kalau i rase macam tak boleh nak tanggung, i call u ok?


toyol: pls contact me 1 day before.. because i need to prepare your answer my master..


aku: oh.. okeyh...


toyol: anything else my master?


aku: no.. thx for your help...


toyol: no problem la my master.. chow!




bermonolog aku sebentar


lek lu... ade mase lagi.. lame lagi... tgk wayang pon ok ni...


lalala....

28 Mac 2010

Ba-ba-Q

This time I want to try writing using completely English. Yesterday like previous semester, my classmate will have a BBQ. But yesterday kind different then before because this time we do it at TUPAH!. Although food not enough for all, but, for me as long as they say ok, then ok for me too. I satisfied with that. Not all of them involve because some of them have some matter to solve at home.

We swim, and some of them cookout. Some of the boys do flip and back flip. 1 of them do it perfectly. Lisa always screamed when I make prevent face at her. Hahaha… For me, I kind of enjoy that day. But I know some of girl not really enjoy because of the arrangement a bit messy. But they keep smiling. Sorry girl. First time do it outdoor. ;P

The boys almost eat “mumu”. Luckily the owner keeps watching the sugar glider. Cia already hold a stick to put in “mumu” mouth. We’re almost there.

1 more thing I like about my classmate. Of course girl, because boys already under one roof with me. My classmate (girls), they always said yes. No complaint. Didn’t take seriously when boys joking overboard. They also cute and have good manner than other student here. Some of them are very clumsy. There many things to said. But that is some compliments for them.

I think I must give some compliment to the boys to. The boys are very good looking. Have very nice attitude. Smart. All of them are charming. Now I feel safe.

Damn.. Feels like writing an essay for UPSR paper. I really need to improve my English as soon as possible or I’m dead T_T

20 Mac 2010

Hujan - Kotak Hati

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu 


terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi 


berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa 


terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi 


mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi 


tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu 


terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi 


mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

hilang

perasaan yang jiwang dengan makwe sendiri.. 

ilang...

Q: parah ni... ko taknak buat pape ke?

A: nak buat ape?

Q: buat la something...

A: i know nothing right now...

Q: jgn sampai ilang baru nak cari...

A: aku tau la.. 

Q: so skang nak buat ape?

A: diam je la.. nnt die ok la sendiri..

Q: diam je? Bodoh! takde inisiatif.. kalau event.. selalu ade tentatif.. aku rase ko pun kene ade tentatif ko sendiri.. baru boleh berjalan lancar..

A: lancar abah kau.. dah aku kate aku tak tau ape.. 

ok... macam tu kite wait n see..
ok... dah.. diam...

sh... diam..

19 Mac 2010

some picture at "Damai Park Resort"


Masa Ice Breaking


Ni dak group aku. dari kiri
juff, minmin, min,eca, zen, amy, aku, bedom (Skip Skip Stop)

aca2 kosentret sekor2..

aktiviti dari penceramah


aktiviti dari giant



okeyh.. kami dah boring..

makan time (bbq)

Last activity sebelom balik (tupah)



18 Mac 2010

Kem Rakan Kaunselor

Last week mase aku takde pape akitiviti.. Lagi tepat mase tgh takde duit, mmg aku dah stop kuar jalan2.. Agak boring la.. Rumah kurang orang.. Cia, Syed ngan Wan balik. ade hal masing2.. tetibe aku dipelawe untuk join 'KEM RAKAN KAUNSELOR'. Aku yang tiada aktiviti teros bersetuju dalam hati.. Dalam hati je.. Mulot kate taknak pegi.. Saje nak tgk raksasa mengamok.. Nyata die tak endahkan aku lalu die daftarkan name aku dan kawan2 aku yang lain iaitu bedom dan zen. ustaz pon ikot. tapi die 1 of the fesi..


Kami pergi ape name ntah kem tu.. Damai Park Resort kot.. Bukan jaoh pon dari kampus aku.. Dekat je.. Tapi ikot gak la.. Dari takde ape aktiviti.. But this time program buat aku rase macam nak suh giant buat sebulan 4 kali.. Sebab:

1. bilik ade aircond ngan tv. sebelom ni tido beranginkan kipas dan takde tv.
2. makan best. sebelom ni makan.. ala.. taknak cite...
3. aktiviti sangat flexible banding yang lepas.
4. sungai dekat. dulu tasik. ko nak mandi kat tasik ke setan?

Ade lagi.. Tapi ni paling ketare la..


Anyway giant.. Program ni ko buat best! Congratulations!.


Nak upload gambar. Tapi line cilak ai.. Nanti kalu dah increase speed wa upload.. ;)

16 Mac 2010

Minggu Keyakinan Diri

Berjalan di laluan syurga kadang2 buat aku tak perasan akan bende lain selain dari bidadari.. Bukan aku sorang.. Kawan2 aku yang lain pon ade gak yang hanyut.. Tapi satu ari tu maybe kiteorang kuar kelas awal.. bidadari belom turun lagi.. Baru aku perasan ade poster tergantung kat laluan tu. "Minggu Keyakinan Diri" anjuran MPP. dorang ade buat deklamasi sajak, and pertandingan karaoke.. 

Ok.. Aku admit.. Aku mmg suke bende yang lagho cenggini.. Aku pernah berlakon dan menari (actually kene pakse ni. bukan nak sgt). and i think why don't i try karaoke. instead wasting my money to "hiburan keluarga RM1.20 - 1 lagu", Baik aku masok competition ni. Maybe dapat sijil kot... 

Malu? Of course la ade.. So aku ajak roommate aku ngan cia.. Both of them have nice voice.. And they agree to join it.. Relief to hear that.. At least i got some courage to sing on the stage..

On that day, three of us go to the event.. Thx to ustaz becoz send us.. 

Cabutan undian, aku dapat no 13, cia no 18 and zen malang siket sebab nombor 3. 

Sorang demi sorang menyanyi.. Aku lihat.. Degup jantung aku rase. Normal. Tapi aku tak senang dudok.. Act cool coz most of my friend come to see and support us.. thx guys.. 

When it comes to zen turn, he didn't go on the stage sebab die tak hafal lirik. lagu untuk mu - MUH. hehehe.. ade beran?

So, bile turn aku sampai. Aku jadi tunggul atas tu.. Yep.. Tunggul.. Takot nak bergerak.. Takot suare tak jadi.. Sebab mase orang lain buat persembahan, 1 of my fren da start gelakkan orang.. Memang tak sangke boleh effect aku gak.. Tapi takpe.. Masok pon suke2.. Pastu turn cia.. Suare cia memang tak mengecewekan.. Best.. Dengan muke selambe gampang.. Stylo la lu beb.

Juaranya orang menyanyi lagu spiderman. Aku tak tgk persembahan die. Tapi kawan2 aku kate memang sempoi.. Aku tak amek port sangat pasal ni sebab i just take it as my entertainment. overall i enjoy that day :)



bengap bengap: hey protagonist kayangan. bile kite nak berkaraoke.. dah bape kali ko ajak tak pegi2 ni.. hahaha... 

06 Mac 2010

Exists - Alasanmu

Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah,ku bersabar

Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalmu walau tanpa kerelaan yang nyata
Kau tidak berubah

Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

01 Mac 2010

kelas RADEN

kelas Raden.. serik dah datang lambat sekali.. tak bagi ko, die masok kelas.. memang tak patot la raden buat macam ni kat kami.. kami lewat 5 menet bersebab pon tak leh masok kelas.. tapi die lewat seploh menet, muke ensem je die masok... 


ok la.. die ade kelebihan.. sebab die tenage pengajar.. 

pastu tak bawak pendrive.. bagi alasan ari tu dah copy kat sini.. die buat nak cover line la tu.. tapi KAMI ok..

lisa pon bagi pendrive die.. tapi die hide kan folder HR ni.. aku pon tak tau nape.. kenape die tak hide pixca die.. tapi die hide folder HR? kenape LISA? KENAPE? ko pon da macam ain pening.. 

okok.. teroskan..

setelah budak kelas aku belajar hampir sejam setengah.. baru aku terase aku berminat dengan ayat HR..
die ade 2:

i) Audi alteram partem - hear the other thing

ii) Audiatur el altera pars - no man should be condemned unheard

yang nombor 1 tu macam base tamil.. yang 2nd tu macam stylo lak sebut.. macam jampi dalam cite harry potter.. stylo.. hahaha...

tapi boleh ke aku ingat binatang ni? adeyh..

08 Februari 2010

valentine day story..

ORAIT!!! Kepada Sang Arjuna yang sedang menunggu hari valentine untuk memberi Sang 'Dara' bunge atau cokelat.... ghentikan le.. 
Kebanyakkan orang kite tak tau mane datangnye Valentine Day tu.. yang orang melayu ni tau.. Hari Kekasih atau Hari MEMPERINGATI Kekasih.. aku nak cite siket ape yang aku tau. tapi aku bukan tau sgt tau.. siket2 tu, tau la..


Valentine day ni berasal dari name seorang pejuang kristian yang bername VALENTINO. So, pendek cerite, mase die memperjuangkan agama dia, die telah mengalahkan tentera Islam. Die pon balik la tempat die ngan gah nye.. kristian ni, tak silap aku, die ade 2 mazhab yang besar.. 1 katolik, ag 1 aaaa..... tak tau la.. tapi yang aku tau die ade 2 mazhab. Yang si valentino ni aku tak tau die ikot mazhab yang mane 1.. tapi yang aku tau die bercinta dengan perempuan yang berlainan mazhab dengan die yang sama sekali berlawanan dengan ajaran agama dorang.. so die pon di hukum bunuh.. tapi, orang kristian masih lagi memperingati jase si valentino ni, so, terjadilah hari memperingati kekasih ataupon valentine day yang dok korang buat and sanjung selame ni...


Ape yang aku nak katekan.. lelaki yang sayangkan seseorang, tak perlukan hari yang spesifik nak bagi bunga, hadiah or ape haram jadah la.. kalau betol die nak bagi, balik semayang jumaat, boleh je singgah jap kedai bunge pastu bagi kat korang.. mase kuar nak tgk wayang tu boleh je belikan coklat dulu.. ngade2.. nak gak ari valentine.. lempang kang..


pikior2 kan le.. (betol tak aku eje ni syfrd?)

27 Januari 2010

genting punye pasal...

Aku bab berjalan? Ko lupekan la kalau ajak aku..tapi kalau orang len drive.. cun.. kalau aku sendiri yang nak drive.. mintak maap.. selain dari malas memandu.. aku juga mempunyai tabiat malas nak tau jalan.. yes..


Walaupon aku orang klang.. klang ngan shah alam mmg betol tak jaoh.. tapi tolong jgn tanye pasal seksyen ngan aku.. memang haram aku tak tau.. yg aku tau seksyen 28 sebab uma sedare aku kat sane.. yang len sume kene bagi hint.. giant… tesco.. stadium.. uptown.. orait.. itu aku tau.. paling jaoh aku tau mid valley.. itupon sesat.. tak payah.. sunway pyramid sudah.. dekat.. jalan jem pon aku boleh gagah lagi..


Sori woh sayang tak bawak kamu jalan2 KL.. malas nak layan jem ngan ramai orang.. not my taste.. wahahaha… tapi kamu of course la i layan.. heeheeheee…


And 1 day she said to me “b. kite g genting nak?” pastu die gelak and sambung balik cakap die “hehe.. gurau je la” aku pon senyum je la..  tapi dalam hati “ah.. parah.. tang ni paling parah ni.. kl pon aku tak lepas.. lagi ajak g Pahang..” macam bese…  muke cool.. buat macam soalan mak aku tanye “d esok pagi bawak mak g pasar”.. soalan nye mmg tak same.. tapi tahap malasnye lebih kurang.. paham tak perasaan tu?


Malam tu aku pon pegi la tanye komrad kampong aku.. “weih.. ade sesape nak g genting tak? Aku nak folo…" pantas kawanku balas dengan segale bangge“pegi je la.. bukan susah pon jalan..” memang gampang jawapan berikot.. kalau aku tau buat ape aku ajak…


Sampai la 1 tahap.. aku pon gagahkan jugak diri bawak die pegi genting.. tapi dalam hati “babi.. kalau sesat ni mampos aku..”


Akhirnye.. sampai gak aku ke tempat yang di tuju setelah talipon kawan aku berkali2.. (thx to sharom & syubly)
















p/s: kalau nak g ramai2.. bagitau la.. aku on je kot ;)


amek moto je pon..

Aku menumpang moto aku kat uma abg sedare sementare cuti sem lepas.. abg bob namenye.. orangnye kurus je pon.. tapi name bob.. 







mase nak amek moto tu, bermule la perbualan..


abg bob: d.. ko kat kedah ko tak g jalan memane ke?


Aku: tak la.. dok uma je la bang.. kalau kawan ajak.. ikot.. kalau dorang diam, saye pon diam la.. menompang


Abg bob: ape la ko ni.. kalau abg la.. jgn harap la abg bagi can.. berjalan sakan la abg.. lagi ko syok.. ade moto.. bukan ape d.. bile lagi ko nak jalan2 kat kedah.. ha. kedah mane je ko da bejalan?


Aku: em… erm... tanjung dawai.. central square.. lagi.. lagi… mane je ade bang.. dorang kate sume tempat boring…


Abg bob: Rugi… sedim ko da pegi?


Aku: tak. Tapi kawan da byk kali pegi…


Abg bob: pantai merdeka ko da pegi?


Aku: tak.


Abg bob: la.. abes tu mane je la ko jalan?


Aku: alor setar ade la.. (thx to syaiful lizan) itu pon mase part 1 roommate ajak pastu terniat nak ikot… tapi perlis da pusing abes da.. (thx to rino)


Abg bob: perlis ko da pusing? Ok la dari takde.. ko pegi la mane2 kat kedah.. biar orang kate takde ape.. janji ko da penah pegi.. experience tu penting.. memang nanti duit kurang.. tapi bile lagi ko nak berjalan? Nnt ko da keje pon tak tentu lagi ko ade mase nak jalan2 macam sekarang ni.. sementare komitmen ko tengah tak banyak sangat.. ko amek je kesempatan ni.. abang da tak boleh dah..


Aku: haha… okok…

p/s: pasni nak g mane2 aku ikot ha... :P